Posts

Showing posts with the label ASTRONOMI

Evolusi sebutir komet

Image
                                   Di dalam sistem suria kita, terdapat pelbagai objek astronomi yang wujud. Salah satu daripadanya adalah sebuah objek angkasa yang dikenali sebagai Komet. Mengikut sejarah penyelidikan astronomi, istilah komet diambil daripada satu perkataan bahasa Latin yang bermaksud sebagai ‘Rambut panjang’. Difahamkan, gelaran ini mula digunakan oleh seorang ahli falsafah Yunani Kuno, Aristotle, sewaktu menggambarkan pengalamannya melihat sebuah bintang yang bercahaya seperti helaian rambut. Sebelum teleskop direka pada tahun 1608, masyarakat pada zaman dahulu menganggap komet sebagai sebuah objek yang sangat menakutkan. Kononnya, pada ketika itu mereka percaya kenampakan komet di langit bakal mendatangkan satu petanda buruk kepada mereka seperti, kematian dan bencana alam yang dahsyat. Bagaimanapun, persepsi itu berubah apabila seorang Pakar Kaj...

Bintang yang menyanyi

Image
Sejak bumi ini wujud berjuta-juta tahun dahulu, bintang menjadi penyeri di langit malam dengan keindahan kerlipannya. Tapi, tahukah anda, bintang juga boleh ‘menyanyi’ dan mengeluarkan melodi yang indah? Penemuan terbaru ini telah berjaya diungkai oleh pengkaji astronomi dari University of Birmingham, Dr. Bill Chaplin yang turut bekerjasama dengan beberapa orang wakil dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA). Melodi yang dikeluarkan melalui bintang telah berjaya dirakam oleh mereka ketika mengukur perubahan kerlipan bintang KIC 11026764 yang dikenali sebagai bintang Gemma. Bintang ini berukuran sekitar dua kali ganda matahari dan berada pada jarak 3,100 trilion batu dari bumi. Para pengkaji memberitahu, bintang Gemma ini boleh bergetar seperti instrumen muzik dengan mengeluarkan melodi. Getaran ini berlaku disebabkan proses yang menyerupai gempa ataupun starquake, yang telah berorientasi dari bahagian permukaan ke teras bintang tersebut. Deng...

Planet Nibiru Ada Kaitan Dengan Hari Kiamat?

Image
PADA bulan September 1846, selepas penemuan planet kelapan iaitu Neptun, seorang ahli matematik Perancis bernama Le Verrie mengandaikan bahawa berkemungkinan masih ada planet lain dalam sistem suria kita yang belum ditemui. Justeru, ahli astronomi tersebut telah berusaha untuk mencari planet lain yang orbitnya melepasi orbit Neptun. Pencarian ini dapat menjelaskan gangguan yang terdapat pada orbit-orbit planet Uranus dan Neptun. Ketika itu, seorang ahli astronomi, Percival Lowell telah menamakan planet yang dicari ini sebagai Planet X. Namun apabila Clyde Tombaugh, seorang ahli astronomi Amerika menjumpai planet Pluto pada tahun 1930, didapati ciri-ciri yang terdapat pada planet Pluto adalah tidak sama dengan planet X seperti yang diramalkan. Sejak peristiwa itu, ahli astronomi sering menggunakan tata tanda planet X bagi sebarang planet yang diramalkan wujud, tetapi masih belum dijumpai. Menurut Felo Penyelidik di Institut Sains Angkasa (ANGKASA) Universiti Kebangsaan Mala...

Cahaya misteri Paulding Light

Image
Paulding light atau juga dikenali sebagai ‘Dog Meadow Light’ merupakan satu fenomena cahaya misteri yang muncul di kawasan yang dikenali Watersmeet, di daerah Paulding, Michigan, Amerika Syarikat. Ia adalah salah satu fenomena cahaya yang membingungkan. Sehingga hari ini, topik ini terus menjadi perdebatan di kalangan penyelidik yang masih belum menjumpai punca fenomena ini berlaku. Bagaimanapun, terdapat beberapa versi yang mengaitkan kemunculan cahaya aneh itu. Salah satunya, kejadian itu berlaku ada kaitan dengan kematian seorang petugas laluan kereta api di daerah berkenaan. Menurut kisahnya, petugas berkenaan telah didapati mati ketika cuba mengeluarkan isyarat cahaya untuk perjalanan kereta api. Akibatnya,  berlaku kemalangan kereta api di tengah-tengah landasan. Selepas kejadian itu, penduduk sekitar kawasan itu mendakwa mereka terlihat kerlipan cahaya misteri tiba-tiba muncul di landasan berkenaan. Ekoran kejadian itu, penduduk di daerah berkenaan mula mengaitka...

Sun Dog

Image
Matahari adalah objek tunggal yang membekalkan cahaya kepada bumi. Namun, pada masa-masa tertentu, matahari tidak lagi bersendirian, sebaliknya kelihatan dua atau tiga lagi cahaya berada berhampiran dengannya – seolah-olah kembar kepada matahari. Apakah cahaya tersebut? Sejak berkurun-kurun lamanya, manusia sudah pun membincangkan perihal mengenai fenomena matahari kembar ini. Seawal tahun 372 SM lagi, seorang ahli falsafah Greece bernama Aristotle telah menyatakan bahawa terdapat dua matahari tiruan telah terbit bersama matahari induk. Tetapi ia hilang apabila matahari berada tegak di atas kepala. Kemudian, pada tahun 50 SM, seorang lagi penulis dari Yunani yang bernama Tubero turut menyatakan tentang fenomena matahari berganda ini serta menggelarnya sebagai Sun Dog. Bagaimanapun, pada ketika itu, manusia masih tidak mengetahui sama ada ia berlaku di luar angkasa ataupun di dalam ruang atmosfera bumi. Di seluruh belahan dunia juga, turut berlegar pelbagai mitos dan anggap...

