Posts

Laluan Daratan tertua di Malaysia

Image
Sekitar abad ke-13, terdapat satu laluan purba telah dibina di kawasan pedalaman daerah Jempol, Negeri Sembilan. Laluan tersebut dikenali sebagai Jalan Penarikan. Difahamkan, laluan terbabit mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung  ke pantai timur satu ketika dahulu. Berdasarkan cerita lisan, laluan yang turut dikenali sebagai Londar Siam merupakan jalan darat tertua di Semenanjung Malaysia. Meskipun sejarah mengenai jalan ini tidak diketahui secara tepat dan tiada catatan khusus mengenainya, ia adalah sebuah lokasi yang sangat penting satu ketika dahulu. Menurut Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Dr. Shamsuddin Ahmad, Jalan Penarikan merupakan sebuah laluan daratan yang digunakan oleh para pedagang dari pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung Malaysia. Menerusi jalan ini, ia merupakan satu laluan pintas yang menghubungkan dengan laluan dari sebelah pantai timur negara ini. Merangkumi tujuh b...

Ice Age May Return?

Image

Battle of Jitra 1941

Image
Sebelum Singapura dikuasai Jepun pada 11 Februari 1942, terdapat satu pertempuran yang hebat pernah direkodkan. Dikenali sebagai ‘Battle of Jitra’ atau ‘Pertempuran Jitra 1941’, ia merupakan benteng pertahanan hadapan yang penting bagi tentera British menyekat kemaraan tentera Jepun. Malangnya, lokasi tersebut yang sepatutnya dipertahankan dalam tempoh tiga bulan akhirnya berjaya ditawan oleh tentera Jepun selama tiga hari. Disebabkan keadaan itu, pergerakan tentera Jepun berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang kecuali menyeberangi Sungai Perak pada 15 Disember yang hanya dapat dilakukan sebelas hari berikutnya. Menurut Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr. Azharudin Mohamed Dali, pertempuran Jitra merupakan satu peristiwa peperangan yang berlaku pada 11  hingga 13 Disember 1941. Ia merupakan satu pertempuran yang hebat berlaku di antara pasukan tentera Jepun dan tentera British. Dalam sejarah ...

Pertandingan gusti suri rumah

Image
Sukan gusti merupakan satu acara yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Mexico. Ia merupakan sejenis sukan yang sangat terkenal malah lebih popular berbanding sukan bola sepak di negara itu. Uniknya, acara sukan lasak yang menjadi kegilaan ramai masyarakat di sini bukan sahaja cenderung kepada golongan kaum lelaki, tetapi turut diminati oleh kesemua majoriti golongan kaum wanita di negara tersebut. Percaya atau tidak, akibat terlalu fanatik dengan sukan ini satu pertandingan gusti jalanan telah dianjurkan dan kesemua pesertanya adalah terdiri daripada suri rumah sepenuh masa. Dikenali sebagai Lucha libre, ia merupakan satu pertandingan gusti jalanan yang mula diperkenalkan pada awal 1900 tahun yang lalu. Pada tahun 1933, acara gusti jalanan ini mula dikenali dan bertukar menjadi satu fenomena baru dalam acara sukan yang paling diminati di negara Mexico. Meskipun ianya masih baru pada ketika itu, sukan tersebut berjaya menarik perhatian penduduk s...

Penguji bau badan profesional

Image
Tahukah anda, sebelum deodoran dihasilkan ia mestilah diuji terlebih dahulu sebelum dipasarkan.  Uniknya, ketika proses ujian dilakukan ia tidak menggunakan sebarang bantuan alatan berteknologi tinggi, tapi diuji dengan menggunakan hidung manusia. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi anda yang rasa-rasa mahu melakukan tugas ini haruslah memiliki deria yang tajam untuk digelar sebagai penguji bau badan profesional. Setakat ini, jawatan tersebut hanya ditawarkan sebuah makmal Hilltop Cincinati, Amerika Syarikat. Ia diwujudkan oleh pihak makmal berkenaan sebagai pelengkap kajian yang membabitkan apa sahaja permasalahan berkaitan bau badan manusia. Untuk pemahaman yang lebih mudah, seseorang yang berkerjaya sebagai penguji bau badan profesional ini akan menghidu setiap bau badan sukarelawan yang dipilih menggunakan hidung mereka. Jangka ...

Spesies pokok yang paling pemalu

Image
Di negara kita, sejenis spesies pokok yang dikenali sebagai Pokok Semalu sememangnya tidak asing lagi. Rata-rata daripada kita sudah lama mengenali spesies pokok ini dengan sifatnya yang sangat pemalu. Disebabkan sifat semula jadinya itu, tumbuhan ini akan bertindak balas dengan menguncupkan daunnya apabila disentuh. Jangankan manusia, hatta objek-objek lain seperti besi atau plastik pun tidak akan dilayannya. Ekoran sifat jual mahalnya itu, sehingga hari ini belum ada rekod yang berjaya menyentuh tumbuhan itu daripada menguncupkan daunnya. Persoalannya, apakah yang menyebabkan pokok itu memiliki pemalu? Dan, kenapakah setiap kali ada percubaan untuk menyentuhnya tumbuhan ini akan bertindak balas dengan menguncupkan daunnya? Hal ini mendapat perhatian daripada seorang Penyelidik Interpretasi Persekitaran, Jabatan Pengurusan Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Manohar Mariapan. Jelasnya, pokok semalu atau nama saintifiknya Mimosa pudica m...

Manusia Halimunan di China

Image
Disebabkan idea kreatif yang ditonjolkan, seorang lelaki warganegara China, Liu Bolin, telah disenaraikan sebagai antara individu yang paling terkenal di negara itu. Diberi jolokan nama sebagai ‘Manusia halimunan’, lelaki tersebut dikatakan memiliki satu kepakaran luar biasa yang membolehkannya menyamar menjadi apa sahaja. Ibarat seperti seekor sesumpah, lelaki yang berusia 35 tahun ini mampu melakukan pelbagai aksi penyamaran dalam apa jua keadaan sekalipun, termasuklah menyamar seperti sayur-sayuran, jalan, pondok telefon, dinding batu, dan sebagainya. Mengikut laporan sebuah agensi berita, Reuters, kebolehan luar biasa yang dimiliki lelaki tersebut bermula kira-kira enam tahun yang lalu sewaktu bergiat aktif di dalam dunia seni lukisan yang dipanggil  ilusi optik. Pada mulanya, ia dilakukan bertujuan untuk keseronokan sahaja. Namun, ia berubah dan seni lukisan itu  telah menarik minatnya yang ingin melakukan lebih banyak lagi penyamaran. Ekor...