Posts

Showing posts from November, 2011

Arang dan Kesihatan Manusia

Image
TERINGAT cerita dalam filem legenda, Nujum Pak Belalang – si Belalang membuat air kopi untuk tetamu menggunakan arang yang diambil dari bontot kuali. Sebut fasal meminum arang, pasti ramai di antara kita berpendapat ia adalah kotor dan menjijikkan. Tapi, tahukah anda bahawa arang sebenarnya telah lama digunakan sebagai ubat dalam sejarah dunia perubatan? Seawal tahun 1,500 Sebelum Masihi (SM) lagi, masyarakat Mesir telah mula menggunakan arang sebagai medium penyembuh luka dan pembersih usus. Selepas lebih 1,100 tahun kemudian, seorang ahli perubatan pada tahun 460 SM, Hipokrates turut menggunakan bahan berwarna hitam itu untuk merawat penyakit epilepsi, klorosis dan penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria yang dipanggil sebagai antraks . Kaedah rawatan ini banyak menampakkan hasil, sekali gus menyelamatkan banyak nyawa orang-orang dahulu. Sungguhpun begitu, sejarah banyak menyaksikan ramai yang tidak percaya akan keberkesanan arang dalam perubatan. Lantaran itu, pada

Kelawar mengenali rakan sama seperti manusia

Image
Jika menyentuh tentang kelawar, ramai yang berpendapat kelawar merupakan haiwan yang selalu dikaitkan dengan kuasa jahat. Anggapan bahawa kelawar mempunyai kaitan dengan unsur-unsur jahat disebabkan kelawar merupakan haiwan yang keluar memburu pada waktu malam dan mempunyai rupa yang kurang menyenangkan. Mereka juga turut dikatakan menghisap darah manusia. Cerita mitos drakula yang menghisap darah manusia ini begitu popular sehingga pernah diterbitkan menjadi sebuah filem. Ada pendapat yang menyatakan kisah drakula pada asalnya hanyalah khayalan penulis Bram Stoker yang menghasilkan novel seram yang bertajuk 'Dracula'. Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya kekejaman Dracula seperti digambarkan dalam novel Stoker itu diinspirasikan oleh sejarah hidup seorang pemimpin kejam Romania iaitu Vlad III Dracula . Walaupun begitu, menurut Timbalan Pengarah Zoo Negara Malaysia, Dr. Muhammad Daniel Felix, kelawar sebenarnya mempunyai 1100 spesies di dunia dan di antaranya

Hidup Seorang Liar

Image
MASIHKAH anda ingat pada watak tarzan yang pernah muncul dalam filem cereka suatu ketika dahulu? Ketika itu, watak tarzan sering menjadi sebutan kebanyakan orang terutama sekali kanak-kanak yang meminatinya. Tarzan, gelaran bagi manusia rimba yang hidup dan tinggal bersama haiwan-haiwan liar di dalam hutan belantara. Pada awal tahun 2007, penduduk kawasan Phnom Penh di Kemboja telah digemparkan dengan kemunculan manusia rimba yang dijumpai di kawasan hutan tebal sekitar daerah tersebut. Lebih memeranjatkan lagi, manusia rimba itu merupakan seorang gadis remaja yang dikatakan telah hilang dari rumahnya 18 tahun lalu. Rochom P’ngieng yang digelar sebagai gadis rimba itu dikatakan telah hilang dari rumahnya ketika sedang menggembala kerbau di wilayah Ratanakkiri, kira-kira 600 kilometer dari bandar raya Phnom Penh. Rochom berjaya ditemui setelah seorang penduduk kampung yang sedang berkebun merasakan bekas makanan yang dibawanya telah dicuri oleh gadis rimba itu. Ketika dijum

Kulat Makan Semut Hitam

Image
Di Thailand, sejenis fungus aneh yang mampu mengawal semut hitam spesies Carpenter telah mengejutkan saintis. Beberapa saintis menyifatkan,  penemuan itu sebagai sesuatu yang baru kerana sebelum ini belum ada lagi parasit yang mampu berfungsi sedemikian. Fungus yang dikenali sebagai ophicordy unilateralis dikatakan berjaya mewujudkan satu fenomena terhadap semut hitam. Fenomena itu dikenali sebagai ‘parasitic zombification’. Mengikut rekod, kulat pelik itu sebenarnya telah wujud sejak 48 juta tahun lalu dan ia mula menjadi bahan kajian kebelakangan ini oleh saintis alam sekitar. Beberapa fosil kulat itu daripada zaman silam telah ditemui di Messel, Jerman oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard yang diketuai David Hughes. Hughes adalah seorang penyelidik dalam bidang kelakuan ekologi. Kesan luka akibat percambahan daun pada badan semut ini boleh menyebabkan semut ini mati. Jelas Hughes, bukti yang ditemui menunjukkan, parasit ini telah berfungsi sebegitu seja

