Posts

Showing posts from September, 2014

Pesta meraikan kematian

Image
Kematian disifatkan sebagai satu tahap yang semestinya dihadapi oleh semua orang. Lazimnya, ia dianggap sebagai satu kehilangan yang menyedihkan. Percaya atau tidak, terdapat sesetengah budaya di dunia mempercayai bahawa kematian adalah suatu yang menggembirakan-diraikan dengan pesta dan tarian. Masyarakat Toraja di Sulawesi misalnya menganggap kematian bukanlah kejadian untuk diratapi. Sebaliknya, mereka mempercayai ia sebagai permulaan suatu perjalanan besar yang menggembirakan roh si mati berhijrah ke alam yang lain. Bagi masyarakat ini, mereka turut menyifatkan kematian adalah satu proses ‘perjalanan’ yang amat menggembirakan bagi roh si mati untuk menuju ke kehidupan yang lebih baik. Ekoran itu, keluarga si mati mestilah mengadakan upacara khas untuk meraikan kematian ahli keluarga mereka yang sudah meninggal. Dalam upacara khas itu, keluarga si mati hendaklah mengadakan satu pesta yang biasanya dihadiri  ramai orang. Kebiasaannya, sewaktu pesta tersebut diada...

Sana-sini teknologi

Image
Kenderaan buatan buluh & rotan Sebuah kereta yang digelar ‘The Phoenix’ merupakan sebuah kenderaan yang cukup unik. Berbeza dengan rekaan kenderaan-kenderaan lain, kereta biodegradable ini dicipta dengan menggunakan 90 peratus daripada dua gabungan tumbuhan, iaitu buluh dan rotan.   Kenderaan futuristik ini telah dihasilkan oleh dua orang pereka muda, Kenneth Cobonpue (Filipina) dan Albrecht Birkner (Jerman). Misi mereka untuk mencipta sebuah kenderaan yang kompetitif dengan menggunakan komponen daripada bahan-bahan persekitaran yang selama ini dianggap tidak realistik telah berjaya disempurnakan, sekali gus menjadi kereta buluh dan rotan yang pertama di dunia. Menurut Cobonpue , penghasilan kereta biodegradable merupakan sebuah projek penyelidikan teknologi kenderaan hijau yang diasaskan melalui serat organik dan bahan komposit. Jelasnya lagi, penghasilan kereta ini lebih cepat dan memakan masa selama 10 hari, berbanding kenderaan-kenderaan yang lain. Unikn...

Pelaris

Seorang peniaga di Lembah Klang, Anna (bukan nama sebenar), mengakui gelisah apabila perniagaan kedai runcitnya yang dibuka sejak lima tahun lalu semakin merosot. Sejak itu, ramai pelanggan tetapnya mula beralih ke sebuah kedai lain yang baru dibuka tidak jauh dari kedainya. Luah wanita itu lagi, ada di antara pelanggan memberitahu suasana kedainya kelihatan gelap seakan-akan tidak dibuka. Ekoran keadaan itu, dia akhirnya nekad untuk mendapatkan pelaris bagi menyelamatkan kembali perniagaannya. Justeru, dia telah mendapatkan khidmat seorang bomoh di utara tanah air. Ujar Anna, selepas proses tilikan yang dilakukan bomoh tersebut mendapati, kononnya perniagaannya telah disabotaj secara ‘batin’ sehingga menyebabkan pelanggannya beralih ke kedai lain. Bagaimanapun, selepas dibekalkan dengan air penawar dan beberapa potong ayat untuk diamalkan, perniagaannya kembali pulih seperti sedia kala. Ujar wanita tersebut, dia terpaksa menggunakan cara tersebut serta menghabiskan ribuan rin...

Tidur setiap kali ketawa

Image
Seorang wanita, Claire Scott dari England, telah didapati mengalami satu sindrom aneh yang menyebabkan keseluruhan fungsi badannya terhenti seketika apabila dia ketawa. Walaupun hanya sekadar ketawa kecil, wanita tersebut akan tertidur dengan serta-merta. Bercerita mengenai penyakit misteri yang dialaminya, menurut Claire, ia berlaku sejak dia kanak-kanak lagi. Jelasnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa dengan penyakit misteri yang dihidapinya. Ini kerana,agak sukar bagi dirinya untuk menahan daripada ketawa. Sepanjang hidupnya, ibu yang mempunyai dua anak itu menjelaskan, telah tertidur sehingga 50 kali sejak dari zaman kanak-kanaknya. Bahkan, disebabkan sindrom pelik itu dia juga pernah tertidur sehingga 25 kali sewaktu menghadiri sambutan Krismas bersama keluarganya. Disebabkan penyakit ganjil itu, satu ketika dahulu doktor yang merawatnya pernah menyangka dia menghidapi masalah jantung sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Malangnya, pembedahan tersebut gagal dan pu...

