Dalam Islam, air menjadi satu elemen yang digunakan untuk mengubati penyakit. Bukan sekadar penyakit rohaniah (jiwa raga), tetapi air juga digunakan untuk menjadi penawar kepada penyakit jasmaniah (tubuh badan). Di kalangan masyarakat Melayu khususnya, penggunaan air jampi menjadi satu alternatif terapi merawat penyakit di samping mendapatkan rawatan doktor. Air putih akan dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seseorang yang berilmu atau alim, serta diniatkan untuk merawat penyakit tertentu. Kaedah rawatannya ialah sama ada minum, menyapu muka, renjis di tempat yang sakit atau dimandikan dengan air jampi tersebut. Bagi memastikan proses pengubatan berjalan dengan lancar dan sempurna, ada sesetengah pihak menyarankan supaya menggunakan air yang diambil dari kolah masjid untuk dijampi. Dengan kata lain, ia adalah air lebihan wuduk dan dianggap mempunyai lebih keberkatan. Di masjid Kampung Hulu, Melaka, masyarakat setempat mempunyai kepercayaan bahawa air kolah masjid ini mu...
Di Pangkalan Balak, Melaka, terdapat satu legenda yang berlegar di kalangan penduduk setempat mengenai seekor buaya putih yang menjadi penunggu di Sungai Linggi. Buaya tersebut dikatakan mempunyai saudara kembar iaitu seorang manusia. Sama ada kisah ini hanya sekadar suatu mitos atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tetapi cerita mengenai manusia kembar dengan buaya ini telah menjadi buah mulut secara turun temurun di kalangan penduduk kampung sekitar daerah Masjid Tanah dan Linggi. Menurut Ibrahim Abdul Aziz yang berasal dari Kampung Sungai Kerteh, Pangkalan Balak, suatu ketika dahulu, seorang perempuan dikatakan telah melahirkan anak kembar lelaki di kampung tersebut. Anak pertama yang dilahirkan adalah seekor buaya manakala adiknya adalah seorang manusia. Bayi lelaki itu telah dipelihara seperti orang biasa manakala pasangannya telah dilepaskan ke Sungai Linggi. Ibrahim Abdul Aziz Pada hari-hari tertentu, jika si ibu atau si adik ingin berjumpa ...
Gambar sekadar hiasan Suatu masa dulu, Ahmad Nasaruddin Mansor, 46, gemar berguru pelbagai ilmu-ilmu persilatan termasuklah ilmu kebatinan. Dia yang mesra dengan panggilan Abot, memberitahu, hobinya di waktu muda adalah mempelajari pelbagai ilmu termasuklah perihal kebal ini. Bermacam guru telah ditemuinya dan pelbagai petua telah diperolehnya tapi semua itu tidak pernah jadi amalannya. Jelas Abot, sebenarnya ilmu kebal ini tidak wujud. Kebal itu sendiri bukanlah satu kehebatan tetapi ia hanya satu myth iaitu cerita orang zaman dulu-dulu tentang kelebihan kulit mereka tidak luka. Ini kerana di zaman itu, manusia hidup berpegang pada pendirian dan bukannya ada undang-undang seperti hari ini. Jadi mereka perlulah ada kelebihan untuk melindungi diri mereka daripada kekejaman . Gambar sekadar hiasan Di zaman moden ini, kita sudah tidak sebegitu lagi. Corak hidup kita juga berbeza. Ancaman keselamatan itu sudah tidak berisiko lagi. Jadi kebal itu sudah jadi elemen untuk men...
Comments
Post a Comment