Kentut paling mahal di dunia
Seorang juruteknik komputer di Bank Nasional Sweden, Goran Andervass, 44, tidak menyangka hanya kerana angkara kentut, dia boleh menjadi kaya. Durian runtuh itu diperoleh Goran selepas dia membantah perlakuan rakan sekerjanya yang melepaskan kentut berhampiran dengannya sehingga mengeluarkan bau yang sangat menjijikkan.
Goran mendakwa rakannya itu melakukan perbuatan tersebut dengan sengaja, tetapi rakannya itu menafikannya. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran yang serius dan berpanjangan di antara mereka. Berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan pengarah bank berkenaan.
Ketika kedua-dua mereka dipanggil oleh pegawai atasan, rakannya membuat tuduhan bahawa Goran cuba menyampaikan cerita yang tidak benar. Akhirnya Goran dipecat `atas alasan peribadi.’ Tidak puas hati dengan keputusan itu, Goran membawa kes tersebut ke mahkamah dengan membuat tuntutan ganti rugi U$100,000. Tanpa diduga, tuntutan itu berjaya dan Bank Nasional Sweden diwajibkan membayar ganti rugi tersebut.
Menurut jurucakap bank berkenaan, tiada larangan untuk kentut di bank tersebut, tetapi mereka mempunyai etika secara semula jadi iaitu kentut tidak boleh dilepaskan sesuka hati.
Comments
Post a Comment