Posts

Showing posts from January, 2014

Mandi bunga boleh sembuhkan penyakit?

Image
Dalam sejarah peradaban masyarakat Melayu, terdapat pelbagai rahsia perubatan yang masih diamalkan sehingga hari ini. Salah satu daripadanya adalah amalan mandi bunga. Ketika awal tradisi ini diperkenalkan, ia lebih kepada berbentuk spiritual . Amalan ini biasanya dilakukan dengan niat membuang bala, mempercepatkan jodoh, menarik semangat baik, menghindarkan diri daripada semangat jahat, menyucikan dosa dan lain-lain lagi. Kini, tujuan asal amalan ini mulai berubah mengikut peredaran masa dan mula diguna pakai sebagai salah satu kaedah rawatan alternatif. Meskipun tiada kajian saintifik  terperinci mengenainya dilakukan, amalan ini dipercayai boleh menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan seri pada wajah. Menurut  pegawai perubatan dari Cawangan Amalan dan Pendaftaran, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Shamsaini Shamsuddin, mandi bunga adalah suatu amal...

Berjanji dengan buaya

Image
Di Sungai Kinabatangan, Sabah, terdapat satu legenda yang berlegar di kalangan penduduk setempat perihal sebuah kisah perjanjian lama. Dikatakan, perjanjian tersebut yang dikenali berjanji dengan buaya atau dalam bahasa masyarakat etnik Orang Sungai disebut sebagai ‘Gegejanji Gunai Boya’. Kandungan dalam perjanjian itu cukup ringkas. Sesiapa yang berketurunan daripada masyarakat etnik Orang Sungai tinggal di sepanjang sungai Kinabatangan atau di lain-lain tempat tidak boleh diganggu apatah lagi dibaham oleh sang bedal. Sama ada kisah ini hanya sekadar suatu mitos atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan kebenarannya. Meskipun kisah perjanjian ini tidak seratus peratus dipegang sebagai kepercayaan pada hari ini, ia tetap menjadi satu khazanah bernilai kisah nenek moyang Orang Sungai yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Berdasarkan bukti lisan daripada beberapa orang warga emas tempatan, ‘Gegejanji Gunai Boya’ atau perjanjian dengan sang bedal merupakan s...

Tahukah anda?

 #Tahi burung merupakan eksport utama sebuah negara pulau yang terletak di Barat Lautan Pasifik, Republik of Nauru. #  Negara Cuba merupakan satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api. ·     # Di dalam bahasa India, perkataan ‘Canada’ adalah bermaksud ‘Kampung Besar’. Manakala, perkataan ‘I am’ merupakan ayat yang paling pendek di dalam bahasa Inggeris. ·     # Sari merupakan pakaian tradisional bagi kaum wanita di India. Tahukah anda, ukuran sari untuk pakaian seharian atau di dalam majlis tidak rasmi adalah sepanjang dua meter manakala bagi majlis rasmi pula adalah sepanjang tiga meter. ·     # Sewaktu pelukis terkenal dunia, Pablo Picasso, dilahirkan pada 25 Februari 1881 di Malaga, Sepanyol, dia telah disahkan mati oleh seorang bidan yang menyambut kelahirannya. Bagaimanapun, berita kematiannya tidak dapat diterima oleh bapa saudaranya yang juga merupakan seorang doktor. Lantaran itu, bapa sauda...

Perkampungan manusia kerdil

Image
Di satu lokasi yang terletak bersebelahan Bukit Xishan, wilayah Yunan, China, terdapat sebuah perkampungan yang diberi nama ‘Dwarf empire’. Uniknya, keseluruhan populasi penghuni yang tinggal di kawasan ini adalah terdiri daripada manusia kerdil. Perkampungan yang mirip seperti di dalam sebuah cerita dongeng yang bertajuk ‘Gulliver’s Travel’ ini,mula dibina pada tahun 2009. Ia merupakan salah sebuah tiga taman tema  yang dimiliki oleh seorang usahawan elektronik dan hartanah di China, Cheng Minjing. Mengikut laporan agensi berita antarabangsa, Agency France-Presse (AFP), Cheng telah melabur hampir 100 Million Yuan untuk membina taman tema tersebut. Ini kerana, hatinya tersentuh apabila melihat sekumpulan orang kerdil yang ditemui di dalam sebuah kereta api. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, kata Cheng, tanggungjawab sosial adalah penting dan seharusnya diutamakan bagi meningkatkan taraf hidup orang kerdil di China. Selain meningkatkan taraf hidup, perkampungan t...

Hujan Salji di Padang Pasir

Image
Pada penghujung tahun 2004, penduduk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dikejutkan dengan penurunan salji tebal secara tiba-tiba. Ia merupakan satu fenomena alam yang luar biasa dan pertama kali  di dalam sejarah negara gurun yang terkenal dengan keadaan suhu yang mencecah sehingga 50 darjah Celsius. Mengikut laporan akhbar tempatan, Gulf News , fenomena pelik tersebut berlaku di wilayah utara UAE iaitu sebuah kawasan pergunungan yang dikenali Ras Al-Khaimah . Kawasan pergunungan yang berukuran 1,737 meter daripada paras laut itu telah mengejutkan ramai penduduk di negara berkenaan yang menyaksikan salji mulai turun pada sebelah malam selama dua hari  berturut-turut. Ketika keadaan itu berlaku, suhu di kawasan tersebut turun pada paras serendah -5 darjah Celsius. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Emiriah Arab Bersatu (UAE), mereka tidak dapat menjelaskan punca sebenar yang menyebabkan fenomena pelik itu berlaku. Ini kerana, ia merupakan kejadia...

Jambatan Adam

Image
Pada bulan Oktober 2010, sebuah satelit angkasa berkuasa tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), mendakwa telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di lokasi sempadan antara India dan Sri Lanka. Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu. Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah menamakan objek tersebut sebagai  ‘Adam Bridge’. Dianggarkan berukuran sepanjang 30 Kilometer, objek tersebut mempunyai satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan. Ekoran itu, penemuan objek yang didakwa oleh pihak NASA mula tersebar dan mendapat perhatian daripada Jabatan Arkeologi Sri Langka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, mereka mengesahkan bahawa objek berkenaan adalah sebuah jambatan purba yang dikenali sebagai Jambatan Rama. Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan sebelum ini mendapati, kewujudan j...