Misteri kehilangan Kapal Waratah
Umum mengetahui tragedi kisah
kapal mewah Titanic karam di lautan Atlantik
pada tahun 1912. Malah, kisah benar itu turut diadaptasi menjadi sebuah
filem dan mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia. Namun, pernahkah anda
mengetahui di sebalik tragedi ini, terdapat sebuah lagi kapal yang jauh lebih
mewah dan paling kukuh di dunia pernah karam di lautan yang sama pada tahun
1909?
Misteri yang tersimpan kukuh itu, kini menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Jika sebelum ini kapal Titanic karam disebabkan perlanggarannya dengan ketulan ais yang besar, tetapi kehilangan kapal mewah ini tidak diketahui puncanya.

Mengikut rekod, kapal ini
merupakan salah satu kapal yang berulang alik dari England ke Australia
menggunakan laluan Tanjung Harapan di Afrika Selatan. Bagaimanapun, pada tahun
1909, kapal tersebut dengan kapasiti muatan barang seberat 6500 tan bersama 210
penumpang hilang secara tiba-tiba.
Sehingga kini, masih belum ada
jawapan dan bukti yang konkrit menunjukkan bagaimana kapal itu karam. Pelbagai
persoalan dan andaian dikemukakan pelbagai pihak. Namun tidak seorang pun
berjaya membuktikan secara jelas tentang proses kapal itu karam.
Lantaran itu, semua pihak terpaksa
bersetuju bahawa kapal ini tidak diketahui apakah ia karam di lautan ataupun
kehilangannya itu ada sebab musabab lain.
Bagaimanapun, kapal yang
dibina sepanjang 150 meter ini pernah diiktiraf sebagai kapal yang berketahanan
anti tenggelam oleh syarikat pembuat kapal Barclay dari Scotland. Pengiktirafan
itu dibuat pada tahun 1908. Setahun kemudian, ia hilang secara tiba-tiba.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengkaji bidang perkapalan inginkan jawapan
tentang kejadian itu.
Kisah tragedi kapal ini
bermula sewaktu pelayarannya menuju ke Australia dari England. Sepanjang
perjalanan, di dalam kabin mewah itu telah berlangsung bermacam-macam jenis
pesta yang sungguh meriah. Ketika dalam perjalanan melewati Afrika Selatan,
kapal Waratah berlabuh sebentar di timur Afsel sebelum meneruskan perjalanan menuju
ke Cape Town.

Menurut Claude, hatinya rasa
ada sesuatu yang bakal berlaku pada kapal berkenaan. Pada suatu malam, dia
pernah bermimpi, kapal itu diterbalikkan oleh satu gelombang besar dari dalam
laut sebelum ia hilang ke arah kaki langit. Kata Claude lagi, semasa di Durban,
Kapten kapal yang bernama Yosua E. IIbery telah melakukan pemeriksaan dan
mendapati kapal tersebut telah terlebih muatan. Keadaan itu menyebabkan geladak
kapal tertekan ke bawah. Bagaimanapun, pendapat Kapten Yosua tidak dipedulikan
pegawai kapal yang lain. Mereka yakin kapal itu kukuh dan selamat serta mampu
meneruskan perjalanan ke Cape Town.

Pada tahun 1929, secara
tiba-tiba seorang askar telah menemui kesan kapal pecah di satu kawasan berhampiran
Tanjung Harapan Afrika Selatan. Peristiwa itu direkodkan sebagai penemuan
serpihan kapal pecah yang tidak diketahui. Kemudian pada tahun 1962, seorang
juruterbang telah terlihat sebuah rangka kapal di perut laut Afsel. Bayang itu
mirip kapal Waratah. Juruterbang itu terus merekodkan koordinat tempat itu dan
maklumat itu kemudiannya sampai ke pengetahuan ahli kaji bumi Afrika Selatan Peter
Lamuzy. Kajian lanjut Lamuzy seterusnya menemui serpihan kapal pecah.
Setelah dicantumkan, ternyata
ia kapal selam jenis U milik tentera Jerman yang pecah semasa Perang Dunia
kedua berlangsung. Sehingga kini, tiada seorang pun manusia yang tahu apakah
yang berlaku pada kapal ini. Malah Claude Soya juga tidak tahu apa yang
terjadi.
Comments
Post a Comment