Posts

Showing posts from June, 2011

Bulatan geometrik UFO

Image
Hampir setiap tahun di England akan muncul bentuk lingkaran atau pun bulatan pokok-pokok gandum, barli, jagung dan oats yang direbah atau dipatahkan. Fenomena ini dikenali sebagai Crop Circles . Ia telah menjadi satu misteri tentang angkara siapakah perbuatan ini? Disebabkan kejadian aneh ini berlaku pada waktu malam serta bentuk bulatan yang bergeometri serta rumit untuk dibuat di dalam kegelapan malam, maka petunjuknya adalah sesiapa yang melakukannya mesti mempunyai suatu agenda tersembunyi serta teknologi untuk menghasilkannya. Disebabkan tiada manusia yang boleh melakukannya dengan begitu rapi, maka fenomena UFO menjadi suspek utama. Ini diperkuatkan lagi dengan laporan kenampakan UFO di sekitar kawasan yang terbabit. Kebanyakan bulatan tanaman yang dicatat di seluruh dunia telah dilaporkan berlaku di Wiltshire, England. Kemunculan fenomena ini mula dilaporkan oleh media pada 1980. Kekerapan kemunculan bulatan tanaman itu kemudiannya menarik perhatian kerajaan British. ...

Hidup selamanya dalam gelembung

Image
DAVID Joseph Vetter Jr dan isterinya, Carol Ann Vetter dikurniakan dua orang cahaya mata yang sihat – Katherine dan David Joseph Vetter III . Malang tidak berbau, anak kedua mereka, David Joseph Vetter III meninggal dunia ketika berusia tujuh bulan. Doktor mengesahkan punca kematian disebabkan kerosakan kelenjar timus, iaitu kelenjar endokrin pada bahagian anterior bawah leher. Secara klinikal, penyakit ini dinamakan sebagai Severe Combined Immune Deficiency Syndrome (SCID). Ia juga dikenali sebagai penyakit gangguan sistem kekebalan tubuh yang diakibatkan oleh kelainan genetik. Pengamal perubatan mengatakan bahawa setiap anak lelaki yang akan lahir dari pasangan ini berkemungkinan 50 peratus akan mengalami kondisi yang sama. Khabar buruk ini mengejutkan Carol dan suaminya. Sedih mereka tidak terkata apabila mengetahui kejadian sebegitu berlaku pada keluarga mereka. Kesedihan ini bagaimanapun terubat apabila tidak lama selepas kejadian itu, Carol disahkan mengandung lagi. ...

Lohong Hitam termuda ditemui

Image
Satelit milik NASA, Chandra X-ray Observatory baru-baru ini telah berjaya merekod imej Lohong Hitam ataupun dikenali sebagai Black Hole yang paling muda di alam semesta, berusia 30 tahun. Penemuan ini menarik perhatian ahli-ahli astronomi di seluruh dunia kerana ia membuka ruang kepada pengkajian yang lebih mendalam tentang lohong hitam yang selama ini menimbulkan pelbagai tanda-tanya. Tetapi apakah sebenarnya lohong hitam? Sehingga kini, para pengkaji astronomi hanya mampu membuat kajian mengenainya dari jarak jauh sahaja kerana kemampuan sains serta teknologi manusia di bumi masih belum mampu membawa mereka menghampiri lohong tersebut. Dalam kajian astronomi, teori mengenai lohong hitam sebenarnya telah dikemukakan lebih dua ratus tahun lalu, iaitu pada tahun 1783 oleh   ahli geologi England, John Mitchell. Mitchell mengemukakan teori tersebut, iaitu tentang wujudnya sebuah lohong hitam di alam semesta ini setelah beliau meneliti dan mengkaji teori graviti Isaac Newton....

Bayi lahir bertopeng

Image
Bagi sepasang suami isteri yang tinggal di wilayah Hunan, China, kelahiran bayi pertama mereka sangat dinanti-nantikan. Namun, kegembiraan itu lenyap apabila anak dilahirkan tidak seperti bayi yang lain. Bayi pasangan tersebut, Kang Kang, lahir dengan muka yang seakan-akan memakai topeng. Kang Kang lahir pada March 2009 dengan berat 2.1 kilogram dan 19 hari lebih awal daripada waktu yang dijangkakan. Kelahiran Kang Kang di Hospital Changsa itu menggemparkan semua pihak. Muka Kang Kang yang seakan memakai topeng telah menyebabkan dia seperti mempunyai dua muka, dan muka kedua itu tertampal pada muka yang asal. Menurut ibu bayi tersebut, Yi Xilian,   dia tidak menyangka bayi yang dikandungnya selama sembilan bulan akan lahir dengan muka yang sebegitu. Jelas Yi, sewaktu mengandungkan Kang Kang, tiada perasaan aneh yang dirasakannya. Kandungannya juga dalam keadaan normal. Malah, ketika doktor mengesahkan dia disahkan mengandung, Yi telah mengambil keputusan untuk berhenti bek...

