Makan Daging Sendiri
Jangan
pelik dan terkejut jika anda lihat gadis ini memakan dagingnya sendiri. Pemilik
nama Mega Susi Ningsih yang menetap di Situbondo,
Jawa Timur, Indonesia ini, mempunyai hobi yang pelik iaitu suka memakan
dagingnya sendiri. Malah, dia turut dipanggil kanibal oleh penduduk
tempatan.
Akibat
hobi peliknya itu, dia telah kehilangan hampir kesepuluh jari tangannya. Ekoran
daripada tabiatnya itu, seluruh ahli keluarganya bingung dan terpaksa menahan
malu kerana isu Ningsih menjadi topik perbualan penduduk setempat.
Jelas Banura,
nenek Ningsih, perlakuan cucunya itu sangat membimbangkan dirinya. Kelakuan itu sangat berbeza dengan adik
beradiknya yang lain. Ketika umurnya
yang kini 19 tahun, Ningsih masih belum mampu bertutur dengan baik, bahkan dia
juga tidak suka bercampur dengan orang lain.
Akibat hobi peliknya itu, dia telah kehilangan hampir kesepuluh jari tangannya |
Menurut
Banura, dulu Ningsih pernah dibawa bapanya berjumpa doktor yang bertugas di
kawasan tempat tinggal mereka namun tidak ada rawatan dan penjelasan mengenai
kelakuan pelik itu. Buntu dengan kejadian ini, doktor tersebut meminta keluarga
Ningsih membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Akibat kesempitan hidup,
rawatan Ningsih terpaksa dilupakan.
Kini,
setelah kesepuluh jarinya hilang, neneknya berusaha melilit jari kaki Nining
bagi mengelakkan dia memakan daging di bahagian kaki. Namun, apa yang
memeranjatkan, Ningsih mula memakan daging di bahagian siku dan bahu pula!
Malah, ketika perlakuannya itu dihalang oleh nenek dan ayahnya, Munasip, dia hanya ketawa kegembiraan.
Ekoran dari itu, penulis menemui Pakar Psikologi
Klinikal dan Pensyarah di Jabatan Psikiatri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Siti
Irma Fadhilah Ismail bagi mendapatkan penjelasan mengenai fenomena
ini.
Menurut Dr. Siti Irma, fenomena ini dikategorikan sebagai
‘self injury behaviour’ atau SIB. Keadaan
ini disebabkan oleh tiga faktor iaitu terencat akal, masalah personaliti dan
juga kemurungan akibat gangguan emosi.
Jelas Dr. Siti Irma lagi, bagi kes Ningsih,
berkemungkinan dia mengidap masalah terencat akal. Terencat akal ini boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu rendah (mild), sederhana (moderate) dan
kritikal (severe).
Seseorang yang mengalami masalah terencat akal mampu
mencederakan diri sendiri jika tahap terencat akal itu berada pada peringkat
sederhana dan kritikal. Namun begitu, kecederaan
itu hanya empat hingga lima peratus saja. Ia tidak mungkin sampai makan daging
sendiri. Cuma tahap paling kritikal bagi penghidap SIB ini hanya cubaan
membunuh diri saja. Namun itu bergantung pada sejauh manakah masalah gangguan
jiwa yang dihadapinya.
Dr. |
Bagi Dr. Siti Irma kejadian yang menimpa Ningsih ini berkemungkinan
ada kaitan dengan gangguan saraf pada tubuh. Jelas Dr. Siti Irma, setiap
individu mempunyai rasa sakit yang berbeza. Contohnya, ada individu yang tidak
berasa sakit bila dicubit tapi ada individu yang tidak tahan dan mudah rasa
sakit hingga menangis.
Ekoran itu, Dr. Siti Irma mengandaikan tahap kesakitan
pada saraf Ningsih adalah sangat rendah. Maka, akibat daripada itulah yang
menyebabkannya boleh berulang kali menggigit dagingnya tanpa rasa sakit.
Walaupun begitu, berkemungkinan juga, Ningsih berkelakuan
begitu sebagai satu cara untuk menarik perhatian ibu bapanya. Ujar Dr. Siti
Irma, seseorang yang mengalami gangguan jiwa cenderung mendapatkan perhatian
lebih daripada orang di sekelilingnya. Mungkin, cara memakan diri sendiri
seperti yang dilakukan oleh Ningsih dapat menarik perhatian orang
sekelilingnya.
Selain itu, mempamerkan kelakuan tertentu merupakan satu
cara komunikasi bagi mereka yang mengalami gangguan mental. Biasanya, kebanyakan
pesakit gangguan mental mempunyai masalah untuk bertutur. Jadi mereka akan
hamburkan kelakuan pelik mereka sebagai satu protes terhadap perkara-perkara
yang tidak disukai mereka. Cara itu jelas Dr. Siti Irma merupakan satu tindakan
untuk mengurangkan stres mereka. Sebab itulah mereka ini boleh lakukan apa saja
seperti makan daging sendiri, hentak kepala di dinding dan sebagainya. Dorongan
melepaskan stres itu menyebabkan mereka tidak berasa sakit.
Comments
Post a Comment