Bintang yang menyanyi

Image
Sejak bumi ini wujud berjuta-juta tahun dahulu, bintang menjadi penyeri di langit malam dengan keindahan kerlipannya. Tapi, tahukah anda, bintang juga boleh ‘menyanyi’ dan mengeluarkan melodi yang indah? Penemuan terbaru ini telah berjaya diungkai oleh pengkaji astronomi dari University of Birmingham, Dr. Bill Chaplin yang turut bekerjasama dengan beberapa orang wakil dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA). Melodi yang dikeluarkan melalui bintang telah berjaya dirakam oleh mereka ketika mengukur perubahan kerlipan bintang KIC 11026764 yang dikenali sebagai bintang Gemma. Bintang ini berukuran sekitar dua kali ganda matahari dan berada pada jarak 3,100 trilion batu dari bumi. Para pengkaji memberitahu, bintang Gemma ini boleh bergetar seperti instrumen muzik dengan mengeluarkan melodi. Getaran ini berlaku disebabkan proses yang menyerupai gempa ataupun starquake, yang telah berorientasi dari bahagian permukaan ke teras bintang tersebut. Deng

sains & al-quran - Mayat yang terpelihara

Image
Pada pertengahan tahun 1975, presiden Perancis ketika itu, Francisco Mitterand telah menawarkan bantuan kepada kerajaan Mesir untuk meneliti dan menganalisis mumia Firaun Ramses II. Kajian tersebut dilakukan untuk membongkar rahsia yang sering dikaitkan dengan Ramses Agung itu. Sebelum ini, persoalan mengenai siapakah Firaun yang telah ditenggelamkan dalam peristiwa Laut Merah sering menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, berdasarkan kiraan tarikh, ramai ahli sejarah percaya bahawa Ramses II atau dikenali juga sebagai Ozymandias adalah individu yang dimaksudkan. Bagi mengungkai persoalan tersebut, kerajaan Mesir telah bersetuju dan menyambut baik pelawaan pihak Perancis itu. Mumia tersebut kemudiannya diterbangkan ke Paris dan diletakkan di Pusat Arkeologi Perancis untuk dijadikan subjek kajian. Profesor Dr. Maurice Bucaille Pakar bedah dan autopsi Perancis, Profesor Dr. Maurice Bucaille telah ditugaskan untuk mengetuai penyelidikan bersejarah itu. Pengalamannya yang luas

sains & al-quran - ubun-ubun yang menipu

Image
Pada zaman tamadun China purba, seorang suspek yang disabitkan sesuatu tuduhan perlu melalui ujian dengan menggunakan sekepal nasi yang disumbat ke dalam mulutnya. Kemudian, suspek itu akan diasak dengan pelbagai soalan sekitar tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Selepas semua soalan diajukan, suspek itu diminta mengeluarkan semula kepalan nasi tadi. Seandainya nasi yang dikeluarkan dari mulutnya itu kering, dia akan didapati bersalah. Sebaliknya jika nasi tersebut masih kekal basah, suspek tersebut dianggap tidak bersalah dan seterusnya dibebaskan. Masyarakat China pada zaman tersebut percaya, jika seseorang itu melalui ujian berkenaan dan diasak dengan unsur-unsur provokasi, tubuh mereka akan memberikan dua respons yang berbeza, iaitu normal dan tidak normal. Dalam konteks ujian tadi, nasi dipercayai menjadi kering akibat bertindak balas dengan emosi tidak normal suspek yang diburu oleh perasaan takut, gementar, terkejut, malu dan sebagainya. Perubahan atau tindak balas tid

Perihal Haiwan Peperangan

Image
SEGALA makhluk yang merayap di bumi, dan burung-burung yang terbang dengan sayap-sayapnya adalah umat-umat yang serupa dengan manusia. Keserupaan ini menyerlah melalui sifat sesetengah daripada haiwan ini yang seakan-akan sama dengan tabiat manusia. Walaupun haiwan tidak diberikan kedudukan setaraf dengan manusia namun kedudukannya merupakan sesuatu yang penting dalam keseimbangan kehidupan di bumi. Di dalam Al-Quran, terdapat enam daripada 114 surah menceritakan mengenai haiwan. Surah-surah tersebut seperti al-Baqarah (lembu), Al-An’am (haiwan ternakan), al-Nahl (lebah), al-naml (semut), al-Ankabut (labah-labah) dan al-Fil (gajah). Ini menunjukkan, haiwan merupakan sesuatu yang sangat berfungsi di dalam kehidupan manusia.  Menurut Prof. Madya Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), secara umumnya, terdapat tiga kegunaan haiwan dalam kehidupan manusia. Pertama sebagai makanan, kedua sebagai alat yang membantu dalam u

Sains & Al-Quran:Al-Quran mengira kelajuan cahaya

Image
Dalam sains, cahaya diiktiraf sebagai pergerakan yang paling pantas di alam maya ini. Dengan kata lain, tidak ada pergerakan yang lebih cepat daripada cahaya. Menurut Albert Einstein, tidak ada yang mutlak di dunia ini kecuali kecepatan cahaya. Sekalipun pendapat yang diutarakan oleh Einstein ini agak kontroversi, tetapi teori itu telah dibuktikan sahih melalui kajian yang dilakukan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Michelson-Morley. Mengikut teori moden sains fizik, cahaya dan semua sinaran elektromagnetik bergerak pada kelajuan yang malar di dalam vakum, iaitu kelajuan cahaya. Setelah dicongak dan dihitung, cahaya didapati bergerak dengan kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Secara mudah jika dibundarkan mendapati pergerakan cahaya hampir 300 000 kilometer sesaat atau 186 000 batu sesaat. Apabila berbicara mengenai kelajuan cahaya, sudah pasti ia berkait rapat dengan objek-objek lain di angkasa raya. Dua sistem iaitu Sinodik dan Siderial akan digunakan oleh ah