Kuda berantena

Menunggang kuda juga merupakan salah satu sunnah nabi
dalam agama Islam yang baik untuk diikuti. Kuda juga merupakan haiwan pilihan
untuk membawa serta membantu bala tentera berperang. Memiliki susuk tubuh yang
tinggi dan besar, jelas sekali ia membantu melawan serangan pihak musuh.
![]() |
Dr. Muhammad Daniel Felix |
Menurut Dr. Felix, hari ini, kuda yang menjadi pilihan
bagi kebanyakan penggemar haiwan ini adalah datangnya dari baka kuda Arab. Apa
yang menariknya tentang kuda baka Arab ini ialah mereka menjadi pilihan dalam
pertandingan lumba kuda mahupun sukan-sukan yang terlibat disebabkan kepantasan
serta kekebalan yang dimiliki.
Selain itu, kuda adalah sejenis haiwan yang memerlukan
penjagaan rapi. Ini kerana haiwan mudah dijangkiti penyakit dan bakteria.
Malahan, penjagaan seekor kuda terutamanya baka Arab boleh mencecah US$200 untuk
tempoh seminggu sahaja.

Telinga kuda juga turut digelar ‘antena’ kerana
kepekaannya terhadap bunyi persekitaran. Kelebihan ini juga turut membantu
haiwan ini untuk meneruskan hidup biarpun ia merupakan haiwan yang rabun warna.
Sebenarnya kuda hanya mampu melihat dua warna saja yang digelar red-green color
blindness.
Walaupun begitu, menurut Dr. Felix, perkara ini bukanlah
dianggap satu kekurangan kerana habitat haiwan ini sendiri boleh diklasifikasikan
sebagai tidak terlalu berbahaya. Haiwan ini hidup di tanah lapang terutamanya
di kawasan tumbuhan hijau. Selain boleh berlari dengan pantas, tendangan kaki
belakang kuda juga mampu melindunginya. Namun, jika tentangannya mengenai
seseorang, ia boleh menyebabkan kelumpuhan atau kematian.
Haiwan ini juga mempunyai sifat keterujaan yang tinggi.
Terutamanya di bahagian dahi, telinga dan juga mata. Disebabkan itu, kebanyakan
mereka yang meminati atau menggemari
haiwan spesies kuda ini, dinasihatkan supaya tidak sesekali menyentuh bahagian
belakang atau pun depan bagi mengelakkan berlaku kecelakaan yang tidak
diingini. Sebaik-baiknya, sentuhlah melalui sisi kiri atau kanan dan usap
tengkuk mereka terlebih dahulu bagi mewujudkan kemesraan.

Di seluruh dunia, hampir 100 juta ekor kuda merupakan jenis
‘working horse’ dan ia boleh ditemui di mana sahaja.
Sebenarnya, hormon yang dimiliki oleh kuda mampu menjadi ubat kepada ibu
mengandung selain susunya yang boleh di minum. Amalan meminum susu kuda banyak
dipraktikkan dalam masyarakat Mongolia.
Comments
Post a Comment