Posts

Showing posts with the label FLORA

[VIDEO] Buah Acorn dalam filem Ice Age dijumpai di Genting Highland!

Image
Sumber: Majalah Infiniti

Strawberi warna biru

Image
Bolehkah warna sebiji buah diubah menjadi warna lain? Apakah kejuruteraan genetik tumbuhan mampu melakukannya? Berdasarkan pendedahandi beberapa laman sesawang, ternyata usaha tersebut pernah dilakukan dan didakwa menunjukkan hasil yang positif.    Salah satu kajian yang dilakukan adalah pengubahsuaian warna buah strawberi yang asalnya berwarna merah ditukarkan menjadi biru. Dikhabarkan, teknologi baru ini diusahakan oleh para saintis di sebuah syarikat penyelidikan Genetically Modified Organism (GMO) yang berpusat di negara Amerika Syarikat. Selain melakukan pengubahsuaian warna, syarikat itu juga mendakwa berjaya menghasilkan buah strawberi yang lebih berkualiti dan tahan suhu di bawah paras beku. Ia di buktikan melalui satu penemuan sejenis gen baru yang diperoleh daripada spesies ikan yang dikenali Artic Flounder Fish . Kononnya, gen ini dikatakan mengandungi kandungan kimia anti beku yang membolehkan buah tersebut di simpan dalam temp...

Manusia & bunga

Image
Sejak azali lagi, bunga merupakan sejenis spesies tumbuhan yang diakui banyak berkait rapat di dalam kehidupan dan kebudayaan manusia. Bukan itu sahaja, tumbuhan ini dianggap sebagai lambang yang sangat bermakna khususnya bagi seseorang individu, masyarakat dan bangsa. Menurut Ketua Program Antropologi & Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Zaidah Mustapha, dalam konteks kehidupan dan kebudayaan manusia mendapati, tumbuhan ini sudah dikenali sejak sekian lama. Ia dianggap sebagai satu hidupan yang berguna dalam kehidupan manusia. Berdasarkan pemerhatian beliau, penggunaan tumbuhan ini kemungkinan mula digunakan manusia ketika upacara pengebumian. Dalam tamadun manusia, ritual ini sangat penting bagi seseorang individu, institusi kekeluargaan atau satu masyarakat bagi menghargai orang yang sudah mati. Oleh itu, bunga dilihat sebagai salah satu elemen yang sesuai bagi tujuan tersebut sehingga ke hari ini.  ...

Spesies pokok yang paling pemalu

Image
Di negara kita, sejenis spesies pokok yang dikenali sebagai Pokok Semalu sememangnya tidak asing lagi. Rata-rata daripada kita sudah lama mengenali spesies pokok ini dengan sifatnya yang sangat pemalu. Disebabkan sifat semula jadinya itu, tumbuhan ini akan bertindak balas dengan menguncupkan daunnya apabila disentuh. Jangankan manusia, hatta objek-objek lain seperti besi atau plastik pun tidak akan dilayannya. Ekoran sifat jual mahalnya itu, sehingga hari ini belum ada rekod yang berjaya menyentuh tumbuhan itu daripada menguncupkan daunnya. Persoalannya, apakah yang menyebabkan pokok itu memiliki pemalu? Dan, kenapakah setiap kali ada percubaan untuk menyentuhnya tumbuhan ini akan bertindak balas dengan menguncupkan daunnya? Hal ini mendapat perhatian daripada seorang Penyelidik Interpretasi Persekitaran, Jabatan Pengurusan Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Manohar Mariapan. Jelasnya, pokok semalu atau nama saintifiknya Mimosa pudica m...

Tumbuh-tumbuhan PELIK di dunia

Image

Sana-sini Pelik

Image
Pokok pisang keluarkan darah Sebatang pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia dilaporkan telah mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah, apabila ditusuk dengan menggunakan senjata tajam. Uniknya lagi, ia turut mengeluarkan sejenis buah yang kelihatan seperti buah nanas. Mengikut laporan portal berita tempatan, Detik.com, kemunculan pokok pisang aneh itu telah mendapat perhatian ramai orang yang datang berpusu-pusu untuk menyaksikan lebih dekat lagi. Bimbang dengan keadaan itu, pemilik pokok berkenaan, Sutrisno, telah menggunakan kain yang berwarna putih untuk membalut bahagian tengah pokok tersebut bagi mengelakkan orang ramai menusuk semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar. Jelasnya lagi, pokok pisang miliknya tidak menunjukkan sebarang tanda yang ganjil sewaktu ia kecil. Namun, selepas ia membesar pokok tersebut mula mengeluarkan buah yang aneh dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk. Tambahnya lagi, kira-kira sebulan ...

Mandi bunga boleh sembuhkan penyakit?

