Revolusi Kasut Elektrik
Kerana ingin cepat, banyak
cara boleh dilakukan. Kalau kita berkunjung ke stesen keretapi di Perancis,
kita mungkin terkejut melihat cara
orang-orang Perancis mengejar masa. Biasanya mereka akan berlari mengejar keretapi
walaupun keretapi itu tidak bergerak. Tabiat ini sudah menjadi kebiasaan
masyarakat di sana.
Kini revolusi mengejar masa
telah dipermudahkan. Terbaru, penciptaan kasut beroda yang mampu bergerak
sendiri dilihat menjadi satu alternatif baru dalam era teknologi gajet. Di
Wugang, wilayah Henan, Zhao Xueqin telah berjaya mencipta sepasang kasut yang
tidak memerlukan sebarang tenaga daripada badan. Kasut beroda ini sebenarnya
menggunakan tenaga bateri yang mempunyai lampu serta penunjuk aras kuasa bateri.
Ia dinamakan kasut elektrik.
Menurut Zhao, idea ini muncul
ketika dia melihat kanak-kanak di kampungnya yang terpaksa berjalan jauh
sekitar 20 kilometer untuk ke sekolah. Mereka terpaksa bangun seawal 3:00 pagi
setiap hari.
Kata Zhao, si pemakai kasut
dapat bergerak lebih dari 100 batu setiap hari. Dengan hanya menekan satu
butang, ia akan mendorong mereka meluncur dengan kelajuan 15 batu per jam.
Bateri yang dibekalkan juga mampu bertahan selama tiga jam, dan jika untuk
jarak jauh, pemakai boleh membawa bateri ganti.
Comments
Post a Comment