Orang Melayu Melaka pertama mengelilingi dunia?
Bahagian kedua: Black Henry @ Awang, manusia pertama mengelilingi dunia.


Justeru, secara tidak langsung Awang telah menjadi orang Melayu pertama yang mengelilingi dunia. Ini kerana beliau bermula dari Melaka dan pulang semula ke tanah airnya lebih awal daripada rombongan Del Cano yang sampai semula di pelabuhan Seville pada 8 September 1522.
Timbul persoalan, sejauh manakah kebenaran yang didakwa Awang adalah manusia pertama yang mengelilingi dunia? Apakah bukti-bukti yang boleh menyokong hujah tersebut?
![]() |
Profesor Datuk Dr. Othman Yatim |
Dr. Othman menjelaskan terdapat satu sumber barat yang membina semula sejarah silam mengenai Black Henry atau Enrique yang didakwa sebagai orang Melayu Melaka ini. Sumber utamanya ialah catatan Pigafetta, seorang jurutulis berbangsa Itali yang menyertai ekspedisi Magellen ke Filipina atau wilayah yang dipanggil ‘to the land where is no Christians’ .
Catatan Pigafeta itu mengandungi 48 halaman tetapi hanya halaman ke 18 hingga 28 sahaja yang ada menyebut tentang Black Henry (Awang). Antara isi kandungannya adalah ‘Henry tercedera semasa pertempuran manakala Magellan telah terkorban. Selepas kejadian itu, Henry jarang turun ke pantai kerana kesakitan dan sentiasa berselimut. Ini menyebabkan Kapten Duarte Barbosa mengugutnya dengan suara yang tinggi mengatakan meskipun tuannya (Magellan) terbunuh, Henry masih lagi akan terus menjadi hamba kepada keluarga Barbosa, khususnya Madame Beatrix, isteri Magellan apabila pulang ke Sepanyol kelak.

‘Bagi Black Henry ini adalah satu peluang yang mungkin memang ditunggunya untuk membalas dendam kepada orang yang tidak hormat kepadanya. Sebagai satu cara untuk mengajar orang yang tidak datang membantu sehingga menyebabkan tuannya terbunuh. Sebelum serangan di jamuan makan malam itu, dua orang daripada mereka sempat meninggalkan majlis kerana mungkin tergerak di hati mereka bahawa sesuatu buruk akan berlaku. Dalam serangan itu semuanya terbunuh kecuali Kapten Joao Serrao dan seorang paderi. Laporan Sepanyol mengatakan Black Henry turut terbunuh’.



Selepas itu, nama Black Henry tidak lagi disebut oleh Pigafeta dalam catatannya sepanjang perjalanan mereka yang terselamat pulang ke Seville. Sebelum pulang mereka pernah singgah di Brunei dan beberapa kepulauan lain di Selatan Filipina dan kemudiannya ke kepulauan Maluku iaitu Tidore dan Ternate.
Persoalannya, sehingga hari ini nama sebenar orang Melayu yang didakwa mengelilingi dunia ini masih kekal misteri. Tetapi, berdasarkan rekod-rekod dari Barat hanyalah nama-nama Kristian yang dikenali sebagai Black Henry atau Enrique.
wah best2..sy minat sejarah sbb sy kdg2 suka pusing2 bndr mlk tgk sejarah silam...wahh..blh kmpul nie..
ReplyDelete