Posts

Showing posts with the label KERJA PELIK

Dibayar untuk melihat api

Image
Jika bercakap perihal api dan kerjaya, semua orang pasti sependapat bahawa ia adalah tugas seorang anggota bomba. Sebenarnya, anggapan tersebut sama sekali meleset kerana wujud satu kerjaya lain yang berkaitan dengan api. Cuma apa yang membezakannya dengan tugas bomba, kerjaya ini hanya dibayar untuk melihat api.   Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi sesiapa yang pernah beberapa kali mencuba memohon untuk menjadi seorang anggota bomba akan tetapi masih gagal, anda mungkin boleh mencuba kerjaya ini pula.   Setakat ini, jawatan tersebut yang dikenali Fire Lookout  atau peninjau kebakaran ini hanya ditawarkan di 16 buah negara sahaja. Antara negara yang menawarkan pekerjaan ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Uruguay, Brazil, Australia, New Zealand, Indonesia, Perancis, Itali, Portugal, Sepanyol, Jerman, Latvia, Isr...

Penguji bau badan profesional

Image
Tahukah anda, sebelum deodoran dihasilkan ia mestilah diuji terlebih dahulu sebelum dipasarkan.  Uniknya, ketika proses ujian dilakukan ia tidak menggunakan sebarang bantuan alatan berteknologi tinggi, tapi diuji dengan menggunakan hidung manusia. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi anda yang rasa-rasa mahu melakukan tugas ini haruslah memiliki deria yang tajam untuk digelar sebagai penguji bau badan profesional. Setakat ini, jawatan tersebut hanya ditawarkan sebuah makmal Hilltop Cincinati, Amerika Syarikat. Ia diwujudkan oleh pihak makmal berkenaan sebagai pelengkap kajian yang membabitkan apa sahaja permasalahan berkaitan bau badan manusia. Untuk pemahaman yang lebih mudah, seseorang yang berkerjaya sebagai penguji bau badan profesional ini akan menghidu setiap bau badan sukarelawan yang dipilih menggunakan hidung mereka. Jangka ...

Manusia Halimunan di China

Image
Disebabkan idea kreatif yang ditonjolkan, seorang lelaki warganegara China, Liu Bolin, telah disenaraikan sebagai antara individu yang paling terkenal di negara itu. Diberi jolokan nama sebagai ‘Manusia halimunan’, lelaki tersebut dikatakan memiliki satu kepakaran luar biasa yang membolehkannya menyamar menjadi apa sahaja. Ibarat seperti seekor sesumpah, lelaki yang berusia 35 tahun ini mampu melakukan pelbagai aksi penyamaran dalam apa jua keadaan sekalipun, termasuklah menyamar seperti sayur-sayuran, jalan, pondok telefon, dinding batu, dan sebagainya. Mengikut laporan sebuah agensi berita, Reuters, kebolehan luar biasa yang dimiliki lelaki tersebut bermula kira-kira enam tahun yang lalu sewaktu bergiat aktif di dalam dunia seni lukisan yang dipanggil  ilusi optik. Pada mulanya, ia dilakukan bertujuan untuk keseronokan sahaja. Namun, ia berubah dan seni lukisan itu  telah menarik minatnya yang ingin melakukan lebih banyak lagi penyamaran. Ekor...

Khidmat cuci telinga profesional

Image
Menjaga kebersihan telinga sememangnya menjadi keutamaan bagi kita semua. Ia merupakan satu perbuatan yang mudah dilakukan oleh semua orang. Hanya dengan menggunakan putik kapas, telinga dapat dibersihkan dalam tempoh beberapa saat sahaja. Senang bukan? Lain pula halnya di negara India, difahamkan masyarakat di sana tidak perlu bersusah payah untuk membersihkan telinga mereka sendiri. Sebaliknya, perbuatan tersebut dilakukan oleh individu-individu tertentu yang pakar dan dibayar untuk melakukan kerja mencuci telinga. Kalau hendak tahu, mereka ini sebenarnya terdiri daripada golongan lelaki yang menggelar diri sebagai tukang cuci telinga. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud. Menariknya lagi, kerjaya sebagai pencuci telinga ini merupakan pekerjaan yang telah lama diperkenalkan di India dan dipercayai wujud sejak zaman pemerintahan kerajaan Moghul lagi. Tidak ada syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh cal...

Misteri segitiga Bridgewater

Image
Berbicara mengenai fenomena misteri segitiga Bermuda, pasti ramai yang mengetahui kisah misterinya. Namun, ternyata di bahagian dunia lain, masih wujud lagi wilayah yang didakwa berbentuk segitiga menyamai fenomena aneh segitiga Bermuda. Salah satunya adalah segitiga Bridgewater. Bridgewater Triangle atau segitiga Bridgewater adalah sebuah wilayah yang mempunyai keluasan 520 kaki persegi di sebelah tenggara Massachussets, Amerika Syarikat.  Loren Coleman Ia meliputi 14 kawasan iaitu kota Abington, Brockton, Rehoboth, Freetown, Norton, Bridgewater, West Bridgewater, Middleboro, Dighton, Berkley, Raynham, Easton, Lakeville, dan Taunton. Wilayah ini pertama kali diungkapkan oleh seorang penyelidik paranormal yang bernama Loren Coleman dalam bukunya ‘Mysterious America’. Kononnya, selama beberapa abad dahulu wilayah ini sering dilaporkan mengalami pelbagai fenomena aneh yang tidak masuk akal. Wilayah ini juga sangat terkenal sebagai pusat aktivit...

