Mesin perakam mimpi
Alat perakam mimpi? Mungkin kedengaran seperti filem sains fiksyen, tetapi itulah teknologi terbaru yang berjaya dicipta oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Kemajuan Teknologi Antarabangsa (ATR) yang berpusat di Kyoto, Jepun. Teknologi yang merupakan sebuah perisian komputer itu dikatakan berfungsi untuk mengenal pasti perkara-perkara oneiric suatu gambaran mental dan juga mimpi seseorang manusia. Setakat ini, tujuan utama alat tersebut dicipta adalah bagi memenuhi bidang perubatan yang dikhususkan kepada cabang psikiatri. Perisian ini berfungsi dengan cara mengimbas otak manusia. Subjek ditempatkan di dalam sebuah mesin MRI dan korteks visual mereka akan diimbas. Sebelum itu, subjek bebas untuk memikirkan apa sahaja gambar geometri sederhana yang dipaparkan dalam monokrom. Sistem tersebut kemudian cuba untuk mengeluarkan semula paparan subjek yang dilihat. Setakat ini, fungsi perisian sistem itu agak sederhana, dan paparan yang dikeluarkan sedikit ...