Berdengkur sekuat bunyi enjin pesawat
Di Northampton,
United Kingdom, England, terdapat seekor kucing yang sangat istimewa. Diberi
nama Smokey oleh pemiliknya, haiwan ini memiliki satu sifat luar biasa yang
boleh menghasilkan bunyi dengkuran sama seperti sebuah pesawat Boeing 737
ketika mendarat.
Kedengaran
mungkin agak pelik, tetapi itulah keunikan yang dimiliki oleh kucing
peliharaan, Ruth Adams ketika sedang tidur. Ekoran sifatnya itu, kisah Smokey
mendapat liputan meluas oleh pihak media tempatan mahupun luar negara.
Menurut
Adams, Smokey adalah seekor kucing kesayangannya yang dipelihara sejak kecil
lagi iaitu kira-kira 12 tahun lalu. Selain itu, ia merupakan haiwan peliharaan
yang cukup istimewa dan boleh membuat anda ketawa dengan kelakuan anehnya.
Pernah satu
ketika, sewaktu dia dan rakannya sedang asyik bersembang mereka tiba-tiba
dikejutkan dengan satu bunyi yang kuat. Bunyi tersebut kedengaran seperti
sebuah enjin pesawat. Keadaan itu telah menyebabkan semua orang yang berada
pada ketika itu tercari-cari
dari mana
arah bunyi berkenaan.
Jelas Adams,
dia agak terkejut apabila bunyi bising tersebut sebenarnya bunyi dengkuran kucing
peliharaannya yang sedang nyenyak tidur. Seumur hidupnya, kata Adams, tidak
pernah mendengar dengkuran seekor kucing sekuat ini.
Selepas
daripada peristiwa itu, Smokey semakin kerap mengeluarkan bunyi dengkuran yang
kuat. Hal ini telah menimbulkan kerisauan Adams yang bimbang kucing
kesayangannya mungkin mengalami masalah kesihatan. Tambahnya lagi, akibat bunyi
dengkuran itu dia dan keluarganya sering kali terganggu dan berasa tidak
selesa.
Bagi
mendapatkan kepastian berhubung masalah yang dialami kucing peliharaannya,
Adams telah membawa Smokey mendapatkan rawatan. Peliknya, selepas rawatan
dilakukan mendapati kucing tersebut tidak mengalami sebarang masalah. Malah,tahap
kesihatannya berada pada tahap normal dan bebas daripada sebarang ancaman
penyakit.
Mendengar
laporan keputusan perubatan itu, Adams menjadi hairan. Dia tertanya-tanya,
apakah punca sebenar masalah yang dihidapi kucing peliharaannya yang suka mengeluarkan
satu bunyi dengkuran yang kuat setiap kali ia tidur?
Hal ini
mendapat perhatian dari sebuah badan yang dikenali Lembaga Perlindungan Kucing Northampton.
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi Adams, badan tersebut secara sukarela
menawarkan untuk melakukan satu ujian ke atas Smokey.
Menerusi
satu ujian yang dilakukan, satu alat pengukur kenyaringan digunakan untuk
mengukur bunyi dengkuran tersebut. Cubaan pertama dilakukan dengan meletakkan
alat berkenaan pada bahagian badan Smokey dan catatan yang diperoleh adalah 92
desibel (amat tinggi bagi seekor haiwan).
Bagi cubaan
kedua pula, kali ini alat pengukur kenyaringan diletakkan pada jarak lima meter
dari Smokey. Sangat mengagumkan! Berdasarkan keputusan yang diperoleh mendapati
jarak tersebut tidak menunjukkan pengurangan yang banyak iaitu 80 desibel
(perbezaan ukuran menunjukkan 12 desibel dengan cubaan pertama).
Malangnya,
kedua-dua ujian yang dilakukan tidak mendapat jawapan punca sebenar yang
menyebabkan Smokey berdengkur dengan kuat. Apa pun badan tersebut cuba untuk
mengetengahkan sifat luar biasa kucing tersebut ke Guiness World of Record.
Pada 25
March 2011, Smokey akhirnya mendapat pengiktirafan daripada badan dunia
tersebut dan berjaya mencipta rekod berdengkur paling terkuat di dunia.
Bagaimanapun, berdasarkan ujian kenyaringan bunyi dengkuran yang dilakukan oleh
badan tersebut dicatatkan pada ukuran 67.7 desibel (ukuran normal).
Comments
Post a Comment