Laluan Daratan tertua di Malaysia
Sekitar abad ke-13, terdapat satu laluan purba telah dibina di kawasan pedalaman daerah Jempol, Negeri Sembilan. Laluan tersebut dikenali sebagai Jalan Penarikan. Difahamkan, laluan terbabit mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung ke pantai timur satu ketika dahulu. Berdasarkan cerita lisan, laluan yang turut dikenali sebagai Londar Siam merupakan jalan darat tertua di Semenanjung Malaysia. Meskipun sejarah mengenai jalan ini tidak diketahui secara tepat dan tiada catatan khusus mengenainya, ia adalah sebuah lokasi yang sangat penting satu ketika dahulu. Menurut Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Dr. Shamsuddin Ahmad, Jalan Penarikan merupakan sebuah laluan daratan yang digunakan oleh para pedagang dari pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung Malaysia. Menerusi jalan ini, ia merupakan satu laluan pintas yang menghubungkan dengan laluan dari sebelah pantai timur negara ini. Merangkumi tujuh b...