Hamil selepas sentuh Patung Kesuburan
Sekitar
tahun 90-an, bandar Orlando, Florida,
Amerika Syarikat cukup terkenal dan menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia.
Ia berikutan sebuah kisah sepasang patung kayu yang didakwa telah menghamilkan
2000 orang wanita.
Mungkin
bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan mengarut, tapi kisah ini benar-benar
berlaku. Ia diakui sendiri oleh pemilik patung ini iaitu sebuah syarikat
penerbitan terkenal Amerika Syarikat, Ripley’s Entertaiment yang berpusat di
bandar tersebut.
Pada tahun pertama
patung dipamerkan, syarikat tersebut mendakwa satu keadaan luar biasa telah
berlaku. Ia bagaikan seperti satu situasi yang dirancang apabila 13 orang
pekerja termasuk beberapa pengunjung disahkan hamil selepas menyentuh patung
terbabit. Ada di antara berasa terkejut dan tidak menyangka mengandung dalam
waktu yang singkat walaupun telah mengambil pil perancang.
Seorang
wanita yang pernah menyentuh patung tersebut yang merupakan salah seorang
pekerja di syarikat itu, Kimberly Martin mendakwa, sangat terkejut selepas
mendapat tahu dirinya disahkan hamil. Ujar
wanita terbabit, menganggap kejadian seumpama itu adalah satu perkara aneh
pernah terjadi seumur hidupnya. Mustahil bagi wanita sepertinya yang mengambil
pil perancang mampu mengandung dalam tempoh masa yang cepat.
Sementara
itu, seorang petugas wanita sebuah syarikat kiriman ekspres, Airborne Express, turut
dilaporkan hamil. Wanita tersebut yang dirahsiakan identitinya itu mendakwa, sewaktu
melakukan rutin hariannya dia kerap kali menyentuh patung berkenaan untuk
dipindahkan ke tempat-tempat pameran mengikut jadual yang ditetapkan.
Kisah
mengenai kemampuan patung tersebut yang mampu menghamilkan wanita mula
tersebar. Ia mendapat liputan meluas daripada media di seluruh dunia.
Antaranya, pernah ditayangkan di beberapa buah stesen televisyen tempatan dan
luar negara seperti Cable News Network (CNNN), Good Morning America!, Unsolved
Mysteries, Primer Impacto di Sepanyol dan lain-lain lagi.
Ekoran itu,
satu fenomena di luar jangkaan telah berlaku. Ia telah menarik perhatian
sejumlah besar kaum wanita tempatan mahupun dari luar negara. Kebanyakkan
daripada mereka disahkan mandul dan terdesak untuk menimang cahaya mata. Mereka
mengirim pelbagai objek termasuk gambar tangan dan pakaian untuk digosokkan
pada patung tersebut, sekali gus berharap akan dapat memperoleh cahaya mata.
Difahamkan,
patung kayu itu diambil dari sebuah negara benua Afrika iaitu Ivory Coast. Pada
tahun 1995, patung tersebut telah menarik minat seorang pengasas muzium Ripley’s
Believe It or Not, Robert Ripley . Robert dikatakan membeli patung berkenaan
dari negara Ivory Coast, dengan harga $1000 dolar.
Pada
asalnya, patung kayu setinggi lima meter itu merupakan milik sebuah suku kaum
asli Afrika yang dikenali Baule. Ia
diukir secara berpasangan yang kelihatan seolah-olah seperti pasangan diraja. Berdasarkan
kepercayaan suku kaum ini, patung tersebut dianggap sebagai lambang kesuburan bagi kelangsungan keturunan mereka.
Mengikut
kenyataan yang dikemukakan oleh Ripley’s Entertaiment mendakwa, telah menerima
kira-kira 2000 pucuk surat selepas tiga tahun pameran patung tersebut di
seluruh dunia. Kesemua surat itu
dihantar oleh golongan wanita yang mengaku hamil selepas menyentuh patung
berkenaan. Peliknya, ada juga di antara mereka yang sebelum disahkan mandul
begitu teruja selepas mendapat tahu bakal menerima cahaya mata.
Lantaran itu,
sehingga hari ini pihak syarikat tersebut menawarkan sesiapa sahaja terutamanya
golongan wanita inginkan cahaya mata berkunjung ke muzium mereka. Apa yang
menariknya, tiada sebarang caj dikenakan dan ia percuma kepada sesiapa sahaja.
Comments
Post a Comment