Tragedi Butterworth
Kira-kira 27 tahun lalu, satu peristiwa hitam telah menggemparkan seluruh rakyat di Malaysia. Ia mengisahkan situasi cemas yang berlaku di sebuah terminal feri yang dikenali Pangkalan Sultan Abdul Halim, Pulau Pinang. Ketika kejadian berlaku, terminal tersebut dikatakan roboh akibat jumlah muatan yang berlebihan hingga menyebabkan 32 orang mangsa terkorban manakala 1,543 lagi cedera. Mengikut kronologi tragedi berkenaan, ia berlaku pada 31 Julai 1988 iaitu pada pukul 4.40 petang. Terminal feri tersebut dilaporkan sesak sejak awal pagi akibat kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang. Difahamkan, rata-rata pengunjung yang berada di situ adalah puluhan ribu penduduk tempatan dan luar negara yang datang untuk menyaksikan dua perayaan yang membabitkan kaum Cina iaitu, Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne, di Bukit Mertajam. Keadaan itu menyebabkan Jambatan Pulau Pinang ditutup pada kenderaan awam untu...