Image
Dalam sejarah peradaban masyarakat Melayu, terdapat pelbagai rahsia perubatan yang masih diamalkan sehingga hari ini. Salah satu daripadanya adalah amalan mandi bunga. Ketika awal tradisi ini diperkenalkan, ia lebih kepada berbentuk spiritual . Amalan ini biasanya dilakukan dengan niat membuang bala, mempercepatkan jodoh, menarik semangat baik, menghindarkan diri daripada semangat jahat, menyucikan dosa dan lain-lain lagi. Kini, tujuan asal amalan ini mulai berubah mengikut peredaran masa dan mula diguna pakai sebagai salah satu kaedah rawatan alternatif. Meskipun tiada kajian saintifik  terperinci mengenainya dilakukan, amalan ini dipercayai boleh menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan seri pada wajah. Menurut  pegawai perubatan dari Cawangan Amalan dan Pendaftaran, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Shamsaini Shamsuddin, mandi bunga adalah suatu amal...

Kulat Makan Semut Hitam

Image
Di Thailand, sejenis fungus aneh yang mampu mengawal semut hitam spesies Carpenter telah mengejutkan saintis. Beberapa saintis menyifatkan,  penemuan itu sebagai sesuatu yang baru kerana sebelum ini belum ada lagi parasit yang mampu berfungsi sedemikian. Fungus yang dikenali sebagai ophicordy unilateralis dikatakan berjaya mewujudkan satu fenomena terhadap semut hitam. Fenomena itu dikenali sebagai ‘parasitic zombification’. Mengikut rekod, kulat pelik itu sebenarnya telah wujud sejak 48 juta tahun lalu dan ia mula menjadi bahan kajian kebelakangan ini oleh saintis alam sekitar. Beberapa fosil kulat itu daripada zaman silam telah ditemui di Messel, Jerman oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard yang diketuai David Hughes. Hughes adalah seorang penyelidik dalam bidang kelakuan ekologi. Kesan luka akibat percambahan daun pada badan semut ini boleh menyebabkan semut ini mati. Jelas Hughes, bukti yang ditemui menunjukkan, parasit ini telah berfungsi sebegitu ...

Anehnya Pokok pelangi

Image
Di hemisfera utara dikatakan wujud sejenis spesies pokok unik yang mempunyai kulit menyamai seperti pelangi. Difahamkan, pokok ini tumbuh meliar di beberapa kawasan seperti New Britain, New Guinea, Sulawesi, Indonesia dan Mindanao, Filipina. Bagi yang tidak pernah melihat fenomena aneh seumpama ini, tentunya akan tertanya-tanya pokok jenis apakah itu? Apabila diselidik, flora ganjil itu rupanya cendawan daripada kumpulan Eucalyptus. Spesies ini merupakan salah satu daripada 700 jenis pokok berakar tunjang yang ditemui di dunia. Menurut pakar Fizik Kayu, Jabatan Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, pokok tersebut memang wujud. Secara saintifiknya, pokok ini dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta. Ia adalah sejenis spesies pokok yang berasal dari negara Australia. Jelas Dr. Mohd Zin, spesies ini sangat istimewa berbanding pokok-pokok lain. Keseluruhan fizikal pokok ini kecuali pada bahagian daun dipenuhi pe...

Muncul wajah manusia pada pokok

Image
Pertengahan tahun 2006, di Kampung Paya, Pajak Song, Pulau Pinang, orang ramai termanggu melihat sebatang pokok pinang yang mengeluarkan pelepah berwajah manusia. Wajah persis seorang lelaki tua itu lengkap dengan hidung, mata, telinga, dahi dan mulut.  Menurut pemilik pokok pinang tersebut, Miah Majid, 60, seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat pokok pinang miliknya menjadi begitu. Jelasnya, sebelum kejadian pelik terbabit berlaku, pokok berkenaan tumbuh dalam keadaan normal. Tidak berapa lama kemudian, wajah itu mulai muncul pada bahagian upih. Ekoran dari kejadian aneh itu, perkarangan rumah Miah mula dipenuhi orang ramai yang datang dari segenap pelosok daerah negeri tersebut untuk melihat sendiri pokok pinang berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka yang sanggup datang dari Kuala Lumpur dan  negeri-negeri pantai timur semata-mata untuk melihat imej yang menyeramkan itu. Seorang saksi yang melihat kejadian itu, Zainol Nayan, 54, berkata, dia ternam...
Image
Kewujudan hutan batu Satu jajaran hutan yang terletak kira-kira 75 kilometer di sebelah tenggara Kota Kunming, Yunan, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga kini. Hutan tersebut dipenuhi dengan batuan besar yang berusia jutaan tahun. Lantaran keadaan semula jadinya begitu, lokasi tersebut digelar sebagai Hutan Batu. Bagi   masyarakat sekitar khususnya penduduk etnik Yi Shilin, mereka menamakan kawasan itu sebagai Shilin.   Persoalan yang sering ditanya, mengapa kawasan tersebut digelar hutan batu? Apakah punca yang menyebabkan lokasi hutan itu dipenuhi batu-batu yang bersaiz besar? Menurut seorang penduduk tempatan, Bi Yunhua, kawasan tersebut yang digelar hutan batu telah dikenali sejak berabad zaman lamanya. Mengikut keadaan permukaan bumi, kawasan itu adalah kawasan tanah tinggi   yang mempunyai keluasan 12 kilometer kaki persegi. Keseluruhan kawasan hutan batu ini terdiri daripada jajaran batu-batu kapur besar. Selain itu...