Pembedahan tanpa mata pisau

Produk terbaru yang diberi nama HIFU (high intensity focused ultrasonic) itu dicipta untuk ‘membunuh’ kanser tanpa sebarang luka. Hanya menggunakan aplikasi pancaran ultrasound, penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua di dunia itu dapat disembuhkan sepenuhnya.
Jika menggunakan teknologi pembedahan biasa, seseorang wanita yang menghidapi penyakit kanser payudara perlu membuang salah satu payudaranya untuk mengelakkan ia dari terus merebak. Bukan itu sahaja, selepas pembedahan dilakukan, seseorang pesakit juga perlu mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan ia sembuh sepenuhnya.


Teknologi ini berbeza dengan teknik laser yang mana ia langsung tidak mengganggu organ lain. Penggunaannya hanya difokuskan pada tempat yang sakit sahaja, walaupun ketumbuhan berlaku di bahagian dalam tubuh manusia. Secara mudah, konsep ini dilihat sama seperti kaedah ultrasonografi yang digunakan untuk mengimbas bayi di dalam kandungan. Dengan meningkatkan suhunya secara ultrasound, alat ini akan membunuh kanser di titiknya yang tepat.

Kos rawatannya tidaklah begitu mahal, iaitu dalam lingkungan 6000 Euro sahaja. Sehingga kini, lebih 10,000 orang di seluruh dunia telah berjaya disembuhkan menggunakan teknologi ini.
AMARAN!!!
Teknologi ini masih lagi belum popular dan tidak digunakan secara meluas. Malah banyak pihak masih meraguinya. Bagaimanapun, ujian-ujian keberkesanan secara klinikal perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum boleh disahkan kebolehcapaian hasil ciptaan ini. Apa pun, inovasi ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan penduduk dunia.
Comments
Post a Comment