Anehnya Pokok pelangi

Di hemisfera utara dikatakan wujud sejenis spesies pokok unik yang mempunyai kulit menyamai seperti pelangi. Difahamkan, pokok ini tumbuh meliar di beberapa kawasan seperti New Britain, New Guinea, Sulawesi, Indonesia dan Mindanao, Filipina.

Bagi yang tidak pernah melihat fenomena aneh seumpama ini, tentunya akan tertanya-tanya pokok jenis apakah itu? Apabila diselidik, flora ganjil itu rupanya cendawan daripada kumpulan Eucalyptus. Spesies ini merupakan salah satu daripada 700 jenis pokok berakar tunjang yang ditemui di dunia.

Menurut pakar Fizik Kayu, Jabatan Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, pokok tersebut memang wujud. Secara saintifiknya, pokok ini dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta. Ia adalah sejenis spesies pokok yang berasal dari negara Australia.

Jelas Dr. Mohd Zin, spesies ini sangat istimewa berbanding pokok-pokok lain. Keseluruhan fizikal pokok ini kecuali pada bahagian daun dipenuhi pelbagai warna-warni. Ekoran sifat unik yang dimiliki pokok ini, tidak hairanlah ada sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai Pokok Pelangi.  

Tapi kenapa pokok tersebut boleh mengeluarkan warna menyamai pelangi? Bertambah pelik, mengapa keistimewaan itu hanya dimiliki oleh sebahagian pokok ini dan tidak pada keseluruhan tumbuhan yang lain?

Alasan mengapa bukan semua organisma seperti pokok di planet ini mampu mengeluarkan
warna seperti Eucalyptu Deglupta masih belum dapat dijelaskan secara saintifik. Namun, menurut Dr. Mohd Zain, fenomena ini berkemungkinan terjadi akibat tindak balas yang berlaku antara sel-sel fisiologi pokok.

Secara normal, sel-sel ini akan bertindak balas secara semula jadi pada bahagian batang pokok. Ia terjadi mungkin kerana melalui proses penggantian kulit pokok. Kulit pokok ini setiap tahun akan menjalani proses penggantian kulit yang baru setiap masa, tetapi proses penggantian itu tidak terjadi secara total sebaliknya secara berperingkat mengikut bahagian-bahagian tertentu.

Sebagai contohnya, penggantian kulit yang pertama akan menghasilkan warna hijau, kemudian penggantian kulit kedua yang berwarna hijau akan berubah menjadi biru, oren, ungu dan merah. Proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian-bahagian tertentu di batang pokok menyebabkan warnanya menjadi pelangi.

Walaupun beberapa spesies ini pernah ditemui di beberapa negara seperti New Britain, New Guinea, Sulawesi, Indonesia, Mindanao Filipina dan Australia, namun pokok ini lazimnya boleh hidup di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Antaranya, di Bahau, Negeri Sembilan, Kemaso Pahang dan hutan simpan Ulu Sedili Johor.

Eucalyptus Deglupta  adalah sejenis pokok kayu yang mampu tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok ini sedang ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutamanya untuk digunakan dalam industri pembuatan kertas dan pembuatan produk kayu.



Fakta ringkas mengenai pokok Eucalyptus Deglupta

  • Merupakan sejenis pokok yang berasal dari negara Australia tetapi kini    ditanam di beberapa negara lain untuk industri perkayuan.
  • Merupakan sejenis tumbuhan hutan
  • Memiliki kulit yang licin dan berwarna-warni seperti pelangi.
  • Mampu tumbuh sehingga 70 meter.
  • Memiliki daun yang boleh diproses sebagai minyak angin.
  • Salah satu daripada 700 spesies dalam keluarga Eucalyptus. 

Comments

Popular posts from this blog

Laluan rahsia Genting Bidai

Pengawal Rumah Melayu Lama

Air yang menyembuhkan penyakit