Posts

Showing posts from January, 2013

Batu berbau kentut

Image
Di antara mineral-mineral teras yang wujud di dalam perut bumi, terdapat sejenis batu kristal berwarna kuning yang mempunyai bau tengit menyesakkan hidung. Ia adalah batu sulfur – sejenis hablur pepejal yang berbau seperti telur busuk. Sulfur atau dalam bahasa Latinnya sulpur telah ditemui oleh manusia sejak beberapa kurun sebelum Masihi (SM) lagi. Ia pernah disebut di dalam kitab lama sebagai satu unsur semula jadi alam. Dipercayai, perkataan sulfur ini berasal daripada bahasa Arab iaitu sufra yang bermaksud kekuning-kuningan. Pengarang epik Yunani yang dikenali sebagai Homer pernah menyebut tentang sulfur pada abad ke-8 SM. Pada tahun 424 SM, kaum Boeotia telah merosakkan dinding-dinding sebuah kota menggunakan pembakaran campuran arang batu, sulfur dan tar. Penggunaan sulfur makin lama makin berkembang dan manusia semakin bijak mengaplikasikan sulfur dalam kehidupan harian, terutamanya dalam bidang ketenteraan. Pada sekitar abad ke-12, orang Cina telah mencipta serbuk ...

Sembunyi mayat ayah dalam almari demi pencen

Image
Di Jepun, seorang anak tidak melaporkan kematian ayahnya kepada pihak berkuasa demi untuk terus menikmati pencen milik ayahnya. lelaki yang berumur 55 tahun  yang tidak mahu dikenali telah memasukkan mayat ayahnya ke dalam almari bagi tujuan tersebut. Penipuan itu berjaya bertahan selama lima tahun sehinggalah dia dimasukkan ke hospital akibat sakit tua. Bagaimanapun, semasa di hospital, bekas isteri lelaki berkenaan telah datang ke rumahnya untuk mengambil barang milik lelaki berkenaan. Semasa memasuki rumah itu, wanita pertengahan usia itu tercium bau busuk daripada salah satu almari pakaian. Ekoran itu, bekas isteri lelaki berkenaan telah menelefon pihak berkuasa dan seorang pegawai polis datang memeriksa. Akhirnya mayat bekas ayah mertuanya ditemui di dalam almari dalam keadaan tulang separuh reput. Berikutan itu, lelaki yang berusia 55 tahun itu ditahan.

Alat Uji kehamilan guna USB

Image
Bagi kaum-kaum wanita di seluruh dunia, kaedah ujian kehamilan pada masa kini semakin mudah dan senang untuk dilakukan. Terbaru, alat ujian kehamilan berupa USB telah dicipta yang boleh berhubung terus dengan komputer. Cara penggunaannya masih sama dengan alat ujian kehamilan yang biasa terdapat di pasaran.  Setelah sampel urin dititiskan, masukkan ke USB port di komputer anda dan keputusannya akan tertera di skrin. Menariknya, keputusan itu akan disertakan dengan gambaran grafik. Alat ini juga dapat menganalisis waktu kesuburan anda dan turut membantu para ibu untuk merancang kehamilan mereka.

Revolusi Kasut Elektrik

Image
Kerana ingin cepat, banyak cara boleh dilakukan. Kalau kita berkunjung ke stesen keretapi di Perancis, kita mungkin  terkejut melihat cara orang-orang Perancis mengejar masa. Biasanya mereka akan berlari mengejar keretapi walaupun keretapi itu tidak bergerak. Tabiat ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat di sana. Kini revolusi mengejar masa telah dipermudahkan. Terbaru, penciptaan kasut beroda yang mampu bergerak sendiri dilihat menjadi satu alternatif baru dalam era teknologi gajet. Di Wugang, wilayah Henan, Zhao Xueqin telah berjaya mencipta sepasang kasut yang tidak memerlukan sebarang tenaga daripada badan. Kasut beroda ini sebenarnya menggunakan tenaga bateri yang mempunyai lampu serta penunjuk aras kuasa bateri. Ia dinamakan kasut elektrik. Menurut Zhao, idea ini muncul ketika dia melihat kanak-kanak di kampungnya yang terpaksa berjalan jauh sekitar 20 kilometer untuk ke sekolah. Mereka terpaksa bangun seawal 3:00 pagi setiap hari. Kata Zhao, si pemakai kasut da...

