Posts

Showing posts with the label MISTERI

Warkah cinta tertua di dunia

Image
Siapa sangka batu bersurat yang dijumpai di lembah Nippur, Iraq menjadi satu artifak yang cukup berharga dalam penyelidikan arkeologi. Apa yang menariknya, batu bersurat tertera tulisan Cuneiform ini sebenarnya adalah sebuah warkah cinta yang tertua pernah direkodkan.   Mula dijumpai pada tahun 1889, ukiran batu ini telah ditemui seorang ahli arkeologi dari Universiti Philadelphia, Amerika Syarikat, Profesor Noah Kramer . Difahamkan, ukiran batu bersurat ini merupakan sebuah artifak peninggalan masyarakat Sumeria- sebuah bangsa yang menduduki tamadun awal Mesopotamia.   Pada mulanya, objek ukiran batu tersebut hanya dianggap sebagai penemuan biasa sahaja. Bagaimanapun, selepas 58 tahun kemudian barulah diketahui  artifak berkenaan sebenarnya sangat bernilai terutamanya membongkar rahsia kisah kehidupan masyarakat kuno itu.  Berdasarkan penyelidikan lanjut dan proses terjemahan mendapati, batu bersurat tersebut merupakan surat cinta yang diukir khas...

Hamil selepas sentuh Patung Kesuburan

Image
Sekitar tahun 90-an, bandar  Orlando, Florida, Amerika Syarikat cukup terkenal dan menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia. Ia berikutan sebuah kisah sepasang patung kayu yang didakwa telah menghamilkan 2000 orang wanita. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan mengarut, tapi kisah ini benar-benar berlaku. Ia diakui sendiri oleh pemilik patung ini iaitu sebuah syarikat penerbitan terkenal Amerika Syarikat, Ripley’s Entertaiment yang berpusat di bandar tersebut. Pada tahun pertama patung dipamerkan, syarikat tersebut mendakwa satu keadaan luar biasa telah berlaku. Ia bagaikan seperti satu situasi yang dirancang apabila 13 orang pekerja termasuk beberapa pengunjung disahkan hamil selepas menyentuh patung terbabit. Ada di antara berasa terkejut dan tidak menyangka mengandung dalam waktu yang singkat walaupun telah mengambil pil perancang. Seorang wanita yang pernah menyentuh patung tersebut yang merupakan salah seorang pekerja ...

Siri pertama Tragedi Dyatlov Pass: Kehilangan sembilan orang pendaki Rusia

Image
                                                                                                                                                              "Jika saya berpeluang untuk bertanyakan soalan pada tuhan kemungkinan saya tahu apa sebenarnya yang dihadapi oleh semua rakan-rakan pada malam itu”, luah seorang ahli kumpulan pendaki Rusia yang masih hidup selepas tragedi Dyatlov Pass, Yury Yudin. Mengikut kronologi, tragedi ini berlaku kira-kira 53 tahun yang lalu. Pada ketika itu, sepuluh orang pendaki dari negara Rusia telah melakukan ekspedisi pendakian ke sebuah gu...

Serangan hujan cacing

Image
Pada tahun 2007, dua orang pegawai polis dari Jennings, Florida Amerika Syarikat telah berhadapan dengan satu situasi mencemaskan. Pada hari kejadian, kedua-dua pegawai tersebut iaitu Eleanor Beal dan Martha Amie dikejutkan dengan satu fenomena hujan cacing sewaktu mereka sedang melakukan rondaan di sebatang jalan. Menurut saksi pertama, Beal, gara-gara kemunculan hujan aneh itu dia terpaksa menghentikan kenderaan yang dipandunya secara mengejut sekali gus  menimbulkan rasa panik seketika. Ingin melihat apa sebenarnya berlaku, dia dan rakannya bertindak keluar daripada kenderaan yang mereka naiki. Sebaik keluar, dua orang pegawai polis berkenaan cuba mendongak ke arah langit. Didapati, terdapat beribu-ribu ekor cacing sedang jatuh dari arah langit. Begitu juga di kawasan sekitar, ia turut dipenuhi dengan hidupan tersebut. Menurut saksi kedua, Amie, kesemua cacing berkenaan kelihatan masih hidup. Ia menunjukkan reaksi seperti terkejut, tetapi kembali no...

Perang nuklear kuno?

Image
Pada Januari 1992, seorang ahli arkeologi British, Francis Taylor telah menjumpai satu lapisan batu radioaktif kira-kira 10 batu di barat Jodhpur, Rajasthan, India. Penemuan itu mengungkai satu kesan runtuhan cerun bukit yang mempunyai kesan hangus terbakar. Padanya terdapat batu-batu yang melekat antara satu sama lain dan membentuk lapisan berbonggol yang mempunyai kesan radioaktif. Hasil ekskavasi itu mendapati, wujud kecairan pada batuan lalu bercantum sesama sendiri. Keadaan ini adalah sesuatu yang mustahil kerana proses peleburan batuan memerlukan tekanan yang tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Api biasa tidak mampu mencairkan batuan itu, hanya suhu berkuasa nuklear saja boleh mencapai tahap tekanan panas ini. Di Bombay pula, terdapat satu lagi lokasi yang pelik dijumpai. Lokasi tersebut dikenali sebagai Kawah Lonar. Kawasan ini mempunyai keluasan 2,154 meter dan wujud sejak 50 ribu tahun Sebelum Masihi lagi. Ia juga beradioaktif. Hasil penelitian yang...

