Posts

Showing posts with the label BUDAYA

[VIDEO] LAMBAIAN API CAPE RACHADO TANJUNG TUAN

Image
Sumber: Majalah Infiniti

[VIDEO] Misteri negeri dalam negeri

Image
Sumber: Majalah Infiniti

Dibayar untuk melihat api

Image
Jika bercakap perihal api dan kerjaya, semua orang pasti sependapat bahawa ia adalah tugas seorang anggota bomba. Sebenarnya, anggapan tersebut sama sekali meleset kerana wujud satu kerjaya lain yang berkaitan dengan api. Cuma apa yang membezakannya dengan tugas bomba, kerjaya ini hanya dibayar untuk melihat api.   Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi sesiapa yang pernah beberapa kali mencuba memohon untuk menjadi seorang anggota bomba akan tetapi masih gagal, anda mungkin boleh mencuba kerjaya ini pula.   Setakat ini, jawatan tersebut yang dikenali Fire Lookout  atau peninjau kebakaran ini hanya ditawarkan di 16 buah negara sahaja. Antara negara yang menawarkan pekerjaan ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Uruguay, Brazil, Australia, New Zealand, Indonesia, Perancis, Itali, Portugal, Sepanyol, Jerman, Latvia, Isr...

Bandar biru Jodhpur

Image
Ribuan seni bina yang terletak di Jodhpur, wilayah Rajashtan, utara India, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga hari ini. Seolah-olah berada di dunia lain, bandar tersebut dipenuhi pelbagai binaan yang berwarna biru. Lantaran keadaan itu, bandar misteri berkenaan digelar sebagai Kota Biru. Berikutan keadaan cuacanya yang sentiasa cerah sepanjang tahun, ia juga turut mendapat jolokan nama sebagai ‘Sun City’. Sepanjang tahun, bandar Jodhpur yang terletak di wilayah Rajashtan, India sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang dari segenap pelosok dunia. Kesemua mereka datang dengan satu impian iaitu ingin menyaksikan ribuan seni bina berwarna biru di bandar tersebut. Persoalannya yang sering ditanya, mengapa keseluruhan binaan di bandar tersebut berwarna biru? Apakah punca yang menyebabkan masyarakat di kawasan itu mengecat kediaman mereka dengan warna yang sama? Jika dilihat dengan logik akal, ia adalah satu perkara yang tidak m...

Manusia & bunga

Image
Sejak azali lagi, bunga merupakan sejenis spesies tumbuhan yang diakui banyak berkait rapat di dalam kehidupan dan kebudayaan manusia. Bukan itu sahaja, tumbuhan ini dianggap sebagai lambang yang sangat bermakna khususnya bagi seseorang individu, masyarakat dan bangsa. Menurut Ketua Program Antropologi & Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Zaidah Mustapha, dalam konteks kehidupan dan kebudayaan manusia mendapati, tumbuhan ini sudah dikenali sejak sekian lama. Ia dianggap sebagai satu hidupan yang berguna dalam kehidupan manusia. Berdasarkan pemerhatian beliau, penggunaan tumbuhan ini kemungkinan mula digunakan manusia ketika upacara pengebumian. Dalam tamadun manusia, ritual ini sangat penting bagi seseorang individu, institusi kekeluargaan atau satu masyarakat bagi menghargai orang yang sudah mati. Oleh itu, bunga dilihat sebagai salah satu elemen yang sesuai bagi tujuan tersebut sehingga ke hari ini.  ...