Peristiwa bulan berdarah

Image
Dalam tempoh beberapa tahun sekali, satu fenomena gerhana bulan yang aneh akan berlaku, di mana bulan akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Fenomena ini disebut sebagai peristiwa bulan berdarah. Suatu ketika dahulu, sebelum bidang kajian astronomi berkembang sebagai ilmu, orang-orang di zaman kuno menganggap peristiwa bulan gerhana sebagai satu petanda mala petaka yang bakal menimpa. Polemik tersebut menjadi kepercayaan kebanyakan masyarakat di serata dunia, terutamanya di sekitar benua Amerika Selatan dan Afrika. Dalam satu sisi yang lain, gerhana bulan berdarah pula dianggap sebagai kemuncak mala petaka yang akan melanda. Mengikut catatan sejarah, fenomena bulan berdarah ini pernah terjadi ketika Christopher Columbus melakukan penjelajahan ke wilayah Timur iaitu dalam misinya mencari ‘dunia baru’. Dalam pelayaran terakhirnya iaitu selepas meninggalkan Sepanyol, kapal Columbus dikatakan telah mengalami masalah teknikal dan menyebabkan beliau terpaksa berlabuh di perair...

Lohong Hitam termuda ditemui

Image
Satelit milik NASA, Chandra X-ray Observatory baru-baru ini telah berjaya merekod imej Lohong Hitam ataupun dikenali sebagai Black Hole yang paling muda di alam semesta, berusia 30 tahun. Penemuan ini menarik perhatian ahli-ahli astronomi di seluruh dunia kerana ia membuka ruang kepada pengkajian yang lebih mendalam tentang lohong hitam yang selama ini menimbulkan pelbagai tanda-tanya. Tetapi apakah sebenarnya lohong hitam? Sehingga kini, para pengkaji astronomi hanya mampu membuat kajian mengenainya dari jarak jauh sahaja kerana kemampuan sains serta teknologi manusia di bumi masih belum mampu membawa mereka menghampiri lohong tersebut. Dalam kajian astronomi, teori mengenai lohong hitam sebenarnya telah dikemukakan lebih dua ratus tahun lalu, iaitu pada tahun 1783 oleh   ahli geologi England, John Mitchell. Mitchell mengemukakan teori tersebut, iaitu tentang wujudnya sebuah lohong hitam di alam semesta ini setelah beliau meneliti dan mengkaji teori graviti Isaac Newton....

Letusan bintang Supernova

Image
Mengikut rekod daripada penyelidikan astronomi, terdapat banyak letupan berlaku di luar angkasa. Fenomena ini yang digelar Supernova, akan berlaku apabila sesebuah bintang mencapai tahap kematangan yang paling maksima- bintang-bintang yang bersaiz Super Giant.    The Crab Nebula (SN 1054) Pada tahun 1054 Masihi, The Crab Nebula (SN 1054) adalah letupan Supernova yang pertama kali direkodkan dalam sejarah penyelidikan astronomi. Difahamkan, ketika letupan itu berlaku ia telah dicerap oleh ahli astronomi di negara China. Lebih menarik lagi, ketika letupan ini meletus ia tidak dicerap dengan menggunakan teleskop canggih, sebaliknya hanya melihat dengan mata kasar sahaja. SN 1006 Kemudian pada tahun 1006 Masihi, satu lagi letupan Supernova berjaya dicerap. Kali ia dilakukan oleh seorang tokoh astronomi Islam yang bernama Ali Ibn Ridwan di Iraq. Ketika letupan berlaku, Supernova yang digelar SN 1006 ini turut dapat dilihat di beberapa buah tempat seperti China...

Cahaya Aurora

Image
Di kutub utara, satu fenomena ganjil akan berlaku pada bulan September, Oktober, Mac dan April. Ia dikenali sebagai Aurora. Aurora adalah fenomena langit dikelilingi pelbagai cahaya yang berwarna-warni. Dipanggil sebagai Aurora Borealis atau Cahaya Utara di Kutub Utara manakala Aurora Australis pula nama yang diberikan di Kutub Selatan. Aurora terbentuk daripada elektron yang mempunyai voltan 1 hingga 15 Volt. Apabila elektron berlanggar dengan atom di Ionosfera, satu cahaya akan terhasil lazimnya pada ketinggian 80 hingga 150 kilometer dari bumi. Terdapat pelbagai warna cahaya akan muncul, antaranya hijau dan merah tua. Kebiasaannya, cahaya ini muncul hanya beberapa saat sahaja dan kekal di langit kira-kira 0.5 hingga 1 saat.

Makmal Sains Di Angkasa Lepas

Image
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merupakan sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang dibina di orbit  kira-kira  360 kilometer dari permukaan bumi. Selepas dilancarkan pada 20 November 1998, kini stesen ini mampu menjalankan uji kaji serta penyelidikan di samping menjalankan pemantauan di angkasa lepas. ISS dibina hasil gabungan kepakaran, teknologi dan kos oleh beberapa agensi angkasa lepas di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun dan Kanada.