Mesin perakam mimpi

Alat perakam mimpi? Mungkin kedengaran seperti filem sains fiksyen, tetapi itulah teknologi terbaru yang berjaya dicipta oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Kemajuan Teknologi Antarabangsa (ATR) yang berpusat di Kyoto, Jepun.

Teknologi yang merupakan sebuah perisian komputer itu dikatakan berfungsi untuk mengenal pasti perkara-perkara oneiric suatu gambaran mental dan juga mimpi seseorang manusia. Setakat ini, tujuan utama alat tersebut dicipta adalah bagi memenuhi bidang perubatan yang dikhususkan kepada cabang psikiatri.

Perisian ini berfungsi dengan cara mengimbas otak manusia. Subjek ditempatkan di dalam sebuah mesin MRI dan korteks visual mereka akan diimbas. Sebelum itu, subjek bebas untuk memikirkan apa sahaja gambar geometri sederhana yang dipaparkan dalam monokrom. 

Sistem tersebut kemudian cuba untuk mengeluarkan semula paparan subjek yang dilihat. Setakat ini, fungsi perisian sistem itu agak sederhana, dan paparan yang dikeluarkan sedikit kabur. Bagaimanapun, gambaran objek masih boleh dikenal pasti.

Pihak ATR mengatakan bahawa mesin ini masih terhad untuk memanipulasikan imbasan otak terhadap objek-objek yang kompleks. Ini kerana, mesin tersebut hanya mampu menyesuaikan pola kuasa pada lapisan luar otak (korteks) dengan penyimpanan berbentuk pre-programmed. Dalam masa yang sama, penyelidik di ATR masih melakukan kajian lanjut untuk memantapkan lagi teknologi itu.

Walau bagaimanapun, ia tetap merupakan suatu teknologi yang sangat mengagumkan kerana ia mampu memberi gambaran serba sedikit tentang mimpi atau membaca fikiran seseorang. Jika ia berjaya dimajukan dengan lebih baik, sudah pasti teknologi ini akan menjadi penyumbang yang besar di dalam bidang perubatan di seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Laluan rahsia Genting Bidai

Pengawal Rumah Melayu Lama

Air yang menyembuhkan penyakit