Posts

Showing posts from September, 2011

Adakah Menguap Boleh Berjangkit?

Image
Sejak kecil kita telah dididik oleh kedua ibu dan bapa supaya menutup mulut ketika menguap. Di Greek pula, terdapat satu kepercayaan yang menyatakan manusia perlu menutup mulut apabila menguap bagi mengelakkan roh terlepas melalui mulut. Secara logiknya, apabila berasa mengantuk atau letih, pasti kita akan menguap. Namun menguap tidak bererti kita sedang berasa mengantuk. Jika anda sedar, kadang-kala kita boleh lihat satu fenomena pelik di mana, apabila ada seorang itu menguap, pasti akan ada orang lain juga yang akan menguap. Malah ada juga yang cakap, kalau membaca perkataan ‘menguap’ juga boleh membuatkan kita mengalami situasi menguap secara tiba-tiba.  Ada beberapa penyelidik juga mengakui, 40 hingga 60 peratus orang yang melihat gambar orang menguap juga cenderung untuk menguap. Soalnya, apakah semua ini benar? Berdasarkan kepada beberapa kajian saintis mengatakan, menguap berpunca daripada  saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen. Selain itu ada te

Cahaya misteri Paulding Light

Image
Paulding light atau juga dikenali sebagai ‘Dog Meadow Light’ merupakan satu fenomena cahaya misteri yang muncul di kawasan yang dikenali Watersmeet, di daerah Paulding, Michigan, Amerika Syarikat. Ia adalah salah satu fenomena cahaya yang membingungkan. Sehingga hari ini, topik ini terus menjadi perdebatan di kalangan penyelidik yang masih belum menjumpai punca fenomena ini berlaku. Bagaimanapun, terdapat beberapa versi yang mengaitkan kemunculan cahaya aneh itu. Salah satunya, kejadian itu berlaku ada kaitan dengan kematian seorang petugas laluan kereta api di daerah berkenaan. Menurut kisahnya, petugas berkenaan telah didapati mati ketika cuba mengeluarkan isyarat cahaya untuk perjalanan kereta api. Akibatnya,  berlaku kemalangan kereta api di tengah-tengah landasan. Selepas kejadian itu, penduduk sekitar kawasan itu mendakwa mereka terlihat kerlipan cahaya misteri tiba-tiba muncul di landasan berkenaan. Ekoran kejadian itu, penduduk di daerah berkenaan mula mengaitkan ca

Berkahwin kurangkan risiko nyanyuk

Image
Alzheimer merupakan punca utama bagi masalah nyanyuk di dunia. Pada satu persidangan antarabangsa mengenai penyakit ini yang berlangsung di Chicago, Amerika, para peserta persidangan didedahkan dengan satu fakta baru mengenai penyakit itu. Fakta itu menjelaskan bahawa berkahwin mampu mengurangkan gejala nyanyuk. Satu penyelidikan mengenainya telah dilakukan oleh Dr. Krister Hakansson dari Institut Karolinka di Stockholm, mendapati mereka yang berkahwin dan mempunyai pasangan hidup mempunyai peluang 50 peratus kurang mengalami masalah nyanyuk. Keputusan kajian ini diperoleh setelah Dr. Hakansson memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland. Sehubungan itu, Ketua Penyelidik  Persatuan Alzheimer, Universiti UK, Dr. Susanne Sorensen, berkata, bukti yang dikemukakan memang boleh membantu mengurangkan risiko nyanyuk tapi orang bujang tidak perlu bimbang mengenainya kerana masih ada banyak cara untuk mengurangkan risiko ini. Mungkin cara pemakanan yang sihat, kerap ber

Mencipta hujan di padang pasir

Image
Sebuah padang pasir di rantau Al-Ain, Abu Dhabi, dilaporkan telah menerima hujan lebat setelah berpuluh tahun kekeringan tanpa sumber air. Lebih membingungkan, penduduk di sekitar kawasan itu mendakwa kehadiran hujan tersebut turut diselangi dengan ribut petir. Kehadiran hujan tersebut telah menimbulkan banyak spekulasi di kalangan ahli meteorologi seluruh dunia. Dengan kadar hujan di bawah 30 milimeter setahun, adalah mustahil kawasan gersang seperti padang pasir Al-Ain mampu menerima hujan yang lebat. Ekoran fenomena ajaib itu, kadar hujan di kawasan tersebut telah meningkat dengan mendadak.             Bagaimanapun, persoalan itu akhirnya terjawab apabila sebuah akhbar tempatan, Sunday Times telah melaporkan ia adalah hujan buatan yang dihasilkan menggunakan teknologi ion. Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan dikatakan telah mengupah sekumpulan saintis untuk projek tersebut dan berjaya menghasilkan 50 kali hujan lebat pada tahun lalu. Sebe