Dibayar untuk melihat api

Image
Jika bercakap perihal api dan kerjaya, semua orang pasti sependapat menyatakan ia tugas seorang anggota bomba. Sebenarnya, anggapan tersebut sama sekali salah kerana wujud satu kerjaya lain yang berkaitan dengan api. Cuma apa yang membezakannya dengan tugas bomba ialah, kerjaya ini hanya dibayar untuk melihat api.  Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia memang pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi sesiapa yang pernah beberapa kali cuba memohon untuk menjadi seorang anggota bomba tetapi masih gagal, anda mungkin boleh mencuba kerjaya ini pula.  Setakat ini, jawatan tersebut yang dikenali Fire Lookout  atau peninjau kebakaran ini hanya ditawarkan di 16 buah negara sahaja. Antara negara yang menawarkan pekerjaan ini ialah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Uruguay, Brazil, Australia, New Zealand, Indonesia, Perancis, Itali, Portugal, Sepanyol, Jerman, Latvia, Israel dan Afrika Selatan. Ia diwu...

Tugas Tukang Rasa Makanan

Image
TERDAPAT banyak jenis pekerjaan yang mengerikan dan paling berbahaya sepanjang sejarah dunia. Salah satunya ialah pengecap makanan atau tukang rasa makanan golongan pemerintah, pemimpin kerajaan dan ahli-ahli politik. Pada zaman pemerintahan Rom kuno, tugas merasa makanan ini sering diberikan kepada seorang kanak-kanak yang dipanggil sebagai praegustator . Kerjaya ini bagaimanapun mungkin dianggap sebagai anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman, lebih-lebih lagi pada abad ke-21 ini. Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa pekerjaan ini masih diperlukan sampai ke hari ini. Umpamanya, pada bulan Jun 2009, tindakan Presiden Obama menggunakan khidmat pengecap makanan untuk menguji makanan yang dihidangkan untuknya sewaktu di Perancis menjadi tajuk utama berita seluruh dunia. Para pegawai Olimpik juga pernah melakukan hal yang sama ketika Sukan Olimpik Beijing 2008 lalu. Mereka telah menguji makanan dengan memberi susu, salad dan beras kepada tikus putih sebelum mak...

Tukang kentut profesional

Image
MELEPASKAN angin atau kentut baik sengaja atau tidak, satu perbuatan yang tidak mendapat tempat terhormat dalam masyarakat dunia walau di ceruk mana sekalipun. Ini kerana, budaya kita terutamanya menganggap kentut sembarangan itu adalah perlakuan tidak sopan. Namun, tahukah anda bahawa perkara memalukan ini telah dijadikan satu kerjaya popular dan lumayan oleh sesetengah orang. Soalnya, betulkah kentut boleh menjadi satu karier? Walaupun bunyinya agak dan tidak masuk akal, namun sejarah mencatatkan bahawa Joseph Pujol adalah individu pertama di dunia yang menjadi perintis kepada pekerjaan ini. Lelaki ini telah memulakan kerjayanya sebagai tukang kentut atau ‘flatus’ pada tahun 1887, ketika di usia 30 tahun. Awalnya, dia cuma mencuba nasib sebagai ‘flatus’ di tempat kelahirannya di Marseille, Perancis. Percubaannya itu bagaimanapun tidak sia-sia kerana mendapat sambutan yang di luar dugaan. Kerana yakin bakatnya diterima ramai, Pujol memutuskan untuk berhijrah ke Paris. Nasib...

Penjinak Haiwan Liar

Image
Seorang zoologi, Kevin Richardson, dilihat seperti melanggar hukum aturan keselamatan manusia ketika berhadapan dengan binatang buas. Beliau tidak menggunakan kayu atau rantai, sebaliknya hanya menggunakan rasa cinta, pemahaman dan kepercayaan untuk membina ikatan peribadi dengan haiwan-haiwan tersebut. Lelaki yang berusia 34 tahun itu mempunyai kemahiran yang luar biasa apabila dia seolah-olah mampu berkomunikasi dengan haiwan yang berada di hadapannya. Richardson boleh mengenal pasti keperibadian haiwan liar sama ada sedang marah, suka, sedih atau jengkel – sama seperti seorang ibu memahami anaknya. Dia adalah satu-satunya manusia di dunia ini yang berkebolehan seperti itu selepas legenda Nabi Sulaiman atau King of Solomon yang mempunyai kemahiran memahami bahasa haiwan. Kebolehan itu membuatkan dirinya diterima baik sebagai ahli dalam sesuatu kumpulan haiwan liar. Bukan sekadar tidur bersama singa, tetapi dia juga bermain-main, bergurau, membelai serta bersantai bersama hai...

Kentut paling mahal di dunia

Image
Seorang juruteknik komputer di Bank Nasional Sweden, Goran Andervass, 44, tidak menyangka hanya kerana angkara kentut, dia boleh menjadi kaya. Durian runtuh itu diperoleh Goran selepas dia membantah perlakuan rakan sekerjanya yang melepaskan kentut berhampiran dengannya sehingga mengeluarkan bau yang sangat menjijikkan. Goran mendakwa rakannya itu melakukan perbuatan tersebut dengan sengaja, tetapi rakannya itu menafikannya. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran yang serius dan berpanjangan di antara mereka. Berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan pengarah bank berkenaan. Ketika kedua-dua mereka dipanggil oleh pegawai atasan, rakannya membuat tuduhan bahawa Goran cuba menyampaikan cerita yang tidak benar. Akhirnya Goran dipecat `atas alasan peribadi.’ Tidak puas hati dengan keputusan itu, Goran membawa kes tersebut ke mahkamah dengan membuat tuntutan ganti rugi U$100,000. Tanpa diduga, tuntutan itu berjaya dan Bank Nasional Sweden diwajibkan membayar ganti rugi tersebut. Me...