Pertandingan gusti suri rumah

Image
Sukan gusti merupakan satu acara yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Mexico. Ia merupakan sejenis sukan yang sangat terkenal malah lebih popular berbanding sukan bola sepak di negara itu. Uniknya, acara sukan lasak yang menjadi kegilaan ramai masyarakat di sini bukan sahaja cenderung kepada golongan kaum lelaki, tetapi turut diminati oleh kesemua majoriti golongan kaum wanita di negara tersebut. Percaya atau tidak, akibat terlalu fanatik dengan sukan ini satu pertandingan gusti jalanan telah dianjurkan dan kesemua pesertanya adalah terdiri daripada suri rumah sepenuh masa. Dikenali sebagai Lucha libre, ia merupakan satu pertandingan gusti jalanan yang mula diperkenalkan pada awal 1900 tahun yang lalu. Pada tahun 1933, acara gusti jalanan ini mula dikenali dan bertukar menjadi satu fenomena baru dalam acara sukan yang paling diminati di negara Mexico. Meskipun ianya masih baru pada ketika itu, sukan tersebut berjaya menarik perhatian penduduk s...

Mitos & Realiti Ilmu kebal

Image
Gambar sekadar hiasan Suatu masa dulu, Ahmad Nasaruddin Mansor, 46, gemar berguru pelbagai ilmu-ilmu persilatan termasuklah ilmu kebatinan. Dia yang mesra dengan panggilan Abot, memberitahu, hobinya di waktu muda adalah mempelajari pelbagai ilmu termasuklah perihal kebal ini. Bermacam guru telah ditemuinya dan pelbagai petua telah diperolehnya tapi semua itu tidak pernah jadi amalannya. Jelas Abot, sebenarnya ilmu kebal ini tidak wujud. Kebal itu sendiri bukanlah satu kehebatan tetapi ia hanya satu myth iaitu cerita orang zaman dulu-dulu tentang kelebihan kulit mereka tidak luka. Ini kerana di zaman itu, manusia hidup berpegang pada pendirian dan bukannya ada undang-undang seperti hari ini. Jadi mereka perlulah ada kelebihan untuk melindungi diri mereka daripada kekejaman . Gambar sekadar hiasan Di zaman moden ini, kita sudah tidak sebegitu lagi. Corak hidup kita juga berbeza. Ancaman keselamatan itu sudah tidak berisiko lagi. Jadi kebal itu sudah jadi elemen untuk men...

Air pancut misteri dalam masjid

Image
Kemunculan air pancut di sebuah masjid di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia, ternyata menggemparkan penduduk di sekitarnya. Di tambah pula, air tersebut dipercayai mempunyai kuasa luar biasa yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Gambar sekadar hiasan Ekoran dakwaan itu, perkarangan masjid berkenaan mula dipenuhi penduduk berhampiran yang datang berpusu-pusu untuk mendapatkan air tersebut. Menurut penduduk tempatan, air yang keluar di tengah masjid itu mampu menyembuhkan penyakit kulit seperti gatal-gatal, kurap serta banyak lagi jenis penyakit lain. Mereka turut memberitahu, air tersebut selamat untuk diminum dan dipercayai boleh membantu seseorang untuk mencari jodoh. Berita mengenai kewujudan air tersebut turut di datangi penduduk luar dari kawasan Polewali Mandar. Keadaan itu telah menyebabkan ruang solat yang dilimpahi air pancut berkenaan dikerumuni orang ramai dan menjadi tempat mandi kanak-kanak. Gambar sekadar hiasan Mengikut laporan sebu...

Kahwin selepas mati

Image
Percaya atau tidak, masih ada segelintir masyarakat di dunia ini yang mengamalkan satu tradisi perkahwinan aneh yang diberi nama Spritual Wedding iaitu ritual perkahwinan selepas kematian. Ia dilakukan atas dasar ketenangan dan kebahagiaan bagi seseorang individu bujang yang mati sebelum berkahwin.   Mungkin kedengaran agak aneh, namun bagi sesetengah masyarakat, ritual ini dianggap  penting kerana perkahwinan dipandang sebagai satu kelangsungan hidup seseorang. Justeru, sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia ketika belum berkahwin, ritual ini perlu dilakukan sebagai simbolik penyempurnaan hidup seseorang individu. Antara kes yang melibatkan  perkahwinan unik ini adalah mendiang Jung Da Bin yang juga seorang aktres terkenal di Korea Selatan, yang meninggal dunia akibat membunuh diri pada 10 Februari 2007 lalu. Pelakon tersebut yang terkenal menerusi sebuah filem ‘The Legend of Gingko’   telah dikahwinkan dengan pasangannya, Moon Jae Sung, seorang l...