MIsteri kehilangan kapal Waratah

Image
Umum mengetahui tragedi kisah kapal mewah Titanic karam di lautan Atlantik  pada tahun 1912. Malah, kisah benar itu turut diadaptasi menjadi sebuah filem dan mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia. Namun, pernahkah anda mengetahui di sebalik tragedi ini, terdapat sebuah lagi kapal yang jauh lebih mewah dan paling kukuh di dunia pernah karam di lautan yang sama pada tahun 1909? Misteri yang tersimpan kukuh itu, kini menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Jika sebelum ini kapal Titanic karam disebabkan perlanggarannya dengan ketulan ais yang besar, tetapi kehilangan kapal mewah ini tidak diketahui puncanya. Kapal mewah yang dimaksudkan itu bernama Waratah. Ia milik syarikat Blue Anchor Ocean Transport Corporation Australia. Nama Waratah diambil sempena nama sejenis bunga yang terdapat di bandar New South Wales, Australia. Mengikut rekod, kapal ini merupakan salah satu kapal yang berulang alik dari England ke Australia menggunakan laluan Tanjung Harapan di Afrika Selatan.

Sun Dog

Image
Matahari adalah objek tunggal yang membekalkan cahaya kepada bumi. Namun, pada masa-masa tertentu, matahari tidak lagi bersendirian, sebaliknya kelihatan dua atau tiga lagi cahaya berada berhampiran dengannya – seolah-olah kembar kepada matahari. Apakah cahaya tersebut? Sejak berkurun-kurun lamanya, manusia sudah pun membincangkan perihal mengenai fenomena matahari kembar ini. Seawal tahun 372 SM lagi, seorang ahli falsafah Greece bernama Aristotle telah menyatakan bahawa terdapat dua matahari tiruan telah terbit bersama matahari induk. Tetapi ia hilang apabila matahari berada tegak di atas kepala. Kemudian, pada tahun 50 SM, seorang lagi penulis dari Yunani yang bernama Tubero turut menyatakan tentang fenomena matahari berganda ini serta menggelarnya sebagai Sun Dog. Bagaimanapun, pada ketika itu, manusia masih tidak mengetahui sama ada ia berlaku di luar angkasa ataupun di dalam ruang atmosfera bumi. Di seluruh belahan dunia juga, turut berlegar pelbagai mitos dan anggap

Masyarakat awan

Image
Pada tahun 1997, seorang ahli arkeologi Peru, Sonia Guillen bersama pasukan penyelidiknya telah menemui satu peradaban kuno di pinggir kawasan hutan Amazon, Peru. Kota tersebut dikenali sebagai Chachapoyas, iaitu negeri orang-orang awan yang hilang sejak ratusan tahun yang lalu. Gelaran ‘masyarakat awan’ diberikan kepada penduduk Chachapoyas kerana mereka hidup di kawasan tanah tinggi, iaitu di pergunungan Andes yang selalu diselimuti awan. Bagaimanapun, kehidupan dan kebudayaan masyarakat kuno yang wujud sejak kurun ke-9 ini masih menjadi suatu misteri dan sukar diungkapkan kerana tidak banyak meninggalkan catatan. Meskipun mereka hilang tanpa jejak sejak ratusan tahun yang lalu, tetapi peninggalan sisa-sisa kota Chachapoyas yang ditemui di wilayah utara Peru menjadi bukti kewujudan masyarakat ini. Hanya bukti arkeologi seperti runtuhan binaan, tembikar, makam dan artifak lain yang menunjukkan bahawa suatu ketika dahulu pernah wujud satu tamadun manusia di pedalaman hutan Ama

Mencaci dan memaki hamun untuk tumbangkan pokok

Image
PENDUDUK desa di Kepulauan Salomon yang terletak di wilayah Pasifik memiliki cara yang cukup unik apabila hendak menebang pokok. Jika saiz pokok itu terlalu besar dan sukar untuk dipotong menggunakan kapak, mereka akan menjerit-jerit dan memaki hamun di bawah pokok sehingga pohon itu mati, lalu tumbang dengan sendiri. Selalunya amalan ini dilakukan oleh seseorang yang memiliki keupayaan khusus. Mereka ini akan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas tumbuhan yang disasarkan bermula dari seawal pagi sehingga waktu senja. Proses mencaci ini dilakukan selama tiga puluh hari. Bunyinya mungkin seperti kerja gila dan tidak masuk akal. Tapi menurut penduduk kampung, cara mencaci pokok seumpama itu selalunya akan berhasil. Ini kerana, secara teori mereka percaya bahawa perbuatan mencerca dan menjerit boleh membunuh semangat pokok. Mungkin itu sekadar kepercayaan. Persoalannya, apakah pekerjaan pelik ini dapat dibuktikan secara saintifik? Sejauh mana pula kebenaran yang mengatakan set