Berkahwin bantu kurangkan risiko nyanyuk

Image
Alzheimer merupakan punca utama bagi masalah nyanyuk di dunia. Pada satu persidangan antarabangsa mengenai penyakit ini yang berlangsung di Chicago, Amerika, para peserta persidangan didedahkan dengan satu fakta baru mengenai penyakit itu. Fakta itu menjelaskan bahawa berkahwin mampu mengurangkan gejala nyanyuk. Satu penyelidikan mengenainya telah dilakukan oleh Dr. Krister Hakansson dari Institut Karolinka di Stockholm, mendapati mereka yang berkahwin dan mempunyai pasangan hidup mempunyai peluang 50 peratus kurang mengalami masalah nyanyuk. Keputusan kajian ini diperoleh setelah Dr. Hakansson memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland. Sehubungan itu, Ketua Penyelidik  Persatuan Alzheimer, Universiti UK, Dr. Susanne Sorensen, berkata, bukti yang dikemukakan memang boleh membantu mengurangkan risiko nyanyuk tapi orang bujang tidak perlu bimbang mengenainya kerana masih ada banyak cara untuk mengurangkan risiko ini. Mungkin cara pemakanan yang sihat, kera...

Cecair perisai

Image
Di London, sekumpulan saintis dan jurutera dari Syarikat Pertahanan Keselamatan Britain (BAE) berjaya mencipta sejenis cecair rahsia yang dapat menyerap kekuatan peluru sekaligus dapat melindungi tubuh askar. Menurut jurucakap BAE, Stewart Penny, cecair tersebut mampu memberikan perlindungan kepada askar di medan perang. Ia digelar ‘Cecair Perisai’. Cecair ini adalah salah satu alat teknologi perang yang dapat menyelamatkan nyawa askar daripada terkorban. Ketika mendemonstrasikan fungsi cecair berkenaan dengan mengacaunya dengan sudu, Penny menjelaskan, semasa dalam air, kita akan berasa sedikit penolakan dengan impak yang kurang. Begitulah cara cecair yang diciptanya itu berfungsi. 

Robot bantu ajar bahasa Inggeris

Image
    Di Seoul, sebanyak 30 buah robot mula mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di bandar Daegu, Korea Selatan. Robot yang diberi nama Engkey itu dicipta oleh santis di Institut Teknologi Sains, Korea Selatan, mula mengajar di 21 buah sekolah di bandar berkenaan. Menurut Saintis Kanan institut tersebut, Sagong Seong-dae, sebanyak 30 buah robot setinggi satu meter yang mempunyai panel televisyen di muka bergerak di sekitar bilik darjah semasa mengajar murid-murid.   Jelasnya, robot tersebut dikawal dengan menggunakan alat kawalan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris dari Filipina. Di samping itu, guru-guru itu juga boleh melihat dan mendengar suara murid-murid melalui sistem alat kawalan jauh.  

