Posts

Showing posts from October, 2012

Tulang yang sentiasa rapuh

Image
Seorang lelaki, Adnan Sani dari Kampung Sangkut, Batu Kurau, Perak telah didapati mengalami satu sindrom aneh yang menyebabkan keseluruhan tulang-temulang di badanya menjadi terlalu rapuh. Walaupun dengan hanya satu sentuhan kecil, tulangnya akan patah riuk, seterusnya membuatkan pertumbuhan tulang itu menjadi membengkok. Menyusuri perjalanan ke Kampung Sangkut, ia merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di pinggir daerah Larut Matang dan Selama. Tiada apa yang istimewa di sini, melainkan suasana kampung yang dingin dikelilingi bukit-bukau dan pemandangan yang menghijau. Dari jauh, kelihatan Lata Buluh yang menjadi identiti beberapa perkampungan di sekitarnya. Penulis meredah ke kawasan penempatan yang terletak kira-kira 30 minit dari bandar Taiping ini untuk mencungkil kisah seorang lelaki yang mengalami sindrom kerapuhan tulang. Berdasarkan maklumat yang diterima, lelaki ini merupakan seorang pemilik bengkel di perkampungan berkenaan. Dengan bantuan daripada si...

Kenali si jutawan sampah!

Image
Pada setiap hari, seorang lelaki yang bernama, Curt Degerman, 60, dari Skelleftea, Sweden akan memulakan tugasnya di sekitar kaki lima dan lorong-lorong belakang bangunan. Satu persatu tong sampah akan diselongkarnya untuk mencari seberapa banyak barang terpakai yang ada sebelum menjualnya ke sebuah pusat sekitar semula. Bagi masyarakat setempat, lelaki ini sememangnya cukup dikenali dengan sifat pengotor yang suka memakan sisa-sisa makanan dari tong sampah. Disebabkan itu, ramai jiran tetangga dan orang di sekelilingnya termasuk saudara-maranya sendiri sering kali memandang rendah dan jijik terhadap lelaki ini. Bagaimanapun, ramai yang tidak mengenali karakter sebenar lelaki tersebut. Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa dalam diam-diam dia sebenarnya adalah seorang jutawan. Bermodalkan wang simpanan hasil barangan terpakai yang dikutip dalam tong sampah, Degerman dikatakan memiliki kekayaan rahsia bernilai USD $ 1.6 juta (RM 5.21 juta) menerusi pelaburannya di pasaran ...

Kenali budak kelawar dari England

Image
Lucas Murray, 9 tahun, merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang cacat penglihatan sejak lahir lagi. Istimewanya, budak lelaki buta yang tinggal di Dorset, England ini ialah dia masih mampu melakukan pelbagai aktiviti sama seperti kanak-kanak normal lain seperti berlari, bermain bola keranjang dan mendaki bukit. Soalnya, bagaimana kanak-kanak tersebut boleh melakukan perkara sedemikian rupa? Jika dilihat secara logik, ia adalah suatu perkara yang mustahil khususnya seseorang kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan. Jelas Murray, dia menganggap kecacatan penglihatan yang dialaminya tidak menjadi penghalang untuk dia melakukan aktiviti seperti kanak-kanak normal lain.  Semenjak berusia tujuh tahun, dia telah dilatih untuk mempelajari satu teknik iaitu menggunakan deria telinga bagi menggambarkan objek yang berhampiran dengannya. Kata kanak-kanak istimewa itu lagi, dia mula mengenali teknik tersebut daripada seorang pengasas sebuah pertubuhan kebajikan golonga...

Aiskrim Makanan Orang Asia?

Image
AISKRIM sangat digemari oleh pelbagai peringkat umur. Di sebalik keenakan pencuci mulut itu mungkin ada di antara kita yang tidak tahu sejak bila ia muncul dan disukai ramai. Tertanya-tanya juga siapa sebenarnya orang yang mula-mula menikmati keenakan makanan sejuk itu. Jawapan kepada persoalan ini akan membawa kita menyusuri sejarah aiskrim jauh ke masa lampau, iaitu kira-kira 3,000 tahun Sebelum Masihi (SM). Ketika itu, dipercayai orang-orang Cina telah mempunyai beberapa jenis produk daripada ais yang dikenali sebagai sirap. Walaupun ia tidak seperti aiskrim pada zaman moden, ada pendapat mengatakan makanan sejuk itu awalnya adalah daripada bahan sirap yang kemudian dibekukan. Pada abad ke-13, Marco Polo kembali ke Eropah selepas lebih 17 tahun berada di China. Kepulangannya bukan dengan tangan kosong tetapi membawa bersama teknik bagaimana orang Cina menghasilkan aiskrim. Bermula daripada detik itulah dikatakan bermulanya penyebaran makanan aiskrim ke seluruh pelosok du...

