Spesies pokok yang paling pemalu
Di negara kita, sejenis spesies pokok yang dikenali sebagai Pokok Semalu sememangnya tidak asing lagi. Rata-rata daripada kita sudah lama mengenali spesies pokok ini dengan sifatnya yang sangat pemalu.
Disebabkan
sifat semula jadinya itu, tumbuhan ini akan bertindak balas dengan menguncupkan
daunnya apabila disentuh. Jangankan manusia, hatta objek-objek lain seperti
besi atau plastik pun tidak akan dilayannya. Ekoran sifat jual mahalnya itu, sehingga
hari ini belum ada rekod yang berjaya menyentuh tumbuhan itu daripada
menguncupkan daunnya.
Persoalannya,
apakah yang menyebabkan pokok itu memiliki pemalu? Dan, kenapakah setiap kali ada
percubaan untuk menyentuhnya tumbuhan ini akan bertindak balas dengan
menguncupkan daunnya?
Hal ini
mendapat perhatian daripada seorang Penyelidik Interpretasi Persekitaran,
Jabatan Pengurusan Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM),
Dr. Manohar Mariapan. Jelasnya, pokok semalu atau nama saintifiknya Mimosa pudica merupakan sejenis tumbuhan
kekacang yang tergolong dalam sub keluarga Leguminosae.
Ia merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari beberapa kawasan iaitu Amerika
Selatan, Afrika dan Asia.
Berbeza dengan
tumbuhan lain, spesies pokok ini agak unik dan merupakan sejenis flora yang
dikategorikan sebagai Sensitive Plant.
Apabila tumbuhan ini disentuh, ia akan melakukan satu pergerakan yang jarang
kita lihat pada spesies flora yang lain. Keadaan ini berlaku secara spontan dan
pada bahagian daunnya mula menguncup seolah-olah sebagai tanda ia tidak mahu
diganggu.
Mengulas
lanjut mengenai perkara itu, kata Dr. Manohar, keadaan tersebut berlaku
disebabkan satu tindak balas kimia di bahagian daun pokok terbabit. Ia
selalunya terjadi apabila satu nutrien yang dipanggil Potassium menghasilkan air pada permukaan daun, sekali gus
mempengaruhi pergerakan daun sehingga ia menguncup. Kebiasaannya, tindak balas
kimia ini akan berlaku dalam beberapa keadaan iaitu disentuh, perubahan suhu
dan ditiup oleh angin.
Difahamkan,
sifat unik yang dimiliki oleh spesies tumbuhan itu telah menarik minat manusia
sejak zaman dahulu lagi dan pernah didokumentasikan kira-kira 2,000 tahun lalu.
Pada ketika itu, para ilmuwan mengemukakan satu teori bahawa tumbuhan tersebut
mungkin mempunyai tisu, saraf serta otot seperti mana yang ada pada manusia
atau haiwan. Namun, sejauh mana kebenaran teori berkenaan masih belum
dibuktikan lagi kerana tiada kajian lanjut mengenainya.
Selain
dikenali sebagai pokok yang bersifat pemalu, ia turut dibuktikan secara
saintifik mampu menyembuhkan beberapa penyakit. Sebagai contoh, pada bahagian
akar pokok ini boleh mengubati penyakit buah pinggang, pelawas sewaktu membuang
air kecil, sakit perut, sengungut, malaria, lelah, tonik, keputihan dan kusta. Ia
juga dikatakan kaya dengan pelbagai khasiat khususnya bagi kegunaan golongan
kaum wanita yang baru bersalin.
Pada bahagian
batangnya pula, pokok semalu dikatakan
boleh merawat beberapa lagi penyakit seperti, sakit tekak, batuk dan demam.
Manakala, di bahagian daun boleh menghilangkan kesan gigitan binatang
berbisa.
Sementara
itu, di negara Jepun pokok semalu dianggap sebagai satu tumbuhan yang sangat
bernilai. Di sana, ia ditanam secara meluas dan dijadikan sebagai pokok hiasan.
Fakta
ringkas Pokok Semalu
·
Nama saintifiknya adalah Mimosa pudica.
·
Merupakan sejenis tumbuhan kekacang yang tergolong dalam
sub keluarga Leguminosae.
·
Memiliki daun yang halus dan amat sensitif pada sentuhan,
haba dan angin.
·
Cara membiak ialah melalui biji benih.
Thank you for the sharing ...
ReplyDeleteTerkma kasih
ReplyDelete