Sana-sini teknologi

Kenderaan buatan buluh & rotan

Sebuah kereta yang digelar ‘The Phoenix’ merupakan sebuah kenderaan yang cukup unik. Berbeza dengan rekaan kenderaan-kenderaan lain, kereta biodegradable ini dicipta dengan menggunakan 90 peratus daripada dua gabungan tumbuhan, iaitu buluh dan rotan.
 
Kenderaan futuristik ini telah dihasilkan oleh dua orang pereka muda, Kenneth Cobonpue (Filipina) dan Albrecht Birkner (Jerman). Misi mereka untuk mencipta sebuah kenderaan yang kompetitif dengan menggunakan komponen daripada bahan-bahan persekitaran yang selama ini dianggap tidak realistik telah berjaya disempurnakan, sekali gus menjadi kereta buluh dan rotan yang pertama di dunia.

Menurut Cobonpue, penghasilan kereta biodegradable merupakan sebuah projek penyelidikan teknologi kenderaan hijau yang diasaskan melalui serat organik dan bahan komposit. Jelasnya lagi, penghasilan kereta ini lebih cepat dan memakan masa selama 10 hari, berbanding kenderaan-kenderaan yang lain.


Uniknya lagi, pada keseluruhan kenderaan ini turut direka sistem pertahanan yang membolehkan ia digunakan pada tempoh 10 hingga 20 tahun. Ujar  Cobonpue lagi, kos untuk menggantikan aksesori kereta ini jauh lebih murah berbanding dengan kenderaan-kenderaan yang dihasilkan melalui logam. Pun begitu, setakat ini pemilihan enjin yang sesuai untuk kenderaan hijau ini belum ditentukan lagi dan masih di peringkat kajian.

Kemunculan bandar mesra alam

Internet tanpa wayar menyeluruh, jalan raya hanya untuk kenderaan pengangkutan awam, tiada kereta, sampah atau pengeluaran karbon, Ia bagaikan satu impian yang sukar dicapai pada masa depan. Tetapi tanpa disedari, situasi ideal itu sebenarnya sudah wujud.

Di Masdar City misalnya, sebuah bandar yang terletak hanya beberapa kilometer dari Abu Dhabi dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2020. Mengikut pelan asal, bandar raya itu akan mengitar semula hampir semua air digunakan, selain kenderaan mengeluarkan asap diharamkan dan diganti dengan sistem pengangkutan berasaskan bateri.

Langkah sama turut dilaksanakan di bandar Dezhou, utara China, yang mencipta ‘lembah suria’ apabila semua lampu jalan dan kolam renangnya dipanaskan hasil haba daripada matahari. Kira-kira 80 peratus daripada bangunan di situ juga memanfaatkan kuasa suria bagi memanaskan air.

Isu trafik pula memang satu daripada masalah terbesar di mana-mana bandar raya dalam dunia. Di China, biasanya kerumitan itu cuba diatasi dengan penggunaan 50,000 basikal yang digunakan dalam skim perkongsian bersama.

Di Curitiba, Brazil, perkhidmatan bas Rapid Transit digunakan empat perlima populasi bandar itu melalui sistem prabayar.Di Tallinn, Estonia, langkah kerajaan memberi akses Internet menyeluruh bagi membolehkan semua tempat awam, termasuk taman rekreasi, muzium, kafe dan kereta api, menjadi pusat sambungan ke dunia maya.

Bandar raya Minneapolis pula memiliki kawasan seluas hampir 95 kilometer persegi yang mempunyai sambungan Internet walaupun sesetengah penduduknya masih membayar bagi perkhidmatan berkenaan.

Kemudian, ada pula rancangan membina bangunan luar biasa oleh sekumpulan arkitek yang membayangkan sebuah dunia dipenuhi menara pokok, piramid terapung serta rumah yang dibina di atas air. Sebahagian daripada reka bentuk paling menakjubkan turut dicadangkan dibina di Timur Jauh, dengan Jepun dan China bakal mendahului negara lain bagi mewujudkan sebuah model bandar bersih masa depan.

Pada masa sama, Britain juga berusaha ke arah itu. Bandar The Shard kini dibangunkan sebagai mercu tanda baru dan pusat pembangunan masa depan di South Bank.

Stesen janakuasa solar jana elektrik waktu malam

Jika dilihat dari jarak jauh tidak ubah seperti sebuah projek seni raksasa. Tapi, sebenarnya corak yang melingkar simetri ini adalah sebuah stesen solar pertama dunia yang menghasilkan kuasa elektrik pada waktu malam.

Stesen jana kuasa ini digelar ‘Gemasolar Power Plant’, meliputi keluasan kawasan sehingga 185 hektar, di Sevilla, selatan Sepanyol. Ia terdiri daripada 2,650 cermin panel yang dikenali sebagai heliostats-  sejenis panel solar yang mampu menyerap sebanyak 95 peratus cahaya matahari.  

Menariknya, teknologi ini bukan sahaja menyerap cahaya tetapi, turut berfungsi sebagai alat pemanas sebuah tangki khas yang berisi air garam sehingga 900 darjah Celsius. Dalam proses ini, air garam tersebut akan mengeluarkan wap yang membekalkan tenaga untuk menggerakkan turbin stesen jana kuasa itu. Tidak seperti semua stesen tenaga solar lain, haba yang disimpan dalam tangki khas boleh dilepaskan hingga 15 jam semalam, atau selama tempoh tanpa sinar matahari.

Projek ini adalah usaha sama antara syarikat tenaga Abu Dhabi iaitu Masdar dan firma kejuruteraan Sepanyol iaitu SENER  Torresol Energy, memakan masa dua tahun untuk dibina dengan kos £ 260 juta.

Budak lelaki cipta loceng pintar

Seorang budak Laurence Rook, 13, dari Whyteleafe, Surrey, England telah mencipta sebuah loceng yang boleh membodohkan pencuri sehingga percaya bahawa seseorang ada dalam rumah yang kosong.

Menurut, Rook, alat tersebut yang diberi nama ‘Smart Bell’ merupakan sejenis alat yang berfungsi secara automatik  mendail telefon pemilik rumah, apabila ia ditekan. Justeru, alat ini membantu pemilik rumah berhubung dengan sesiapa pun yang berada di luar pintu depan rumah mereka.

Selain itu,  alat tersebut turut menghasilkan sejumlah kecil bunyi 'white noise' bagi memberikan tetamu yang tak di undang mendengar bunyi kononnya, seperti bunyi orang sedang berbual di dalam rumah dengan menggunakan sistem interkom- sistem perhubungan telefon.

Uniknya, Smart Bell yang menggunakan kad SIM 'built-in' dan teknologi telefon sedia ada, turut membolehkan pemilik rumah menjalankan pembelian secara courier- perkhidmatan kiriman ekspres ke rumah mereka.

Difahamkan, budak lelaki itu telah menjual 20,000 unit Smart- Bell kepada gergasi telekomunikasi, Commtel Innovate dan sedang menyelesaikan perjanjian dengan sebuah syarikat kedua yang tidak disebutkan namanya untuk 25,000 unit lagi. 
  

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit