Tahukah anda?

  • ·         Tahukah anda, tahi burung merupakan eksport utama sebuah negara pulau yang terletak di Barat Lautan Pasifik, Republik of Nauru.

    ·         Negara Cuba merupakan satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api.

    ·         Di dalam bahasa India, perkataan ‘Canada’ adalah bermaksud ‘Kampung Besar’. Manakala, perkataan ‘I am’ merupakan ayat yang paling pendek di dalam bahasa Inggeris.

    ·         Sari merupakan pakaian tradisional bagi kaum wanita di India. Tahukah anda, ukuran sari untuk pakaian seharian atau di dalam majlis tidak rasmi adalah sepanjang dua meter manakala bagi majlis rasmi pula adalah sepanjang tiga meter.

    ·         Sewaktu pelukis terkenal dunia, Pablo Picasso, dilahirkan pada 25 Februari 1881 di Malaga, Sepanyol, dia telah disahkan mati oleh seorang bidan yang menyambut kelahirannya. Bagaimanapun, berita kematiannya tidak dapat diterima oleh bapa saudaranya yang juga merupakan seorang doktor. Lantaran itu, bapa saudaranya cuba memberikan batuan pernafasan hingga Picasso dapat bernafas semula.

    ·         Anda jangan terkejut kerana di Florida, Amerika Syarikat, kebanyakan syarikat insurans di situ menawarkan polisi perlindungan insurans daripada diculik oleh makhluk asing.

    ·         Suatu ketika dahulu iaitu ketika peradaban Rom dan Mesir kuno, masyarakatnya menggunakan campuran minyak panas dan sisa berudu yang dihancurkan untuk menghasilkan pewarna rambut mereka.

    ·         Sebelum wujud di dalam sistem solar, planet Zuhrah pada asalnya merupakan sebuah komet (objek di dalam cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.

    ·          Shih Huang Ti ialah seorang maharaja China yang pertama menyatukan kesemua wilayah di negara China.

    ·         Mesin jahit dicipta oleh seorang pereka cipta dari Amerika, Elias Howe (1819-1867).

    ·         Tarian Ballet merupakan seni tari yang bermula di negara Itali pada kurun ke-15.

    ·         Terdapat empat buah negara yang terlibat dalam usaha merangka usul-usul perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1944. Antara negara-negara itu ialah Great Britain, Rusia, Amerika Syarikat dan China.

Comments

Popular posts from this blog

Laluan rahsia Genting Bidai

Pengawal Rumah Melayu Lama

Air yang menyembuhkan penyakit