Laluan rahsia Genting Bidai
Jamali menunjukkan kawasan yang dipercayai Genting Bidai Sekitar kurun ke-16, terdapat satu laluan rahsia telah dibina di Banjaran Titiwangsa. Laluan tersebut dikenali sebagai Genting Bidai. Ia merupakan jalan utama yang menghubungkan penduduk di negeri Pahang yang ingin ke Ulu Kelang, Selangor pada suatu ketika dahulu. Selain itu, berdasarkan cerita lisan, Genting Bidai dahulunya pernah digunakan Jeneral Perang Datuk Bahaman sebagai kubu peninjau dan tempat menyimpan bekalan makanan sewaktu peristiwa peperangan saudara antara negeri Pahang dengan Selangor sekitar tahun 1872 lalu . Batu tanda sempadan antara negeri Pahang dan Selangor yang terdapat di Genting Bidai Malangnya, selepas kedatangan British pada tahun 1895 laluan tersebut difahamkan telah ditutup serta-merta dan digantikan dengan laluan baru di Bentong. Timbul persoalan, mengapakah laluan berkenaan ditutup? Adakah pihak British sengaja menutup laluan itu untuk menyembunyikan operasi rahsia mereka? Mungkin
Comments
Post a Comment