Posts
AKU MANUSIA TANPA BULU
- Get link
- X
- Other Apps
Ketika lelaki bernama Huszailan berusia 12 tahun, dia dikejutkan satu kejadian aneh menimpa dirinya. Ia terjadi ketika dia sedang bangun dari tidur dan mendapati bahagian belakang kepalanya muncul satu bulatan kecil. Pada masa yang sama, dia turut melihat segumpal rambutnya gugur di atas bantal. Selepas kejadian itu, rambut dan kesemua bulu di badannya mulai gugur sehinggalah lenyap di badannya. Ikuti perkongsian Huszailan mengenai pengalaman ganjil yang telah mengubah kehidupannya
[VIDEO] Buah Acorn dalam filem Ice Age dijumpai di Genting Highland!
- Get link
- X
- Other Apps
Warkah cinta tertua di dunia
- Get link
- X
- Other Apps
Siapa sangka batu bersurat yang dijumpai di lembah Nippur, Iraq menjadi satu artifak yang cukup berharga dalam penyelidikan arkeologi. Apa yang menariknya, batu bersurat tertera tulisan Cuneiform ini sebenarnya adalah sebuah warkah cinta yang tertua pernah direkodkan. Mula dijumpai pada tahun 1889, ukiran batu ini telah ditemui seorang ahli arkeologi dari Universiti Philadelphia, Amerika Syarikat, Profesor Noah Kramer . Difahamkan, ukiran batu bersurat ini merupakan sebuah artifak peninggalan masyarakat Sumeria- sebuah bangsa yang menduduki tamadun awal Mesopotamia. Pada mulanya, objek ukiran batu tersebut hanya dianggap sebagai penemuan biasa sahaja. Bagaimanapun, selepas 58 tahun kemudian barulah diketahui artifak berkenaan sebenarnya sangat bernilai terutamanya membongkar rahsia kisah kehidupan masyarakat kuno itu. Berdasarkan penyelidikan lanjut dan proses terjemahan mendapati, batu bersurat tersebut merupakan surat cinta yang diukir khas...
Strawberi warna biru
- Get link
- X
- Other Apps
Bolehkah warna sebiji buah diubah menjadi warna lain? Apakah kejuruteraan genetik tumbuhan mampu melakukannya? Berdasarkan pendedahandi beberapa laman sesawang, ternyata usaha tersebut pernah dilakukan dan didakwa menunjukkan hasil yang positif. Salah satu kajian yang dilakukan adalah pengubahsuaian warna buah strawberi yang asalnya berwarna merah ditukarkan menjadi biru. Dikhabarkan, teknologi baru ini diusahakan oleh para saintis di sebuah syarikat penyelidikan Genetically Modified Organism (GMO) yang berpusat di negara Amerika Syarikat. Selain melakukan pengubahsuaian warna, syarikat itu juga mendakwa berjaya menghasilkan buah strawberi yang lebih berkualiti dan tahan suhu di bawah paras beku. Ia di buktikan melalui satu penemuan sejenis gen baru yang diperoleh daripada spesies ikan yang dikenali Artic Flounder Fish . Kononnya, gen ini dikatakan mengandungi kandungan kimia anti beku yang membolehkan buah tersebut di simpan dalam temp...
Dibayar untuk melihat api
- Get link
- X
- Other Apps
Jika bercakap perihal api dan kerjaya, semua orang pasti sependapat bahawa ia adalah tugas seorang anggota bomba. Sebenarnya, anggapan tersebut sama sekali meleset kerana wujud satu kerjaya lain yang berkaitan dengan api. Cuma apa yang membezakannya dengan tugas bomba, kerjaya ini hanya dibayar untuk melihat api. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi sesiapa yang pernah beberapa kali mencuba memohon untuk menjadi seorang anggota bomba akan tetapi masih gagal, anda mungkin boleh mencuba kerjaya ini pula. Setakat ini, jawatan tersebut yang dikenali Fire Lookout atau peninjau kebakaran ini hanya ditawarkan di 16 buah negara sahaja. Antara negara yang menawarkan pekerjaan ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Uruguay, Brazil, Australia, New Zealand, Indonesia, Perancis, Itali, Portugal, Sepanyol, Jerman, Latvia, Isr...
Hamil selepas sentuh Patung Kesuburan
- Get link
- X
- Other Apps
Sekitar tahun 90-an, bandar Orlando, Florida, Amerika Syarikat cukup terkenal dan menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia. Ia berikutan sebuah kisah sepasang patung kayu yang didakwa telah menghamilkan 2000 orang wanita. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan mengarut, tapi kisah ini benar-benar berlaku. Ia diakui sendiri oleh pemilik patung ini iaitu sebuah syarikat penerbitan terkenal Amerika Syarikat, Ripley’s Entertaiment yang berpusat di bandar tersebut. Pada tahun pertama patung dipamerkan, syarikat tersebut mendakwa satu keadaan luar biasa telah berlaku. Ia bagaikan seperti satu situasi yang dirancang apabila 13 orang pekerja termasuk beberapa pengunjung disahkan hamil selepas menyentuh patung terbabit. Ada di antara berasa terkejut dan tidak menyangka mengandung dalam waktu yang singkat walaupun telah mengambil pil perancang. Seorang wanita yang pernah menyentuh patung tersebut yang merupakan salah seorang pekerja ...
Bandar biru Jodhpur
- Get link
- X
- Other Apps
Ribuan seni bina yang terletak di Jodhpur, wilayah Rajashtan, utara India, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga hari ini. Seolah-olah berada di dunia lain, bandar tersebut dipenuhi pelbagai binaan yang berwarna biru. Lantaran keadaan itu, bandar misteri berkenaan digelar sebagai Kota Biru. Berikutan keadaan cuacanya yang sentiasa cerah sepanjang tahun, ia juga turut mendapat jolokan nama sebagai ‘Sun City’. Sepanjang tahun, bandar Jodhpur yang terletak di wilayah Rajashtan, India sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang dari segenap pelosok dunia. Kesemua mereka datang dengan satu impian iaitu ingin menyaksikan ribuan seni bina berwarna biru di bandar tersebut. Persoalannya yang sering ditanya, mengapa keseluruhan binaan di bandar tersebut berwarna biru? Apakah punca yang menyebabkan masyarakat di kawasan itu mengecat kediaman mereka dengan warna yang sama? Jika dilihat dengan logik akal, ia adalah satu perkara yang tidak m...
Manusia & bunga
- Get link
- X
- Other Apps
Sejak azali lagi, bunga merupakan sejenis spesies tumbuhan yang diakui banyak berkait rapat di dalam kehidupan dan kebudayaan manusia. Bukan itu sahaja, tumbuhan ini dianggap sebagai lambang yang sangat bermakna khususnya bagi seseorang individu, masyarakat dan bangsa. Menurut Ketua Program Antropologi & Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Zaidah Mustapha, dalam konteks kehidupan dan kebudayaan manusia mendapati, tumbuhan ini sudah dikenali sejak sekian lama. Ia dianggap sebagai satu hidupan yang berguna dalam kehidupan manusia. Berdasarkan pemerhatian beliau, penggunaan tumbuhan ini kemungkinan mula digunakan manusia ketika upacara pengebumian. Dalam tamadun manusia, ritual ini sangat penting bagi seseorang individu, institusi kekeluargaan atau satu masyarakat bagi menghargai orang yang sudah mati. Oleh itu, bunga dilihat sebagai salah satu elemen yang sesuai bagi tujuan tersebut sehingga ke hari ini. ...
Tragedi Butterworth
- Get link
- X
- Other Apps
Kira-kira 27 tahun lalu, satu peristiwa hitam telah menggemparkan seluruh rakyat di Malaysia. Ia mengisahkan situasi cemas yang berlaku di sebuah terminal feri yang dikenali Pangkalan Sultan Abdul Halim, Pulau Pinang. Ketika kejadian berlaku, terminal tersebut dikatakan roboh akibat jumlah muatan yang berlebihan hingga menyebabkan 32 orang mangsa terkorban manakala 1,543 lagi cedera. Mengikut kronologi tragedi berkenaan, ia berlaku pada 31 Julai 1988 iaitu pada pukul 4.40 petang. Terminal feri tersebut dilaporkan sesak sejak awal pagi akibat kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang. Difahamkan, rata-rata pengunjung yang berada di situ adalah puluhan ribu penduduk tempatan dan luar negara yang datang untuk menyaksikan dua perayaan yang membabitkan kaum Cina iaitu, Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne, di Bukit Mertajam. Keadaan itu menyebabkan Jambatan Pulau Pinang ditutup pada kenderaan awam untu...
Sindrom Kepala Meledak
- Get link
- X
- Other Apps
Seorang pemuda, Rashidi(bukan nama sebenar) dari Klang, Selangor, didapati telah mengalami satu penyakit ganjil yang menyebabkannya sering kali diganggu bunyi bising sewaktu tidur. Walaupun sebelum ini pernah cuba untuk melelapkan mata, namun dia pasti terjaga sejurus mendengar bunyi bising yang seakan-akan bunyi letupan. Keadaan itu berlaku secara automatik setiap kali pada waktu tengah malam. Bercerita lanjut mengenai penyakit aneh yang dialaminya, kata Rashidi, keadaannya menjadi begitu sejak di usia remaja lagi. Pada ketika itu, dia mengalami sakit kepala yang serius. Malangnya, selepas pulih dari kesakitan itu dia tidak mampu tidur dengan nyenyak pada setiap hari kerana diganggu oleh bunyi yang sangat kuat. Bimbang dengan perubahan aneh yang dihadapinya, Rashidi cuba mendapatkan khidmat daripada pengamal perubatan. Malangnya, rata-rata daripada mereka yang ditemuinya tidak berjaya mengesan punca penyakit pelik yang dialami pemuda itu. Pada masa yang sama, kes...
Geographic Tongue
- Get link
- X
- Other Apps
Do YOU have 'geographic tongue'? Physicists shed light on bizarre condition that makes the tongue look like a map The condition causes a mottled tongue, but no one knows why It is not contagious but can be painful and affects 2% of individuals New equations have revealed how geographic tongue creates patterns Doctors may be able to judge the severity of condition based on patterns By ELLIE ZOLFAGHARIFARD FOR DAILYMAIL.COM It's a gruesome condition that has long baffled scientists. Known as geographic tongue (GT), the ailment causes people to have a mottled tongue featuring bizarre designs such as circles and what has been described as a 'map of continents'. While no one is sure what causes it, physicists have recently discovered there are two types of GT which, combined, affect around two per cent of the population. Geographic tongue (GT) changes the tongue's upper layer of tissue, called the epithelium, which contains...