Perang nuklear kuno?
Pada Januari 1992, seorang ahli arkeologi British, Francis Taylor telah menjumpai satu lapisan batu radioaktif kira-kira 10 batu di barat Jodhpur, Rajasthan, India. Penemuan itu mengungkai satu kesan runtuhan cerun bukit yang mempunyai kesan hangus terbakar. Padanya terdapat batu-batu yang melekat antara satu sama lain dan membentuk lapisan berbonggol yang mempunyai kesan radioaktif.
Hasil ekskavasi itu mendapati, wujud kecairan pada batuan lalu bercantum sesama sendiri. Keadaan ini adalah sesuatu yang mustahil kerana proses peleburan batuan memerlukan tekanan yang tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Api biasa tidak mampu mencairkan batuan itu, hanya suhu berkuasa nuklear saja boleh mencapai tahap tekanan panas ini.
Di Bombay pula, terdapat satu lagi lokasi yang pelik dijumpai. Lokasi tersebut dikenali sebagai Kawah Lonar. Kawasan ini mempunyai keluasan 2,154 meter dan wujud sejak 50 ribu tahun Sebelum Masihi lagi. Ia juga beradioaktif.
Hasil penelitian yang dibuat Taylor, mendapati kawah itu terbentuk bukan disebabkan ledakan daripada meteor. Sebaliknya, ia berlaku akibat tekanan atmosfera yang melebihi 600,000 meter padu padat dengan suhu yang sangat tinggi.
Timbul pelbagai persoalan di sebalik penemuan ini. Salah satunya, apakah unsur yang menyebabkan lapisan batuan radioaktif ini wujud di situ, sedangkan,mengikut rekod, tidak pernah berlaku peperangan nuklear di situ. Apakah benar dakwaan pengkaji kitab kuno Mahabaharata dan Ramayana kononnya ia adalah kesan peperangan unsur kebaikan dengan kejahatan yang wujud sejak 3,500 tahun Sebelum Masihi.
Mengikut terjemahan kisah itu, pada satu peperangan, seorang pahlawan yang bernama Arjuna telah menaiki sebuah kenderaan yang boleh terbang yang diberi nama Vimana. Kenderaan ini dilengkapi dengan satu senjata yang dinamakan sebagai Gendewa. Ia berupa seperti peluru berpandu yang dapat mengeluarkan api kesan yang dahsyat berlaku.
Di kisahkan dalam epik ini, Arjuna telah melepaskan Gendewa ke wilayah kerajaan Alengka. Lalu berlaku kesan yang amat dahsyat semacam di landa taufan yang tidak terperi kuatnya. Bunyinya macam halilintar, langit bagai nak runtuh, bumi merekah-rekah dan juga habis semua haiwan dan rakyat jelata mati terbakar.
Tidak puas hati dengan kekejaman itu, pasukan tentera Alengka melancarkan serangan Rudal (sebuah peluru berpandu) ke kota pihak musuh. Kekuatan Rudal ini terletak pada serakan cahayanya. Apabila Rudal itu dilancarkan, ia seperti memencarkan satu sinaran dan apabila terkena manusia, kulit mereka melepuh seperti di panggang atas api. Tidak kurang juga ada yang mati hingga menjadi reput dalam sekelip mata.
Kesan itu sama seperti yang di alami oleh penduduk Hiroshima dan Nagasaki sewaktu Bom Atom digugurkan oleh pesawat B-29.
Bagaimanapun, itu cuma sebuah cerita. Soal kebenaran dan ketepatan fakta yang diberikannya tidak dapat di pastikan secara tepat, namun ia ada asas yang kukuh untuk di jejaki kesan-kesan peninggalan ini di pinggir sungai Gengas.
Bagaimanapun, Aktivis Anti Nuklear, Dr, Surendra Gadekar, menyangkal sama sekali terhadap bukti yang dikemukakan Francis Taylor sebelum itu. Katanya, Banyak kes-kes telah dilaporkan telah menunjukkan ramai penduduk di sekitarnya mengalami kecacatan kelahiran serta penularan penyakit kanser yang tinggi.
Justeru, bagi membuktikan kenyataannya, dia telah menjalankan satu ujian pada penduduk di sekitar Rajasthan. Hasil kajian itu mendapati, gejala-gejala yang dialami penduduk di Rajasthan bukanlah disebabkan radioaktif akibat peperangan nuklear kuno tetapi kecuaian sebuah stesen kuasa atom Rawatabhatta yang terletak di daerah yang sama.
Realitinya seramai 60 ribu orang hilang nyawa di Hiroshima dan seramai 39 ribu orang pula terkorban di Nagasaki akibat bom atom Little Boy dan Fat Man yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat sewaktu perang dunia kedua lalu.
Comments
Post a Comment