Pesta meraikan kematian

Image
Kematian disifatkan sebagai satu tahap yang semestinya dihadapi oleh semua orang. Lazimnya, ia dianggap sebagai satu kehilangan yang menyedihkan. Percaya atau tidak, terdapat sesetengah budaya di dunia mempercayai bahawa kematian adalah suatu yang menggembirakan-diraikan dengan pesta dan tarian. Masyarakat Toraja di Sulawesi misalnya menganggap kematian bukanlah kejadian untuk diratapi. Sebaliknya, mereka mempercayai ia sebagai permulaan suatu perjalanan besar yang menggembirakan roh si mati berhijrah ke alam yang lain. Bagi masyarakat ini, mereka turut menyifatkan kematian adalah satu proses ‘perjalanan’ yang amat menggembirakan bagi roh si mati untuk menuju ke kehidupan yang lebih baik. Ekoran itu, keluarga si mati mestilah mengadakan upacara khas untuk meraikan kematian ahli keluarga mereka yang sudah meninggal. Dalam upacara khas itu, keluarga si mati hendaklah mengadakan satu pesta yang biasanya dihadiri  ramai orang. Kebiasaannya, sewaktu pesta tersebut diada...

Pelaris

Seorang peniaga di Lembah Klang, Anna (bukan nama sebenar), mengakui gelisah apabila perniagaan kedai runcitnya yang dibuka sejak lima tahun lalu semakin merosot. Sejak itu, ramai pelanggan tetapnya mula beralih ke sebuah kedai lain yang baru dibuka tidak jauh dari kedainya. Luah wanita itu lagi, ada di antara pelanggan memberitahu suasana kedainya kelihatan gelap seakan-akan tidak dibuka. Ekoran keadaan itu, dia akhirnya nekad untuk mendapatkan pelaris bagi menyelamatkan kembali perniagaannya. Justeru, dia telah mendapatkan khidmat seorang bomoh di utara tanah air. Ujar Anna, selepas proses tilikan yang dilakukan bomoh tersebut mendapati, kononnya perniagaannya telah disabotaj secara ‘batin’ sehingga menyebabkan pelanggannya beralih ke kedai lain. Bagaimanapun, selepas dibekalkan dengan air penawar dan beberapa potong ayat untuk diamalkan, perniagaannya kembali pulih seperti sedia kala. Ujar wanita tersebut, dia terpaksa menggunakan cara tersebut serta menghabiskan ribuan rin...

Mandi bunga boleh sembuhkan penyakit?

Image
Dalam sejarah peradaban masyarakat Melayu, terdapat pelbagai rahsia perubatan yang masih diamalkan sehingga hari ini. Salah satu daripadanya adalah amalan mandi bunga. Ketika awal tradisi ini diperkenalkan, ia lebih kepada berbentuk spiritual . Amalan ini biasanya dilakukan dengan niat membuang bala, mempercepatkan jodoh, menarik semangat baik, menghindarkan diri daripada semangat jahat, menyucikan dosa dan lain-lain lagi. Kini, tujuan asal amalan ini mulai berubah mengikut peredaran masa dan mula diguna pakai sebagai salah satu kaedah rawatan alternatif. Meskipun tiada kajian saintifik  terperinci mengenainya dilakukan, amalan ini dipercayai boleh menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan seri pada wajah. Menurut  pegawai perubatan dari Cawangan Amalan dan Pendaftaran, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Shamsaini Shamsuddin, mandi bunga adalah suatu amal...