Misteri segitiga Bridgewater
Berbicara
mengenai fenomena misteri segitiga Bermuda, pasti ramai yang mengetahui kisah
misterinya. Namun, ternyata di bahagian dunia lain, masih wujud lagi wilayah
yang didakwa berbentuk segitiga menyamai fenomena aneh segitiga Bermuda. Salah
satunya adalah segitiga Bridgewater.

![]() |
Loren Coleman |
Ia meliputi 14 kawasan iaitu kota Abington, Brockton, Rehoboth, Freetown,
Norton, Bridgewater, West Bridgewater, Middleboro, Dighton, Berkley, Raynham,
Easton, Lakeville, dan Taunton.
Wilayah
ini pertama kali diungkapkan oleh seorang penyelidik paranormal yang bernama Loren
Coleman dalam bukunya ‘Mysterious America’.
Kononnya,
selama beberapa abad dahulu wilayah ini sering dilaporkan mengalami pelbagai fenomena
aneh yang tidak masuk akal. Wilayah ini juga sangat terkenal sebagai pusat aktiviti
paranormal yang paling aktif. Dahulunya, wilayah ini digelar ‘Hockomock
Swamp’ iaitu tempat yang dihuni oleh roh-roh. Penemuan beberapa makam penduduk
awal masyarakat Asli Amerika menjadi bukti mitos ini. Ia dikatakan berusia
sejak era Perang Raja Philip lagi.

Wilayah
segitiga ini turut mempunyai sebuah hutan yang digelar Freetown-Fall River
State Forest. Ia adalah merupakan sebuah kawasan hutan yang dahulunya didiami
oleh penduduk orang asli Amerika daripada suku Wampanoang pada tahun 1659.
Namun, selepas suku orang asli ini berpindah ke tempat lain, kawasan hutan itu dijadikan
sebagai tempat pemujaan untuk melakukan aktiviti korban haiwan, tempat membunuh
diri dan ritual pemuja ilmu hitam.

Selama lebih kurang 300 tahun, wilayah ini juga dikatakan menjadi tempat persinggahan objek terbang. Kali pertama objek terbang ini dilaporkan wujud adalah sekitar tahun 1760. Kemudian antara tahun 1908 hingga 1960, penduduk tempatan mendakwa mereka lihat objek terbang itu muncul di siang hari. Selepas itu pada tahun 1973, seorang penduduk tempatan yang bernama George la Casse mendakwa telah melihat satu objek aneh berwarna merah terbang mengelilingi kediamannya.

Kadang
kala, penduduk setempat juga boleh lihat kemunculan binatang yang aneh.
Fenomena ini dipanggil ‘Out of Place Animal’. Pada tahun 1939,sekumpulan
pekerja Civilian Conservation Corp dikejutkan dengan kemunculan beberapa ekor
haiwan seperti buaya, kura-kura dan ular yang bersaiz luar biasa. Beberapa
tahun selepas itu, seorang penduduk dari Abington mendakwa telah melihat seekor
anjing gergasi sedang memakan dua ekor anjing peliharaannya. Anjing itu
kemudiannya dinamakan sebagai ‘Phantom Dog’.

Sebenarnya,
Wilayah Bridgewater Triangle memang menjadi salah satu tempat paling misteri di
Amerika Syarikat. Walaupun tempat ini
kelihatan menyeramkan, ia merupakan salah sebuah tempat bersejarah bagi
penduduk di negara ini sehingga ramai pelancong dari luar datang berkunjung ke sini.
Comments
Post a Comment