Bayi lahir bertopeng

Kang Kang lahir pada March 2009 dengan berat 2.1 kilogram dan 19 hari lebih awal daripada waktu yang dijangkakan. Kelahiran Kang Kang di Hospital Changsa itu menggemparkan semua pihak. Muka Kang Kang yang seakan memakai topeng telah menyebabkan dia seperti mempunyai dua muka, dan muka kedua itu tertampal pada muka yang asal.
Menurut ibu bayi tersebut, Yi Xilian, dia tidak menyangka bayi yang dikandungnya selama sembilan bulan akan lahir dengan muka yang sebegitu. Jelas Yi, sewaktu mengandungkan Kang Kang, tiada perasaan aneh yang dirasakannya. Kandungannya juga dalam keadaan normal. Malah, ketika doktor mengesahkan dia disahkan mengandung, Yi telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di sebuah kilang elektronik di Huizhou dan menjadi surirumah sepenuh masa. Yi berharap dengan cara itu, kesihatannya terjamin dan bayinya juga akan sihat sewaktu dilahirkan.

Suami Yi kemudian berpesan kepadanya supaya jangan bersedih. Lalu dia memberi peluang kepada Yi untuk menatap wajah bayi mereka itu. Apa yang berlaku seterusnya ialah sebaik melihat saja muka bayinya buat kali pertama, Yi menjadi begitu terkejut dan terus pengsan.
Ekoran wajah Kang Kang yang seperti bertopeng, pembentukan mulutnya juga terganggu. Mulut Kang Kang seakan-akan retak dan terbuka luas sehingga sampai ke telinga. Malah, para doktor yang merawat Kang Kang memaklumkan, bukan sahaja wajahnya seperti memakai ‘topeng’, tetapi tulang muka Kang terutama di bahagian pipi turut merekah.
Menurut Profesor Wang Duquan, pakar pembedahan kosmetik untuk bahagian muka dan mulut di sebuah hospital di China, apa yang berlaku kepada Kang Kang itu adalah sesuatu yang sangat aneh dan amat jarang berlaku. Malah kes tersebut juga adalah yang pertama dalam sejarah perubatannya.

Walaupun begitu, jelas Profesor Wang lagi, beliau melihat perkembangan Kang Kang pada ketika ini adalah sama dengan kanak-kanak normal lain.
Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku? Profesor Wang tidak dapat menjelaskannya dengan tepat dari sudut klinikal. Namun, kebanyakan doktor berpandangan, mungkin telah berlaku jangkitan ketika perkembangan embrio sewaktu mengandung, kesan daripada ubat-ubatan yang diambil oleh Yi ketika dan pelbagai kemungkinan lagi.

Kenyataan para doktor tempatan di China ini turut diakui oleh Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, (PPUKM), Profesor Madya Dr. Azian Abd. Latiff. Jelas Prof. Azian, kes sebegini adalah yang pertama pernah dilihatnya. Berdasarkan pengamatannya, muka kanak-kanak ini kelihatan seperti terbelah.


Bagaimanapun, dalam kes Kang Kang ini, tulang di bahagian pipi (maxillary) serta di bahagian rahang (mandibular) tidak bercantum. Ini membuatkan mulutnya melebar sehingga ke telinga.
Walaupun terdapat pelbagai kemungkinan penyebab kepada kejadian ini, kebanyakan para penyelidik sukar untuk menjelaskan faktor sebenar. Malah, jika pembedahan dibuat terhadap Kang Kang sekali pun, hasilnya juga tidak dapat dijangka. Bukan itu saja, ia turut memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Comments
Post a Comment