Cahaya Aurora
Di kutub utara, satu fenomena ganjil akan berlaku pada bulan September, Oktober, Mac dan April. Ia dikenali sebagai Aurora. Aurora adalah fenomena langit dikelilingi pelbagai cahaya yang berwarna-warni.
Dipanggil sebagai Aurora Borealis atau Cahaya Utara di Kutub Utara manakala Aurora Australis pula nama yang diberikan di Kutub Selatan.
Aurora terbentuk daripada elektron yang mempunyai voltan 1 hingga 15 Volt. Apabila elektron berlanggar dengan atom di Ionosfera, satu cahaya akan terhasil lazimnya pada ketinggian 80 hingga 150 kilometer dari bumi. Terdapat pelbagai warna cahaya akan muncul, antaranya hijau dan merah tua. Kebiasaannya, cahaya ini muncul hanya beberapa saat sahaja dan kekal di langit kira-kira 0.5 hingga 1 saat.
Comments
Post a Comment