Kuda berantena

Image
Sejarah telah membuktikan kuda merupakan salah satu haiwan yang telah wujud sejak zaman dinosaur lagi . Sejak 4,000 tahun Sebelum Masihi (SM), manusia sebenarnya sudah bijak menggunakan kuda sebagai haiwan tunggangan. Selain itu ia juga turut dijadikan haiwan ternakan. Menunggang kuda juga merupakan salah satu sunnah nabi dalam agama Islam yang baik untuk diikuti. Kuda juga merupakan haiwan pilihan untuk membawa serta membantu bala tentera berperang. Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan besar, jelas sekali ia membantu melawan serangan pihak musuh. Dr. Muhammad Daniel Felix Pada zaman kini, kuda telah menjadi salah satu sukan di dunia dan juga dianggap trend sukan yang paling mahal buat masa ini. Jika dahulu kita pernah mendengar ayat seperti ‘membeli seekor kuda, sama seperti membeli sebuah kereta’, namun jelas Timbalan Pengarah Zoo Negara Malaysia, Dr. Muhammad Daniel Felix, zaman sekarang boleh dikatakan setiap orang mampu memiliki seekor kuda tetapi bergantung kepada...

Misteri kehilangan Kapal Waratah

Image
Umum mengetahui tragedi kisah kapal mewah Titanic karam di lautan Atlantik  pada tahun 1912. Malah, kisah benar itu turut diadaptasi menjadi sebuah filem dan mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia. Namun, pernahkah anda mengetahui di sebalik tragedi ini, terdapat sebuah lagi kapal yang jauh lebih mewah dan paling kukuh di dunia pernah karam di lautan yang sama pada tahun 1909? Misteri yang tersimpan kukuh itu, kini menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Jika sebelum ini kapal Titanic karam disebabkan perlanggarannya dengan ketulan ais yang besar, tetapi kehilangan kapal mewah ini tidak diketahui puncanya. Kapal mewah yang dimaksudkan itu bernama Waratah. Ia milik syarikat Blue Anchor Ocean Transport Corporation Australia. Nama Waratah diambil sempena nama sejenis bunga yang terdapat di bandar New South Wales, Australia. Mengikut rekod, kapal ini merupakan salah satu kapal yang berulang alik dari England ke Australia menggunakan laluan Tanjung Harapan di Afrika Sela...

Misteri segitiga Bridgewater

Image
Berbicara mengenai fenomena misteri segitiga Bermuda, pasti ramai yang mengetahui kisah misterinya. Namun, ternyata di bahagian dunia lain, masih wujud lagi wilayah yang didakwa berbentuk segitiga menyamai fenomena aneh segitiga Bermuda. Salah satunya adalah segitiga Bridgewater. Bridgewater Triangle atau segitiga Bridgewater adalah sebuah wilayah yang mempunyai keluasan 520 kaki persegi di sebelah tenggara Massachussets, Amerika Syarikat.  Loren Coleman Ia meliputi 14 kawasan iaitu kota Abington, Brockton, Rehoboth, Freetown, Norton, Bridgewater, West Bridgewater, Middleboro, Dighton, Berkley, Raynham, Easton, Lakeville, dan Taunton. Wilayah ini pertama kali diungkapkan oleh seorang penyelidik paranormal yang bernama Loren Coleman dalam bukunya ‘Mysterious America’. Kononnya, selama beberapa abad dahulu wilayah ini sering dilaporkan mengalami pelbagai fenomena aneh yang tidak masuk akal. Wilayah ini juga sangat terkenal sebagai pusat aktivit...

Latah: Sindrom Masyarakat Melayukah?

Image
“OPOCOT!” Itu antara perkataan yang kebiasaannya kita dengar apabila seseorang itu melatah akibat terkejut. Sesetengah individu berpendapat, tingkah laku itu merupakan satu bentuk hiburan kepada orang lain. Bagaimanapun reaksi individu yang melatah sebenarnya berlaku dalam pelbagai bentuk. Ada yang melatah dengan mengeluarkan kata-kata dan tidak kurang pula yang menzahirkan tindakan spontan. Apa pun tindakan ini akan menarik perhatian orang lain terhadap pelatah. Di Filipina, latah boleh menyebabkan seseorang itu mendapat sakit seperti demam, sakit perut dan juga penyakit kulit. Masyarakat di sana percaya, melatah merupakan satu sindrom yang boleh memudaratkan. Jadi ia dikenali sebagai lanti. Seseorang yang terkena lanti akan menunjukkan reaksi terkejut spontan secara tiba-tiba sebelum melatah. Di Kutub Utara pula, masyarakatnya mengenali latah sebagai sindrom Pibloktoq. Seseorang yang terkena penyakit ini akan mudah terkejut dan mengeluarkan kata-kata spontan tanpa sedar. Ka...

