Perkampungan manusia kerdil

Perkampungan
yang mirip seperti di dalam sebuah cerita dongeng yang bertajuk ‘Gulliver’s
Travel’ ini,mula dibina pada tahun 2009. Ia merupakan salah sebuah tiga taman
tema
yang
dimiliki oleh seorang usahawan elektronik dan hartanah di China, Cheng Minjing.

Selain
meningkatkan taraf hidup, perkampungan tersebut turut dibina sebagai platform
bagi golongan ini mendapat pekerjaan dan tempat tinggal yang selesa berbanding kehidupan
lalu mereka yang susah dan teruk. Antara peluang pekerjaan yang diwujudkan di
perkampungan ini adalah berkaitan dengan seni persembahan seperti menyanyi,
menari dan persembahan silap mata serta akrobatik. Justeru, bagi pengunjung
yang datang untuk menyaksikan persembahan ini akan dikenakan bayaran sebanyak
80 Yuan.

Pada hari
ini, ‘Dwarf empire’ mempunyai lebih daripada 100 orang penghuni orang kerdil yang
pernah hidup di jalanan. Kesemua mereka ini diberi bilik percuma dan gaji mingguan
antara 800 hingga 2000 yuan. Sejak perkampungan tersebut dibuka, ia mendapat
perhatian ramai khususnya golongan manusia kerdil yang berminat untuk mendaftar
menjadi penghuni di sini dan pengunjung dari luar dan dalam negara itu.

Melihat
keadaan situasi itu, kata Cheng, dia bercadang akan membina sebuah lagi
penempatan yang lebih besar dan menjadi sebuah kawasan yang terbesar bagi
golongan manusia kerdil di dunia. Dia berharap dapat mengumpulkan lebih
daripada 800 hingga 1000 orang manusia kerdil bagi penempatan yang akan dibina dalam masa
terdekat ini.
Bagaimanapun,
usaha yang dilakukan oleh Chen Minjing adalah berdasarkan imaginasi manusia
sahaja. Persoalannya, adakah dunia orang kerdil pernah wujud di dunia ini?
Setakat ini, jawapan untuk teka-teki kewujudannya masih menjadi misteri dan
tidak dapat dipastikan kesahihannya. Hanya mitos yang menceritakan orang kerdil
sebenarnya wujud, tetapi sains masih belum memperakuinya secara sah disebabkan
tidak ada bukti yang kukuh.

Bermula
pada tahun 1910 hingga kini, beberapa kajian tentang makhluk tersebut telah
dilakukan oleh pengkaji yang berasingan. Bagaimanapun, rumusan spesifik mengenai
spesies ini masih tidak dapat diberikan secara terperinci. Setakat ini, makhluk
tersebut dikatakan berbulu di keseluruhan badan dan menyerupai haiwan cryptid.

Makhluk
yang fizikalnya seakan manusia itu cuma sepanjang 7.2 sentimeter dan memiliki
kepala besar, dua tangan serta dua kaki kecil. Ketika ditemui, makhluk tersebut
dikatakan masih hidup namun tidak lama kemudian ia mati tanpa sebab musabab
yang diketahui.
Pengkaji
dari Universiti of Chile menganggap makhluk itu mungkin fetus sejenis haiwan
hidupan liar seperti kucing hutan. Manakala pengkaji dari Universiti of Sonto
Tomas beranggapan ia adalah hidupan seakan tupai iaitu ‘monito de monte’ yang
berasal daripada spesies mamalia kecil yang suka menyembunyikan diri pada waktu
siang.

Makhluk ini
dikatakan kerap muncul pada jam sekitar 10.00 pagi, pada waktu malam dan subuh.
Daripada semua kes yang dilaporkan itu, rata-rata mengatakan ketinggiannya
hanya sekitar dua hingga empat inci. Beberapa gambaran menyebut makhluk
tersebut menyerupai manusia, mempunyai bulu di seluruh tubuh, kelihatan seperti
monyet dan berambut panjang seperti wanita.

Selama
beberapa lama ia kekal sebagai rahsia, akhirnya kewujudan manusia aneh itu
terbongkar dengan penemuan sembilan rangka manusia kerdil itu di gua Liang Bua
di Flores. Ia kemudian diberi nama saintifik ‘Homo Floresiensis’. Banyak pihak
yang menggelarnya sebagai Hobbit disebabkan fizikalnya yang kerdil. Ketinggian
‘Homo Floresiensis’ ini hanya sekitar setengah meter, dengan berat rata-rata 20
kilogram. Adakah ia orang kenit yang dimaksudkan selama ini?
Sehingga ke
hari ini, persoalan mengenai spesies manusia ini masih belum terjawab
sepenuhnya. Tidak diketahui secara khusus sama ada makhluk ini benar-benar
wujud, ataupun hanya sekadar mitos orang zaman dahulu.
Comments
Post a Comment