Mitos & Realiti Ilmu kebal

Image
Gambar sekadar hiasan Suatu masa dulu, Ahmad Nasaruddin Mansor, 46, gemar berguru pelbagai ilmu-ilmu persilatan termasuklah ilmu kebatinan. Dia yang mesra dengan panggilan Abot, memberitahu, hobinya di waktu muda adalah mempelajari pelbagai ilmu termasuklah perihal kebal ini. Bermacam guru telah ditemuinya dan pelbagai petua telah diperolehnya tapi semua itu tidak pernah jadi amalannya. Jelas Abot, sebenarnya ilmu kebal ini tidak wujud. Kebal itu sendiri bukanlah satu kehebatan tetapi ia hanya satu myth iaitu cerita orang zaman dulu-dulu tentang kelebihan kulit mereka tidak luka. Ini kerana di zaman itu, manusia hidup berpegang pada pendirian dan bukannya ada undang-undang seperti hari ini. Jadi mereka perlulah ada kelebihan untuk melindungi diri mereka daripada kekejaman . Gambar sekadar hiasan Di zaman moden ini, kita sudah tidak sebegitu lagi. Corak hidup kita juga berbeza. Ancaman keselamatan itu sudah tidak berisiko lagi. Jadi kebal itu sudah jadi elemen untuk men...

Misteri belanga Langkasuka

Image
Kira-kira 15 tahun yang lepas, sebuah keluarga di Kampung Sungai Emas mengalami suatu kejadian aneh apabila wujudnya sebuah lubang besar berdekatan rumah mereka. Pemilik rumah, Abd Rahim Hashim, 60, memberitahu, pada mulanya dia menyangka lubang itu hanyalah suatu kejadian biasa sahaja. Namun, lama kelamaan kejadian itu menimbulkan kemusykilan, keluasan lubang itu semakin hari semakin besar. Rahim mulai bimbang dan rasa takut kalau rumah yang didiaminya akan ditelan lubang misteri itu. Dia kemudian meninjau keadaan lubang tersebut kerana ingin melihat apakah punca ia makin melebar. Secara perlahan-lahan dia menghampiri lubang itu. Tiba-tiba! Dia terkejut apabila melihat satu objek besar menyerupai sebuah belanga dan beberapa bentuk patung gajah berhias manik-manik yang bertaburan di sisi beberapa lagi objek-objek lain dalam lubang itu. Tergamam   dengan kejadian itu, fikiran Rahim bercelaru. Dia tidak tahu dari manakah objek-objek ini wujud? Apakah benda yang d...

Kuasa mistik Kain Cindai

Image
SUATU ketika dulu, di kurun ke-13, tentera Mongolia pernah menggunakan sejenis kain yang diambil dari India sebagai alat pelindung senjata tajam. Kain ini sengaja dibiarkan tidak bernama. Ini kerana, Gengis Khan percaya, tenteranya akan lebih bersemangat juang sekiranya mereka tidak tahu nama kain itu. Ia juga dapat menghilangkan rasa takut dan keyakinan mereka tentang kekuatan yang abadi. Sepanjang kempen penaklukan Gengis Khan, tenteranya telah berjaya berperang dan menawan empayar seluas 33 juta kilometer bermula dari Poland hingga ke Korea di timur. Dari Siberia ke Teluk Oman di utara dan turun ke selatan hingga ke Vietnam. Semuanya di takluk dengan penuh semangat keperwiraan tanpa sedikit gentar pun. Di sebalik kehebatan ini, tersimpul satu kepelikan tentang sejenis kain yang diberikan kepada mereka. Mereka tidak tahu apakah nama kain itu. Apa yang mereka tahu, kain itu mampu menahan anak panah daripada menembusi tubuh malah ia juga dapat menghalang darah daripada t...

Spesies ikan yang tidur

Image
Maria menunjukkan keadaan pelik yang sempat dirakamnya melalui telefon bimbit Apakah anda pernah melihat ikan dalam keadaan mengiring seperti orang sedang tidur? Barangkali ramai yang beranggapan ia sesuatu yang mengarut. Tapi percayakah anda kalau ikan itu wujud dan fenomena itu pernah berlaku di Kampung Cemperoh, Janda Baik, Pahang. Ikan itu adalah daripada Spesies Oscar dan dimiliki oleh Maria Isa. Mengikut kisahnya, pada 10 November lalu, Maria mendapati ikan peliharaannya itu tiba-tiba berada dalam keadaan seperti orang sedang tidur. Keadaan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya. Adakah kedua-dua ikan miliknya itu sedang tidur. Mustahil! kerana seumur hidupnya dia tidak pernah melihat ikan boleh tidur. Apakah ikan-ikannya sudah mati? Bimbang dengan keadaan itu, Maria cuba menghulurkan tangannya ke dalam akuarium untuk menyentuh kedua-dua ikan miliknya. Namun, sebaik sahaja tangan Maria hampir menyentuh ikannya itu, ia hidup dan kembali normal semula. Jelas Maria,...