Tidur setiap kali ketawa

Seorang wanita, Claire Scott dari England, telah didapati mengalami satu sindrom aneh yang menyebabkan keseluruhan fungsi badannya terhenti seketika apabila dia ketawa. Walaupun hanya sekadar ketawa kecil, wanita tersebut akan tertidur dengan serta-merta.

Bercerita mengenai penyakit misteri yang dialaminya, menurut Claire, ia berlaku sejak dia kanak-kanak lagi. Jelasnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa dengan penyakit misteri yang dihidapinya. Ini kerana,agak sukar bagi dirinya untuk menahan daripada ketawa.

Sepanjang hidupnya, ibu yang mempunyai dua anak itu menjelaskan, telah tertidur sehingga 50 kali sejak dari zaman kanak-kanaknya. Bahkan, disebabkan sindrom pelik itu dia juga pernah tertidur sehingga 25 kali sewaktu menghadiri sambutan Krismas bersama keluarganya.

Disebabkan penyakit ganjil itu, satu ketika dahulu doktor yang merawatnya pernah menyangka dia menghidapi masalah jantung sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Malangnya, pembedahan tersebut gagal dan punca sebenar penyakitnya itu bukanlah disebabkan penyakit jantung. Sehinggalah dia menjalani rawatan selanjutnya dan disahkan mengalami satu sindrom jarang jumpa yang dikenali ‘Cataplexy’. Sindrom ini biasanya berpunca akibat kegagalan pada bahagian saraf sekali gus menyebabkan keseluruhan otot wanita terhenti berfungsi ini setiap kali emosinya meningkat.

Menurut Pakar Perubatan dan Neurologi, KPJ Kajang Specialist Hospital, Dr. Soezyani Soegiarto, sindrom ‘Cataplexy’ ialah keadaan di mana seseorang kehilangan atau berkurang Muscle Tone- suatu otot dalam keadaan kontraksi yang di sebabkan oleh emosi yang kuat seperti perasaan marah, terkejut, gembira atau ketawa yang kuat.

Serangan biasanya akan menyerang pada bahagian otot tertentu seperti di kepala, lutut, dan rahang.  Disebabkan itu, seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami situasi seperti kepala jatuh terkulai kehadapan, lutut menjadi lemah tiba tiba, otot rahang menjadi lemah sehingga menyebabkan mulut tidak dapat ditutup. Tambahnya, sindrom akan menyerang apabila seseorang itu berada dalam keadaan sedar (Conscious Mind).

Sindrom Cataplexy biasanya akan menyerang seseorang pesakit dalam jangka masa beberapa saat atau beberapa minit, iaitu kekerapan selama beberapa hari atau berminggu-minggu. Walaupun jarang dilaporkan berlaku, serangan sindrom ini juga boleh menyerang mangsanya beberapa jam atau beberapa kali dalam sehari.

Kata Dr. Soezyani, golongan lelaki dan perempuan adalah berisiko untuk menghidapi sindrom ini. Mengikut penyelidikan perubatan, sindrom lebih cenderung menyerang mangsanya yang berumur antara 15 hingga 35 tahun. Ujarnya lagi, setakat ini penyebab utama sindrom ini masih belum diketahui. Ini kerana, mengikut penyelidikan perubatan mendapati sindrom ini masih lagi tiada penawar.

Mengulas lanjut mengenai sindrom ini, Dr. Soezyani menyatakan, serangan sindrom ‘Cataplexy’ juga pernah berlaku di Malaysia. Bagaimanapun, kadar kekerapan penyakit ini berada pada tahap yang masih rendah berbanding di negara-negara luar yang lain.

Sementara itu, seorang lagi  gadis yang berusia 19 tahun, Kelly Sears dari Chadwell Health, London, turut mengalami nasib yang sama. Difahamkan, gadis ini telah menghidap satu penyakit ganjil apabila terlena setiap kali dia keluar berjalan.

Disebabkan penyakit anehnya itu, gadis tersebut sering terjatuh dan mengalami luka selepas dia tertidur secara tiba-tiba. Ekoran itu, remaja tersebut diberikan seekor anjing yang terlatih oleh sebuah pertubuhan kebajikan yang diajar untuk menjilat leher dan muka Sears setiap kali dia tertidur.


Remaja tersebut mula menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit tidur itu yang dikenali sebagai ‘Narcolepsy’ sejak berumur 15 tahun apabila dia tertidur dalam kelas di sekolahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Laluan rahsia Genting Bidai

Pengawal Rumah Melayu Lama

Air yang menyembuhkan penyakit