Makan Daging Sendiri

Image
Jangan pelik dan terkejut jika anda lihat gadis ini memakan dagingnya sendiri. Pemilik nama Mega Susi Ningsih yang menetap di Situbondo, Jawa Timur, Indonesia ini, mempunyai hobi yang pelik iaitu suka memakan dagingnya sendiri. Malah, dia turut dipanggil kanibal oleh penduduk tempatan.  Akibat hobi peliknya itu, dia telah kehilangan hampir kesepuluh jari tangannya. Ekoran daripada tabiatnya itu, seluruh ahli keluarganya bingung dan terpaksa menahan malu kerana isu Ningsih menjadi topik perbualan penduduk setempat. Jelas Banura, nenek Ningsih, perlakuan cucunya itu sangat membimbangkan dirinya.  Kelakuan itu sangat berbeza dengan adik beradiknya yang lain.  Ketika umurnya yang kini 19 tahun, Ningsih masih belum mampu bertutur dengan baik, bahkan dia juga tidak suka bercampur dengan orang lain. Akibat hobi peliknya itu, dia telah kehilangan hampir kesepuluh jari tangannya Persoalannya, bagaimana gadis ini boleh makan dagingnya sendiri? Tidakkah dia teras...

Keranda Tergantung kaum Sagada

Image
Masyarakat suku kaum Sagada di Filipina telah mengamalkan upacara pengebumian  mayat dalam keranda tergantung sejak 2000 tahun lalu. Tradisi ini muncul kerana kepercayaan suku kaum Sagada tentang kehidupan selepas kematian. Menurut kepercayaan mereka, seseorang yang meninggal dunia perlu dipersiapkan tempat persemadian yang tinggi supaya roh mereka mudah menghampiri syurga. Justeru itulah, dinding bukit batu kapur menjadi tempat yang sesuai untuk menggantung keranda yang berisi mayat kaum Sagada. Bagaimanapun, bagi sesetengah penduduk, mengabadikan mayat orang tersayang di dinding bukit batu kapur merupakan satu cara untuk memperingati dan menjaga khazanah bangsa untuk tempoh yang lama. Sebab itulah, sebelum upacara pengebumian dilakukan, keranda terlebih dahulu diukir dan beberapa ritual dilakukan supaya roh tenteram dan aman. Kadang kala, sewaktu upacara-upacara ini berlangsung, ada tulang temulang si mati retak dan patah lalu jatuh bertaburan di bawah lantai batu k...

Air yang menyembuhkan penyakit

Image
Dalam Islam, air menjadi satu elemen yang digunakan untuk mengubati penyakit. Bukan sekadar penyakit rohaniah (jiwa raga), tetapi air juga digunakan untuk menjadi penawar kepada penyakit jasmaniah (tubuh badan). Di kalangan masyarakat Melayu khususnya, penggunaan air jampi menjadi satu alternatif terapi merawat penyakit di samping mendapatkan rawatan doktor. Air putih akan dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seseorang yang berilmu atau alim, serta diniatkan untuk merawat penyakit tertentu. Kaedah rawatannya ialah sama ada minum, menyapu muka, renjis di tempat yang sakit atau dimandikan dengan air jampi tersebut. Bagi memastikan proses pengubatan berjalan dengan lancar dan sempurna, ada sesetengah pihak menyarankan supaya menggunakan air yang diambil dari kolah masjid untuk dijampi. Dengan kata lain, ia adalah air lebihan wuduk dan dianggap mempunyai lebih keberkatan. Di masjid Kampung Hulu, Melaka, masyarakat setempat mempunyai kepercayaan bahawa air kolah masjid ini...