Sana-sini Pelik

Pokok pisang keluarkan darah

Sebatang pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia dilaporkan telah mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah, apabila ditusuk dengan menggunakan senjata tajam. Uniknya lagi, ia turut mengeluarkan sejenis buah yang kelihatan seperti buah nanas.

Mengikut laporan portal berita tempatan, Detik.com, kemunculan pokok pisang aneh itu telah mendapat perhatian ramai orang yang datang berpusu-pusu untuk menyaksikan lebih dekat lagi.
Bimbang dengan keadaan itu, pemilik pokok berkenaan, Sutrisno, telah menggunakan kain yang berwarna putih untuk membalut bahagian tengah pokok tersebut bagi mengelakkan orang ramai menusuk semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.

Jelasnya lagi, pokok pisang miliknya tidak menunjukkan sebarang tanda yang ganjil sewaktu ia kecil. Namun, selepas ia membesar pokok tersebut mula mengeluarkan buah yang aneh dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.

Tambahnya lagi, kira-kira sebulan sebelum pokok pisang unik itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia mendapat satu mimpi air telaga di rumahnya mula melimpah.



Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit