Benua yang tenggelam di Asia Tenggara
Seorang
penulis buku dari British, Stephen Oppenheimer, telah mencetuskan kontroversi apabila
menyatakan sejarah peradaban manusia sebenarnya bermula di Asia Tenggara.
Menerusi buku yang ditulisnya, Eden in the East, Oppenheimer mengemukakan teori
bahawa sebuah lokasi yang dikenali Sundaland atau Pentas Sunda merupakan
kawasan yang pertama pernah didiami oleh manusia sebelum bermigrasi ke tempat
lain.
Menurut
Oppenheimer, beberapa tamadun awal seperti Mesopotamia, Lembah Sungai Indus dan China merupakan
sebahagian pecahan awal daripada populasi penduduk yang bermigrasi dari b.
Situasi ini berlaku disebabkan satu kejadian bencana banjir besar yang
menenggelamkan wilayah Pentas Sunda kira-kira 14, 500 tahun hingga 7,200 tahun
yang lalu. Ekoran keadaan itu, sebahagian besar populasi penduduk yang mendiami
kawasan tersebut terpaksa bermigrasi ke beberapa lokasi lain iaitu di benua
Asia, kepulauan Jepun dan kepulauan Pasifik.
Berdasarkan
data geologi dan oseanografi, jelas Oppenheimer, terdapat tiga bencana banjir besar
telah menenggelami sebahagian permukaan bumi. Bencana tersebut berlaku dalam
tiga tempoh waktu yang berbeza iaitu 14,000 tahun, 11,000 tahun dan 8,000 tahun
yang lalu.Difahamkan, bencana banjir berkenaan berlaku berikutan pencairan ais
di bahagian hemisfera Utara. Ekoran kejadian itu, sebahagian besar dari kawasan
Pentas Sunda dikatakan telah dinaiki air setinggi lima hingga ke sepuluh meter.
Sementara
itu, seorang Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Profesor Aryso Nunes Dos Santos
turut menyokong teori yang dikemukakan oleh Oppenheimer. Menurutnya, andaian
tersebut mempunyai kaitan dengan kehilangan sebuah tamadun Atlantis yang lenyap
kira-kira 9,000 tahun dahulu. Mengikut teori yang dikemukakannya mendapati,
wujud kebarangkalian lokasi tamadun berkenaan kemungkinan lenyap di sekitar
kawasan Pentas Sunda.
Jelasnya,
keadaan geografi di Asia Tenggara khususnya Indonesia menyamai catatan daripada
transkrip seorang ahli falsafah Yunani yang bernama Plato. Berdasarkan hasil
kajian yang dibuatnya, beliau menolak teori yang mengatakan kedudukan Atlantis
terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika dan kepulauan
Caribbean.
Justeru,
lokasi yang paling hampir adalah merujuk kawasan Asia Tenggara yang kerap
mengalami gempa bumi serta memiliki gunung berapi yang aktif. Ujarnya, gunung
berapi yang menjadi punca tenggelamnya Atlantis.
Selain itu,
dia turut berhujah penduduk Atlantis berkemungkinan hidup di kawasan tropika
serta menggunakan kaedah penanaman sebanyak dua kali setahun. Antara tanaman
tersebut adalah padi, gandum dan barli. Buktinya, pada catatan Plato pernah
menceritakan bahawa tamadun yang hilang itu sentiasa disinari cuaca panas
sepanjang tahun yang terletak pada garisan beriklim khatulistiwa.
Dalam
catatan ahli falsafah Yunani itu turut menggambarkan kota tersebut banyak
menghasilkan bijih timah dan emas. Justeru, Santos percaya lokasi sebenar
Atlantis mungkin di Asia Tenggara kerana kawasan ini kaya dengan hasil buminya
sehingga pernah digelar sebagai Semenanjung Emas, Gunung Emas dan Bukit Besi
Putih.
Menerusi
tiga buah buku yang ditulisnya bertajuk, Atlantis,
The Lost Continent Finally Found dan The Definitifve Localization of Plato’s Lost
Civilization (2005), Santos menyimpulkan bahawa tamadun yang
hilang itu adalah Pentas sunda atau lebih dikenali sebagai Sundaland.Beliau
memberi gambaran bahawa Atlantis adalah merupakan sebuah tamadun yang sangat maju.
Pada masa
itu, tamadun ini mempunyai sebuah kota moden yang mencapai kemuncak sains dan
teknologi tinggi berbanding zaman kini. Pelbagai ciptaan canggih sudah ada pada
zaman berkenaan. Contohnya kemajuan dalam teknologi pengangkutan, teknologi
kacukan haiwan dan tumbuhan serta kecanggihan ilmu teknologi komunikasi. Percaya
atau tidak, tamadun ini memiliki keluasan kawasan yang sangat luas sehingga
mampu memiliki ladang untuk menampung makanan kepada 15 juta hingga 30 juta
penduduknya.
Anehnya,
terdapat juga teori mengatakan penduduk pada zaman itu masih lagi hidup setelah
bertukar menjadi ikan duyung. Pun begitu, kewujudan Atlantis masih lagi
misteri. Tidak ada siapa pun yang mengetahui kewujudan tamadun tersebut. Adakah
ianya satu mitos masih belum dapat dipastikan kerana sehingga hari ini ia masih
lagi belum ditemui.
Comments
Post a Comment