Korban pokok gergasi

Cerita Linche, dia secara tidak sengaja telah terserempak dengan sekumpulan orang asli daripada puak Mkodo. Dia berasa pelik apabila melihat mereka mengejar seorang gadis daripada kalangan mereka ke arah sebatang pokok gergasi.
Kemudian selepas mengepungnya, mereka beramai-ramai mengelilinginya sambil mengacukan lembing tajam ke arahnya. Gadis itu faham maksud puaknya berbuat begitu.
Dia pun segera memanjat pokok itu. Rupa pokok itu semacam pokok nenas yang mempunyai jambul di atasnya. Cuma bezanya pokok ini mempunyai sesungut hijau yang panjang dan menjalar turun dari sebuah takungan yang berisi sejenis cecair. Gadis itu kemudiannya meminum cecair itu.
Tidak semena-mena, pokok itu bergerak dan sesungutnya dengan lahap membelit gadis itu lalu menelannya. Soalnya, wujudkah pokok sebegitu? Mengikut satu laporan, ia adalah dari keluarga Venus Flytrap. Namun sehingga hari ini, belum ada kajian yang membenarkan kenyataan itu.
Comments
Post a Comment