Setiap rumah tradisional Melayu lama pasti akan mempunyai sebatang tiang yang diberi nama tiang seri. Berkedudukan di tengah rumah ibu, ia sangat istimewa berbanding tiang-tiang yang lain. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu dahulu, kewujudan tiang seri bertujuan untuk menjaga keselamatan dengan bertindak sebagai perisai daripada gangguan jahat. Peliknya, bagaimana pula sebatang tiang kayu boleh berbuat demikian? Jika dilihat daripada segi logiknya, tiang ini berkedudukan tetap dan jelas sama sekali tidak berfungsi apa-apa untuk keselamatan. Seorang penduduk dari Kampung Bukit Bakar, Machang, Kelantan, Zakaria Sulaiman, 80, memberitahu, sukar untuk membuktikan sama ada benar tiang seri mempunyai kuasa yang luar biasa. Ini kerana, tiada bukti kukuh mengenainya. Namun, kepercayaan masyarakat Melayu dulu yang kuat berpegang pada kepercayaan khurafat menyebabkan mereka sanggup melakukan perjanjian dengan makhluk ghaib. Justeru, fenomena ini berlaku disebabkan kehadi...
Comments
Post a Comment