Serangan hujan cacing
Pada tahun 2007, dua orang pegawai polis dari Jennings, Florida Amerika Syarikat telah berhadapan dengan satu situasi mencemaskan. Pada hari kejadian, kedua-dua pegawai tersebut iaitu Eleanor Beal dan Martha Amie dikejutkan dengan satu fenomena hujan cacing sewaktu mereka sedang melakukan rondaan di sebatang jalan. Menurut saksi pertama, Beal, gara-gara kemunculan hujan aneh itu dia terpaksa menghentikan kenderaan yang dipandunya secara mengejut sekali gus menimbulkan rasa panik seketika. Ingin melihat apa sebenarnya berlaku, dia dan rakannya bertindak keluar daripada kenderaan yang mereka naiki. Sebaik keluar, dua orang pegawai polis berkenaan cuba mendongak ke arah langit. Didapati, terdapat beribu-ribu ekor cacing sedang jatuh dari arah langit. Begitu juga di kawasan sekitar, ia turut dipenuhi dengan hidupan tersebut. Menurut saksi kedua, Amie, kesemua cacing berkenaan kelihatan masih hidup. Ia menunjukkan reaksi seperti terkejut, tetapi kembali no...