Berkahwin bantu kurangkan risiko nyanyuk
Alzheimer merupakan punca
utama bagi masalah nyanyuk di dunia. Pada satu persidangan antarabangsa mengenai
penyakit ini yang berlangsung di Chicago, Amerika, para peserta persidangan
didedahkan dengan satu fakta baru mengenai penyakit itu. Fakta itu menjelaskan bahawa
berkahwin mampu mengurangkan gejala nyanyuk.

Sehubungan itu, Ketua
Penyelidik Persatuan Alzheimer,
Universiti UK, Dr. Susanne Sorensen, berkata, bukti yang dikemukakan memang
boleh membantu mengurangkan risiko nyanyuk tapi orang bujang tidak perlu
bimbang mengenainya kerana masih ada banyak cara untuk mengurangkan risiko ini.
Mungkin cara pemakanan yang sihat, kerap bersenam dan tidak merokok boleh juga
menjadi faktor mengurangkan penyakit nyanyuk ini.
Comments
Post a Comment