Si penidur mayat
Cinta
itu buta, itulah ungkapan yang sesuai digambarkan seorang lelaki bernama Carl
Tenzler yang sanggup meniduri mayat wanita pujaannya selama tujuh tahun! Dia
sanggup melakukan apa sahaja demi perasaan kasih sayangnya itu, walaupun ditolak
sehinggalah wanita yang dicintainya telah meninggal dunia.
Tenzler
atau turut digelar sebagai Count Carl von Cosel, merupakan seorang rakyat
Jerman yang bekerja sebagai pakar radiologi sebuah hospital di United State
Marine Hospital, Key West, Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun 1920, dia
telah mengahwini isterinya, Dorris A. dan dikurniakan dua orang cahaya mata
iaitu, Ayesha Tanzler dan Crystal Tanzler. Malangnya, dua orang anak itu
meninggal dunia akibat sindrom difteria.
Kemaruk
cinta gila Tenzler bermula pada 22 April 1930, apabila dia didatangi seorang
pesakit wanita jelita berketurunan Cuba yang bernama, Maria Elena Milagro.
Ketika itu, wanita tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami
penyakit batuk kering.
Terpukau
dengan kecantikan wanita itu, Tenzler telah menawarkan dirinya kepada keluarga
Elena untuk membantu merawat penyakit tersebut. Bagi mendapatkan kepercayaan
keluarga wanita berkenaan, dia turut mengakui mempunyai pengetahuan luas
mengenai penyakit itu termasuk membantu menyediakan semua kos rawatan yang
diperlukan.
Sewaktu
tempoh merawat Elena, Tenzler tidak melepaskan peluang beberapa kali meluahkan
perasaan cintanya pada wanita itu. Malah, bagi membuktikan cinta sejatinya dia
turut membeli pelbagai hadiah dan alat perhiasan yang mahal. Malangnya, Tanzler
hanya bertepuk sebelah tangan kerana Elena tidak pernah mencintainya, sehinggalah
pada 25 Oktober 1931 wanita tersebut disahkan meninggal dunia – akibat penyakit
batuk kering yang kronik.
Walaupun
wanita dicintai telah pergi selama-lamanya, Tenzler masih berusaha untuk
memiliki Elena. Ekoran itu, dia telah meminta kebenaran keluarga wanita itu
untuk menanggung segala kos pengebumian Elena. Dengan persetujuan yang
diberikan, Tanzler telah menempah sebuah kawasan perkuburan di Key West, sekali
gus membolehkan dia melawat kubur Elena pada setiap malam.
Selepas
tiga tahun kematian Elena, lelaki tersebut mula merindui kekasihnya.
Perasaannya menjadi tidak tenteram dan sentiasa mengenangkan wajah jelita
Elena. Kononnya, dia sering kali diganggu roh Elena yang meminta supaya
menyanyikan lagu di kuburnya. Malah, Tanzler mendakwa roh wanita itu meminta supaya
kuburnya digali semula. Justeru, pada bulan April 1933, lelaki gila tersebut
bertindak menyelongkar kubur Elena dan mencuri sisa-sisa rangka tulang wanita
tersebut dan membawa ke rumahnya.
Tenzler
membentuk semula tulang-temulang Elena menjadi kerangka yang sempurna. Kemudian,
dia mendandan kerangka wanita itu dengan pakaian lengkap dan pelbagai perhiasan
seperti rantai, sarung tangan dan memakaikan stoking. Bagi menghilangkan bau
busuk, Tanzler menggunakan wangian dalam jumlah yang banyak serta agen pengawet
bagi mengelakkan kerangka tersebut mereput. Setelah sempurna, kerangka tulang
tersebut diletakkan dia atas katilnya.
Sejak
itu, lelaki yang kemaruk cinta tinggal bersama-sama dengan kerangka tulang
wanita kesayangannya itu. Malah, dia memperlakukan kerangka tersebut sama
seperti wanita hidup termasuk melakukan hubungan seks sehinggalah perbuatan
jijiknya terbongkar.
Pada
tahun 1940, kisah mengenai hubungan pelik Tanzler mula heboh diperkatakan oleh
orang ramai sehinggalah sampai ke telinga kakak Elena, Florinda. Lebih menyayat
hati, khabar angin tersebut mengatakan mayat adiknya digunakan sebagai alat pemuas nafsu serakah
lelaki yang tidak siuman itu.
Geram
dengan perbuatan lelaki gila itu, Florinda cuba menyiasat untuk mengetahui
kisah sebenar. Sungguh memeranjatkan apabila dia melihat jasad adiknya itu
berada di dalam bilik Tanzler. Dengan tindakan pantas, Florinda akhirnya
memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Ekoran itu, Tanzler telah
ditangkap dan dibicarakan ke mahkamah. Berdasarkan keputusan mahkamah, Tanzler
dibebaskan atas alasan dia disahkan mengalami sakit mental- sindrom Necrophilia
iaitu perilaku seksual manusia pada mayat.
Kerangka
tulang milik wanita itu dikebumikan semula di tanah perkuburan Key West,
Amerika Syarikat. Bagaimanapun, lokasi pengebumian tersebut dirahsiakan oleh
pengetahuan umum
bagi
mengelakkan perkara tersebut berulang kembali. Pada 3 Julai 1952, Tanzler telah
disahkan meninggal dunia. Mayatnya ditemui tiga minggu kemudian dalam keadaan
terlentang di atas lantai di rumahnya.
Comments
Post a Comment