Lembu kentut kena bayar
TIADA yang percuma di dunia ini. Malah, kentut pun kena bayar. Itulah yang terjadi ke atas lembu-lembu di New Zealand. Sekali melepaskan angin, setiap kali itu jugalah ‘mereka’ akan dikenakan denda. Mahu atau tidak, para penternak ladang perlu membayar ganti rugi kepada negara dalam bentuk cukai setiap kali ternakan mereka membuang angin. Kenapalah kentut pun perlu dibayar? Inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan para penternak. Justeru, mereka cuba mengkritik cukai yang dikenakan ke atas lembu-lembu ternakan. Pada mereka, apalah salahnya sekadar melepaskan kentut. Bukankah itu salah satu perkara yang sudah menjadi lumrah hidup. Adalah tidak adil haiwan ternakan itu dihukum sebegitu hanya kerana mengeluarkan angin. Sekeras mana pun bantahan yang disuarakan, kerajaan Wellington telah pun menguatkuasakan undang-undang pelik itu. Peraturan ini merupakan sebahagian daripada agenda kerajaan bagi memenuhi komitmen di bawah Protokol Kyoto. Menerusi peru...