Tukang kentut profesional

Image
MELEPASKAN angin atau kentut baik sengaja atau tidak, satu perbuatan yang tidak mendapat tempat terhormat dalam masyarakat dunia walau di ceruk mana sekalipun. Ini kerana, budaya kita terutamanya menganggap kentut sembarangan itu adalah perlakuan tidak sopan. Namun, tahukah anda bahawa perkara memalukan ini telah dijadikan satu kerjaya popular dan lumayan oleh sesetengah orang. Soalnya, betulkah kentut boleh menjadi satu karier? Walaupun bunyinya agak dan tidak masuk akal, namun sejarah mencatatkan bahawa Joseph Pujol adalah individu pertama di dunia yang menjadi perintis kepada pekerjaan ini. Lelaki ini telah memulakan kerjayanya sebagai tukang kentut atau ‘flatus’ pada tahun 1887, ketika di usia 30 tahun. Awalnya, dia cuma mencuba nasib sebagai ‘flatus’ di tempat kelahirannya di Marseille, Perancis. Percubaannya itu bagaimanapun tidak sia-sia kerana mendapat sambutan yang di luar dugaan. Kerana yakin bakatnya diterima ramai, Pujol memutuskan untuk berhijrah ke Paris. Nasib...

Sains dan Al- Quran : Bintang X-ray

Image
Astronomi moden menganggarkan terdapat kira-kira 70 sekstiliun (7x10 22 atau 70 000 000 000 000 000 000 000) bintang di alam semesta ini, iaitu 230 juta kali lebih banyak daripada jumlah bintang dalam galaksi Bimasakti. Daripada jumlah itu, hampir separuh daripadanya adalah bintang mati. Sejarah membuktikan bahawa bintang merupakan satu elemen penting yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Bintang-bintang di langit telah menjadi sebahagian daripada kebudayaan manusia, dipraktikkan dalam konteks keagamaan, serta suatu ketika dahulu bintang turut menjadi pemandu arah dalam pelayaran. Bahkan, kalendar Gregorian yang digunakan di hampir seluruh bahagian dunia, didasarkan kepada posisi relatif bumi terhadap bintang terdekat – matahari. Kajian terhadap bintang telah dilakukan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pada kurun ke-16, seorang ahli astronomi Giordano Bruno, telah mengusulkan bahawa bintang sebenarnya adalah matahari-matahari lain, yang berkemungkinan memili...

Pulau berpenghuni kucing

Image
JIKA anda suka kucing, di Jepun terdapat sebuah pulau diberi nama ‘Pulau Kucing’ atau secara rasmi dikenali sebagai Pulau Tashirojima. Apa yang menarik tentang pulau ini ialah kebanyakan penghuninya adalah kucing, berbanding manusia seperti kelaziman. Berdasarkan statistik, populasi kucing-kucing di sana telah berkembang biak dengan cepat pada setiap tahun. Pertambahan jumlah mamalia kecil dari spesies felis silvestris catus ini didorong atas rasa kepercayaan penduduk tempatan bahawa memberi makan kucing akan mendatangkan kekayaan dan membawa keuntungan berlipat ganda. Kini, jumlah haiwan jinak itu dianggarkan jauh melebihi populasi manusia. Merujuk data perincian, penduduk di pulau yang terletak di bandar Ishinomaki, wilayah Miyagi, Jepun itu hanya sekitar 100 orang. Kebanyakan daripada mereka berusia lebih daripada 70 tahun, 50 peratus daripada populasi manusia di sana berumur lebih daripada 65 tahun dan direkodkan hanya seorang berusia 37 tahun. Senario tidak memiliki ...

Penjinak Haiwan Liar

Image
Seorang zoologi, Kevin Richardson, dilihat seperti melanggar hukum aturan keselamatan manusia ketika berhadapan dengan binatang buas. Beliau tidak menggunakan kayu atau rantai, sebaliknya hanya menggunakan rasa cinta, pemahaman dan kepercayaan untuk membina ikatan peribadi dengan haiwan-haiwan tersebut. Lelaki yang berusia 34 tahun itu mempunyai kemahiran yang luar biasa apabila dia seolah-olah mampu berkomunikasi dengan haiwan yang berada di hadapannya. Richardson boleh mengenal pasti keperibadian haiwan liar sama ada sedang marah, suka, sedih atau jengkel – sama seperti seorang ibu memahami anaknya. Dia adalah satu-satunya manusia di dunia ini yang berkebolehan seperti itu selepas legenda Nabi Sulaiman atau King of Solomon yang mempunyai kemahiran memahami bahasa haiwan. Kebolehan itu membuatkan dirinya diterima baik sebagai ahli dalam sesuatu kumpulan haiwan liar. Bukan sekadar tidur bersama singa, tetapi dia juga bermain-main, bergurau, membelai serta bersantai bersama hai...

Pembedahan tanpa mata pisau

Image
Bolehkah sesuatu pembedahan pembuangan tumor   dilakukan tanpa sebarang kesakitan, transfusi serta tidak menggunakan mata pisau? Bunyinya agak pelik, tetapi itulah realiti teknologi perubatan terbaru yang telah dicipta oleh sebuah firma teknologi dari China, Chongging Haifu Technology . Produk terbaru yang diberi nama HIFU ( high intensity focused ultrasonic ) itu dicipta untuk ‘membunuh’ kanser tanpa sebarang luka. Hanya menggunakan aplikasi pancaran ultrasound, penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua di dunia itu dapat disembuhkan sepenuhnya. Jika menggunakan teknologi pembedahan biasa, seseorang wanita yang menghidapi penyakit kanser payudara perlu membuang salah satu payudaranya untuk mengelakkan ia dari terus merebak. Bukan itu sahaja, selepas pembedahan dilakukan, seseorang pesakit juga perlu mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan ia sembuh sepenuhnya. Tetapi, dengan kemajuan teknologi ultrasound HIFU, prosedur penyembuhannya tidak lagi sesukar dulu. Prin...