Kambing panjat pokok kerana makanan
Bunyinya
mungkin agak kelakar. Namun, apa yang pasti aksi menggelikan hati ini bukan
sekeping gambar yang direka atau ‘superimpose’ dengan menggunakan
perisian Photoshop. Tetapi, ia memang realiti dan perlakuan aneh ini sering
dilakukan oleh spesies kambing di Morocco.
Kelakuan
aneh yang dimaksudkan adalah kebolehan spesies kambing ini yang mampu memanjat
pokok. Aksi pelik ini sudah biasa dilakukan oleh haiwan itu kerana daun pokok
tersebut yang dikenali pokok Argan, merupakan sumber makanan utama bagi spesies
kambing di Morocco.
Walaupun
tidak ada kajian khusus dilakukan mengenai kelakuan aneh spesies kambing ini,
ia menimbulkan persoalan mengapa haiwan ini boleh berkelakuan sedemikian rupa. Ia
bagaikan suatu keadaan di luar logik akal manusia.
Menurut
Timbalan Pengarah Zoo Negara Malaysia, Dr. Muhammad Danial Felix, secara
saintifiknya, karateristik ini adalah disebabkan oleh sifat semula jadi haiwan
ini yang sememangnya pandai memanjat pokok. Ini kerana, kambing merupakan
sejenis haiwan yang mampu mengimbangi badannya apabila berada di kawasan yang
tinggi atau sempit.
Selain
kambing Morocco, terdapat satu lagi jenis spesies yang sama iaitu kambing gurun. Kambing ini
tergolong di dalam famili Bovidae(keluarga seladang dan lembu). Ia boleh
ditemui di Sumatera, Semenanjung Malaysia, Thailand, Myammar, Indochina,
Selatan China dan India. Spesies ini selalunya mendiami kawasan bukit-bukit
batu sama ada di kawasan tanah pamah, bukit dan kawasan gunung.
Makanan
utama bagi spesies ini adalah daun-daun pokok seperti Ludai, dan lumut-lumut
yang terdapat di bahagian-bahagian batu gua. Kegemaran spesies ini adalah
berjemur di tempat-tempat terbuka di kawasan cerun yang berbatu. Kambing gurun
merupakan spesies yang amat sukar dijumpai kerana ia berkeliaran di kawasan
bukit-bukit dan gunung berbatu.
Selain
sifat semula jadinya, kebolehan kambing tersebut yang boleh memanjat pokok
turut dikaitkan dengan faktor najisnya. Di Morocco, najis haiwan ini cukup
bernilai kerana boleh
dijadikan
minyak untuk penghasilan produk-produk kosmetik. Disebabkan itu, penduduk
tempatan turut melatih haiwan berkenaan memanjat pokok Argan untuk mendapatkan
najisnya.
Di wilayah
Tenessee, selatan Amerika Syarikat, terdapat sejenis spesies kambing yang
dipercayai boleh melakukan aksi ‘pengsan’ apabila mengalami kejutan. Mungkin
kedengaran agak lucu, tapi itulah reaksi haiwan tersebut yang digelar kambing
Myotonic apabila diselubungi perasaan terkejut. Dalam erti kata lain,
kambing-kambing ini bukanlah pengsan sehingga tak sedarkan diri, tetapi mereka
kaget dalam keadaan otak yang masih berfungsi.
Walaupun
beberapa kajian telah dilakukan terhadap spesies kambing ini, tetapi tidak ada keputusan
yang konklusif menunjukkan mengapa ‘mereka’ berkelakuan sedemikian rupa.
Kadangkala kambing-kambing ini akan jatuh tanpa alasan yang jelas dan
membuatkan anda ketawa.
Seorang
pakar veterina Eropah, Dr. D. Philip Sponenberg
yang banyak membuat kajian tentang kambing ini mendapati, kecenderungan
kambing-kambing ini pengsan berbeza mengikut peringkat umur. Kambing muda
biasanya ‘pengsan’ dan merebahkan badan sehingga kedua-dua kaki menghala ke
atas yang menampakkan ‘mereka’ seolah-olah mati terkejut. Manakala bagi kambing
yang lebih berumur, ‘mereka’ hanya kaget setempat tanpa merebahkan badan.
Tetapi bagi kambing yang ‘veteran’ pula, ia akan kejang separuh badan dan masih
boleh berlari dalam keadaan yang terhincut-hincut. Ia menunjukkan bahawa kambing-kambing
ini mampu mengawal gejala ‘pengsan’ apabila semakin berusia.
Kambing ini
akan kaku atau pengsan antara 10 hingga 15 saat. Tetapi apa yang menakjubkan
ialah tabiat tersebut langsung tidak memberikan kesan sampingan atau
mendatangkan sebarang kecederaan. Malahan, ia langsung tiada kaitan dengan
saraf ataupun otak.
Secara
fizikal, saiz kambing Myotonic adalah lebih kecil berbanding saiz kambing lain.
Ia berukuran 43-64 sentimeter tinggi dan mempunyai berat antara 27-79 kilogram.
Sekali imbas, ianya tampak sama saja dengan kambing-kambing lain, cuma kambing
ini lebih berotot kerana selalu melakukan ‘senaman’ pengsan.
Selain
binatang ternakan, haiwan ini juga dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana
ia dikatakan lebih ‘ramah’, cerdas, mudah untuk dijaga dan tabiat pengsan yang
semestinya akan membuatkan sesiapa yang melihatnya akan ketawa riang. Kalau tak
percaya, anda boleh layari sendiri laman web youtube.com untuk melihat gelagat
‘pengsan’ kambing ini.
Comments
Post a Comment