Dibayar untuk melihat api

Image
Jika bercakap perihal api dan kerjaya, semua orang pasti sependapat menyatakan ia tugas seorang anggota bomba. Sebenarnya, anggapan tersebut sama sekali salah kerana wujud satu kerjaya lain yang berkaitan dengan api. Cuma apa yang membezakannya dengan tugas bomba ialah, kerjaya ini hanya dibayar untuk melihat api.  Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia memang pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi sesiapa yang pernah beberapa kali cuba memohon untuk menjadi seorang anggota bomba tetapi masih gagal, anda mungkin boleh mencuba kerjaya ini pula.  Setakat ini, jawatan tersebut yang dikenali Fire Lookout  atau peninjau kebakaran ini hanya ditawarkan di 16 buah negara sahaja. Antara negara yang menawarkan pekerjaan ini ialah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Uruguay, Brazil, Australia, New Zealand, Indonesia, Perancis, Itali, Portugal, Sepanyol, Jerman, Latvia, Israel dan Afrika Selatan. Ia diwu...

Dendam si gajah

Image
Sungai Kerawai yang terletak di Teluk Intan, Perak, telah terpalit dalam lipatan sejarah pengangkutan di Malaysia kerana di kawasan inilah, sekumpulan gajah telah menyerang gerabak kereta api penumpang secara bertentangan. Apa yang menakjubkan, peristiwa berdarah yang berlaku lebih seabad lalu itu dikatakan bermotifkan dendam. Sejarah sistem rel di Tanah Melayu telah membuka lembarannya pada 1 Jun 1885 apabila jalan kereta api yang pertama, menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang), telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low – Residen Perak ketika itu. Tujuan utama aliran itu dibina adalah untuk menghubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Tidak berhenti di situ, pihak British seterusnya membina laluan kereta api di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Sehinggalah pada tahun 1905, landasan kereta api dari utara ke selatan siap dibina sepenuhnya yang menghubungkan stesen Butterworth ke Melaka. Pada ...

Kenapa burung nuri boleh bercakap?

Image
BURUNG kakak tua atau nuri disifatkan antara spesies burung yang paling bijak. Ia mampu meniru pelbagai bunyi dan berkata-kata seperti manusia. Tambah mengagumkan, spesies ini seolah-olah tahu bila masa yang sesuai menggunakan perkataan tertentu, sebelum mengucapkannya. Bagaimana agaknya ‘ia’ melakukan hal luar biasa itu? Tanda tanya ini telah lama cuba dikaji oleh para saintis. Apa yang mengejutkan, jawapan yang ditemui kebanyakannya di luar kotak fikiran manusia. Bahkan, kajian yang dijalankan oleh Dr. Harvey J. Karten, pakar saraf dari Universiti California, San Diego, terhadap fisiologi burung nuri  menemui sesuatu yang menyimpang daripada kelaziman haiwan dalam keluarga burung. Sebenarnya, burung kakak tua tidak mempunyai pita suara. Pita suara atau vocal fold adalah ‘mesin’ penghasil suara yang terletak di antara faring dan trakea. Untuk menghasilkan suara, pita suara harus bergetar ratusan hingga ribuan kali per saat. Getaran ini bergantung pada nada atau freku...

‘Menjana elektrik’ bila diancam

Image
Dalam dunia haiwan, sistem pertahanan diri amat penting dan merupakan satu tindak balas semula jadi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagaimanapun, reaksi yang ditunjukkan ini berbeza mengikut spesies masing-masing. Bagi sejenis spesies haiwan yang dikenali sebagai ‘Belut elektrik’ atau nama saintifiknya Electrophorus electricus dikatakan mempunyai sistem pertahanan unik berbanding spesies-spesies haiwan lain. Difahamkan, spesies belut air tawar ini mampu menjana arus elektrik melalui badannya apabila terancam. Menurut Timbalan Pengarah Zoo Negara Malaysia, Dr. Muhammad Danial Felix, Electrophorus electricus merupakan sejenis spesies belut yang paling berbahaya di dunia. Meskipun ia bukan terdiri dalam kategori haiwan pemangsa, dikatakan haiwan ini boleh menyebabkan sesiapa sahaja tercedera atau terbunuh akibat renjatan elektrik yang dihasilkan melalui badannya.  Berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini, arus elektrik yang dihasilkan oleh belut ini cukup t...