Dalam Islam, air menjadi satu elemen yang digunakan untuk mengubati penyakit. Bukan sekadar penyakit rohaniah (jiwa raga), tetapi air juga digunakan untuk menjadi penawar kepada penyakit jasmaniah (tubuh badan). Di kalangan masyarakat Melayu khususnya, penggunaan air jampi menjadi satu alternatif terapi merawat penyakit di samping mendapatkan rawatan doktor. Air putih akan dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seseorang yang berilmu atau alim, serta diniatkan untuk merawat penyakit tertentu. Kaedah rawatannya ialah sama ada minum, menyapu muka, renjis di tempat yang sakit atau dimandikan dengan air jampi tersebut. Bagi memastikan proses pengubatan berjalan dengan lancar dan sempurna, ada sesetengah pihak menyarankan supaya menggunakan air yang diambil dari kolah masjid untuk dijampi. Dengan kata lain, ia adalah air lebihan wuduk dan dianggap mempunyai lebih keberkatan. Di masjid Kampung Hulu, Melaka, masyarakat setempat mempunyai kepercayaan bahawa air kolah masjid ini mu...
Comments
Post a Comment