Menara syaitan!!!!

Image
Di sebuah bukit yang terletak di timur laut Wyoming, Amerika Syarikat, terdapat sebuah menara semula jadi yang masih menjadi misteri sehingga kini. Mempunyai ketinggian 1266 kaki dari paras laut, menara ini terbentuk melalui aktiviti gunung berapi sekitar 65 juta tahun yang lalu. Lantaran keadaan semula jadinya begitu, menara tersebut digelar The Devil Tower  atau menara syaitan oleh seorang  pegawai tinggi tentera Amerika Syarikat, Kolonel Richard Irving Dodge pada tahun 1875. Bagi masyarakat sekitar khususnya beberapa suku etnik seperti Arapaho, Crow, Cheyenne, Kiowa, Lakota dan Shoshone, mereka menggelar menara tersebut dengan pelbagai nama. Antaranya seperti, Aloft on a Rock, Bear’s House, Bear’s Lair, Bear’s Lodge, Bear’s Lodge Butte, Bear’s Tipi, Tree Rock, dan Grizzly Bear Lodge. Persoalan yang sering ditanya, mengapa kawasan tersebut digelar menara syaitan? Dan, apakah punca sebenar kawasan tersebut digelar sedemikian? Mengikut cerita lisan daripada pen...

Tahukah anda?

·          Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang penggembala kambing. ·          Semua cecair yang bergerak bebas di udara akan mengubah bentuknya menjadi bulat. Ini berlaku akibat tekanan yang dialami di setiap permukaannya. ·          Lebih kurang 98 peratus perisian komputer di China adalah tiruan. ·          Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke sebelah barat. ·          Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya, haiwan ini menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bebola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut. ·        ...

Si penidur mayat

Image
Cinta itu buta, itulah ungkapan yang sesuai digambarkan seorang lelaki bernama Carl Tenzler yang sanggup meniduri mayat wanita pujaannya selama tujuh tahun! Dia sanggup melakukan apa sahaja demi perasaan kasih sayangnya itu, walaupun ditolak sehinggalah wanita yang dicintainya telah meninggal dunia. Tenzler atau turut digelar sebagai Count Carl von Cosel, merupakan seorang rakyat Jerman yang bekerja sebagai pakar radiologi sebuah hospital di United State Marine Hospital, Key West, Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun 1920, dia telah mengahwini isterinya, Dorris A. dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Ayesha Tanzler dan Crystal Tanzler. Malangnya, dua orang anak itu meninggal dunia akibat sindrom difteria.   Kemaruk cinta gila Tenzler bermula pada 22 April 1930, apabila dia didatangi seorang pesakit wanita jelita berketurunan Cuba yang bernama, Maria Elena Milagro. Ketika itu, wanita tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami penyakit batuk kering. ...

Tahukah anda?

·          Tahukah anda, tahi burung merupakan eksport utama sebuah negara pulau yang terletak di Barat Lautan Pasifik, Republik of Nauru. ·          Negara Cuba merupakan satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api. ·          Di dalam bahasa India, perkataan ‘Canada’ adalah bermaksud ‘Kampung Besar’. Manakala, perkataan ‘I am’ merupakan ayat yang paling pendek di dalam bahasa Inggeris. ·          Sari merupakan pakaian tradisional bagi kaum wanita di India. Tahukah anda, ukuran sari untuk pakaian seharian atau di dalam majlis tidak rasmi adalah sepanjang dua meter manakala bagi majlis rasmi pula adalah sepanjang tiga meter. ·          Sewaktu pelukis terkenal dunia, Pablo Picasso, dilahirkan pada 25 Februari 1881 di Malaga, Sepanyol, dia te...

CSI: Langgar lari

Image
Cuba anda bayangkan sekiranya salah seorang daripada keluarga anda menjadi mangsa jenayah langgar lari? Bagaimanakah perasaan anda pada ketika itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan anda akan melahirkan perasaan yang sangat marah, sedih dan geram ekoran perbuatan yang tidak bermoral itu. Tetapi, adakah kita sedar di sebalik perasaan yang kita rasakan itu tidak dapat mengembalikan semula orang yang kita sayangi. Lebih malang lagi, si pelaku jenayah ini masih lagi bebas di luar sana tanpa menerima hukuman yang sewajarnya. Persoalannya, sejauh manakah tindakan pihak berwajib bagi menangani kesalahan jenayah ini? Dan, apakah kaedah siasatan yang dilakukan untuk membawa pesalah jenayah ini ke muka pengadilan?   Hal ini mendapat perhatian daripada Ketua Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya, Dr. Nizam Amil. Jelas beliau, terdapat dua keadaan yang boleh menerangkan terjadinya sesuatu kes langgar lari. Keadaan pertama, melibatkan kes kemalangan sivil di mana si pelakunya melangg...