Hujan Salji di Padang Pasir


Sebelum itu, akhbar berkenaan pernah melaporkan hujan
lebat berukuran 12.6 milimeter telah berlaku di sebuah kawasan gurun di Dubai
iaitu satu daerah yang jarang sekali menerima hujan. Berikutan itu, laporan
akhbar tersebut dikaitkan sebagai punca kemunculan salji di kawasan pergunungan
Ras Al-Khaimah. Dipercayai, hujan lebat terbabit turun selepas pemimpin negara
itu mengarahkan supaya penduduk mengadakan solat sunat Istisqa’ dan
berdoa meminta hujan sebulan sebelum kejadian.
.jpg)
Seperti yang diramalkan oleh pegawai kaji cuaca, suhu
sejuk di negara tersebut mulai berkurangan dan salji pula mencair selepas
beberapa minggu. Meskipun ianya seketika sahaja, fenomena alam yang aneh
ini menjadi kenangan yang indah bagi penduduk apabila menyaksikan salji turun
di negara mereka.
Menurut pensyarah dari Jabatan Sains dan Alam Sekitar,
Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia(UPM), Profesor Madya
Dr. Shaharin Ibrahim, terdapat dua faktor yang kemungkinan boleh menjelaskan
kewujudan fenomena alam ini iaitu tiupan angin dan tekanan suhu yang ekstrem.

Perbezaan ketara kedua suhu persekitaran ini, Dr.
Shaharin menjelaskan, kemungkinan pada waktu malam salji lebih berpotensi turun
di kawasan ini. Disebabkan faktor keadaan suhu pada waktu ini berada pada bawah
paras beku, tidak mustahil hal ini boleh mempengaruhi kepada proses pembentukan
salji.
Selain suhu persekitaran yang sejuk, fenomena alam ini kemungkinan
turut dipengaruhi oleh faktor tiupan angin bermusim yang datang dari arah Lautan
Pasifik. Jelas Dr. Shaharin, angin bermusim selalunya membawa kandungan udara
yang sejuk. Apabila ia memasuki ruang udara panas, kandungan udara sejuk ini
akan bertindak balas dan membentuk ketulan-ketulan ais sebelum jatuh ke bumi.
Tambahnya lagi, fenomena salji yang turun di kawasan
negara beriklim gurun selalunya berlaku pada tempoh yang singkat iaitu dalam
jangka masa sehari atau dua hari. Ini kerana, salji yang turun di kawasan akan
mencair apabila keadaan suhu mula meningkat pada waktu siang.

Menurut Pengarah Jabatan berkenaan, Sulaiman Al-Huwaiti,
rondaan keselamatan sudah dikerahkan di wilayah utara itu untuk memeriksa
ketebalan salji. Beliau menggesa pemandu kenderaan yang melalui kawasan itu
agar mematuhi had kelajuan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sementara itu, Bulan Sabit Merah Arab Saudi turut
mengerahkan pasukannya ke kawasan bukit Allouz dan Alqan di wilayah itu yang
jarang sekali ditimpa salji tebal. Tabuk merupakan sebuah wilayah yang
mempunyai iklim padang pasir dengan musim panas yang bersuhu tinggi iaitu 27
hingga 46 darjah Celsius dan musim sejuk yang bersuhu sederhana pada takat suhu
empat hingga lapan darjah Celsius.
Comments
Post a Comment